Pilih negara/rantau pengebilan anda:
Dapatkan kefleksibelan dan kawalan IT dengan pelan Office 365 untuk kerajaan.
Office 365

Office 365 Government

Modenkan infrastruktur produktiviti anda mengikut terma anda sendiri
Pilihan terbaik untuk organisasi kerajaan dengan keperluan IT lanjutan yang inginkan kefleksibelan untuk bergerak menerusi awam dalam langkah mereka sendiri.

Apa yang disertakan

Alat kerjasama
Office Online
Kefleksibelan dan kawalan IT
Dapatkan komunikasi bergred perusahaan dan perkhidmatan produktiviti yang anda inginkan dengan kuasa dan kefleksibelan yang diperlukan organsasi anda.
Alat kerjasama
E-mel berkelas perniagaan, perkongsian dokumen dan mesyuarat web
Office Online
Akses dokumen Office dengan pelayar terkini merentas peranti anda
Kefleksibelan dan kawalan IT
Pengalaman pentadbir yang disatukan, penghijrahan mengikut terma anda dan alat aplikasi baru
  • Alami Office hampir di mana-mana sahaja

    Berikan pengguna aplikasi Office yang mereka sudah kenal, dioptimumkan untuk peranti mereka, agar mereka boleh melaksanakan kerja dengan terbaik di mana sahaja mereka berada.

    • Dapatkan Office dengan cepat. Dengan Office penstriman baru, anda tidak perlu menunggu untuk pemasangan Office atau berhenti bekerja untuk menerima kemas kinian Office. Dan, Office baru boleh dipasang seiring dengan Office versi terdahulu.
    • Seting perayauan. Dokumen terbaru, seting dan kamus tersuai anda mengikuti akaun Microsoft anda, agar anda boleh meneruskan dengan cepat dari mana anda tinggalkan dari sebarang peranti.
    • Office Online. Word, PowerPoint, Excel dan OneNote Onlines yang dipertingkatkan membolehkan pelajar bekerja merentas peranti, terus dari pelayar. Pengguna boleh bekerja bersama-sama pada dokumen, memudahkan pengurusan versi.
    Sentiasa miliki versi terkini aplikasi Office yang anda bergantung untuk kekal produktif.
    Lihat lagi
    Tutup
    • Sentiasa miliki versi terkini aplikasi Office yang anda bergantung untuk kekal produktif.

      Sentiasa miliki versi terkini aplikasi Office yang anda bergantung untuk kekal produktif.

    • Akses dan edit² dokumen Word anda dalam perjalanan dengan Word Online.

      Akses dan edit2 dokumen Word anda dalam perjalanan dengan Word Online.

    Bersambung pantas dengan Lync. Mulakan perbualan, semak agenda dan sertai mesyuarat dengan satu klik.
    Lihat lagi
    Tutup
    • Berhubung dengan cara yang anda inginkan, pantas bersama Lync. Mulakan perbualan, semak agenda dan sertai mesyuarat dengan satu klik.

      Berhubung dengan cara yang anda inginkan, pantas bersama Lync. Mulakan perbualan, semak agenda dan sertai mesyuarat dengan satu klik.

    • Lihat ketersediaan, maklumat hubungan dan kemas kini rangkaian sosial dalam kad kenalan Outlook anda, agar anda mempunyai perkara yang anda perlukan untuk berhubung, di satu tempat.

      Lihat ketersediaan, maklumat hubungan dan kemas kini rangkaian sosial dalam kad kenalan Outlook anda, agar anda mempunyai perkara yang anda perlukan untuk berhubung, di satu tempat.

    Kekal disambungkan ke organisasi anda

    Permudahkan cara anda bekerjasama dengan alat komunikasi berkuasa.

    • Adakan mesyuarat HD berbilang pihak. Bekerjasama di mana-mana sahaja dengan persidangan yang termasuk perkongsian lanjutan, pengambilan nota dan anotasi.
    • Pastikan orang kekal dihubungkan. Berhubung dengan lebih mudah dengan kad kenalan disatukan yang membawa bersama kemas kinian SharePoint, Facebook dan LinkedIn dan membolehkan anda memulakan IM, panggilan atau perbualan video dengan hanya satu klik.
    • Sediakan risikan perniagaan untuk semua orang. Analisis set data yang besar dengan prestasi amat laju bersama Power Pivot dalam Excel dan cipta papan pemuka visual untuk maklumat utama dengan Power View yang baru.
    Jalankannya mengikut kehendak anda

    Kurangkan kos lebihan IT anda dan berhenti menampal pelayan. Office 365 memberikan anda pentadbiran yang dapat dikonfigurasikan tinggi, perlindungan anti perisian berniat jahat dan anti spam yang terulung dalam industri dan jaminan masa hidup 99.9%, agar anda boleh meluangkan lebih masa menguruskan organisasi anda.

    • Pengalaman pentadbir yang disatukan. Uruskan perkhidmatan Exchange, SharePoint dan Lync dengan mudah dari sebarang pelayar, sambil masih memiliki perintah PowerShell lanjutan tersedia untuk menjadikan tugas pengurusan automatik.
    • Berpindah mengikut peraturan anda sendiri. Strim versi terkini Office dan menjalankannya seiring dengan versi terdahulu Office semasa pengguna dalam peralihan. Anda juga boleh menyambungkan pelayan di premis untuk berpindah ke Office 365 mengikut tempoh masa anda sendiri.
    • Gunakan kelebihan aplikasi baru. Dengan model aplikasi awan baru, anda boleh membina aplikasi awan yang boleh diskalakan, fleksibel yang bersepadu dengan dokumen pengguna. Aplikasi katalog korporat baru membantu anda menguruskan aplikasi dalam organisasi anda.
    Uruskan semua perkhidmatan Office 365 anda dengan mudah dengan portal admin berasaskan web yang mudah digunakan.
    Lihat lagi
    Tutup
    • Uruskan semua perkhidmatan Office 365 anda dengan mudah dengan portal admin berasaskan web yang mudah digunakan.

      Uruskan semua perkhidmatan Office 365 anda dengan mudah dengan portal admin berasaskan web yang mudah digunakan.

    Semua pelan Office 365 Government disertakan:
    E-mel dan kalendar
    Gunakan e-mel berkelas perniagaan menerusi pengalaman kaya dan biasa Outlook yang anda boleh capai dari desktop1 anda atau dari pelayar web menggunakan Outlook Web App. Dapatkan peti mel 50 GB setiap pengguna dan hantar lampiran sehingga 25 MB.
    Sidang web Hoskan mesyuarat dalam talian dengan audio dan video menggunakan perkongsian skrin satu klik dan sidang video HD.
    Pesanan segera Berhubungan dengan orang lain melalui pesanan segera dan maklumkan orang lain mengenai ketersediaan anda dengan status dalam talian anda.
    Storan dan perkongsian fail OneDrive for Business memberikan pengguna storan peribadi 1 TB yang menyegerak dengan PC mereka untuk capaian luar talian. Kongsi dokumen dengan mudah dengan orang lain menerusi Office atau SharePoint.
    Tapak pasukan
    Bekerjasama dalam projek dengan tapak pasukan yang membantu memastikan dokumen, nota, tugas dan perbualan berkaitan disusun bersama.
    Office Online
    Cipta dan edit2 dokumen Word, OneNote, PowerPoint dan Excel dari mana-mana pelayar moden.
    Mobiliti
    Segerakkan e-mel, kalendar dan kenalan; capai tapak SharePoint; lihat dan edit dokumen Office dengan Office Online menggunakan pelayar pada peranti Windows Phone, iOS dan Android.
    Aplikasi untuk Office dan SharePoint
    Aplikasi pihak ketiga dan yang dibangunkan pelanggan yang baru berfungsi dengan Office dan SharePoint untuk membawa perkhidmatan web terus ke dalam dokumen dan tapak anda.
    Pentadbiran
    Portal pentadbir menyediakan opsyen konfigurasi terperinci IT untuk perkhidmatan anda, sama ada dari portal dalam talian atau menerusi pengurusan yang diautomatikkan dengan perintah PowerShell.
    Kebolehpercayaan Tenangkan fikiran dengan mengetahui bahawa perkhidmatan anda tersedia dengan masa hidup 99.9% yang dijamin dan perjanjian peringkat perkhidmatan (SLA) yang bersandarkan wang.
    Keselamatan
    Amalan keselamatan canggih dengan lima lapisan keselamatan dan pemantauan proaktif membantu menyimpan data pelanggan dengan selamat.
    Privasi Data anda adalah milik anda. Microsoft tidak mengimbas e-mel atau dokumen untuk tujuan pengiklanan.
    Dikemas kini Tidak perlu membayar untuk naik taraf versi; kemas kinian termasuk dalam langganan anda. Ciri baru dilancarkan kepada pelanggan Office 365 dalam pengalaman yang boleh dikonfigurasikan IT.
    Penyepaduan Active Directory: Urus kelayakan dan keizinan pengguna. Pendaftaran masuk sekali dan penyegerakan dengan Active Directory.
    Sokongan Sokongan telefon 24/7 untuk semua isu IT. Untuk isu yang kurang mustahak, anda boleh membuat permintaan perkhidmatan terus menerusi portal pentadbir.
    Sesetengah pelan Office 365 Government juga disertakan:
    Suit Office disertakan Sentiasa miliki versi terbaru
    Microsoft Word Microsoft Excel Microsoft PowerPoint Microsoft Outlook Microsoft OneNote Microsoft Publisher Microsoft Access
    • Rekodkan idea anda tidak kira cara bekerja terbaik anda—menggunakan papan kekunci, pen atau skrin sentuh.
    • Formatkan maklumat dengan mudah dalam Excel dengan alat yang mengenali corak anda dan data auto lengkap.
    • Sepadukan kandungan daripada PDF dengan mudah untuk mencipta dokumen Word hebat anda sendiri.
    Office pada peranti mudah alih Capai, edit dan lihat dokumen pada tablet Windows, iPad, iPhone, telefon Android dan Windows Phone. Gunakan aplikasi OneNote, OWA, Lync Mobile dan SharePoint Newsfeed pada kebanyakan peranti.
    Office pada sebarang PC Strim versi penuh program Office pada sebarang PC yang disambungkan ke Internet yang menjalankan Windows 7 atau Windows 8 dengan Office atas Permintaan.
    Keupayaan e-mel lanjutan Gunakan pengarkiban dan keupayaan simpanan undang-undang termasuk storan tanpa had untuk keperluan pematuhan. Dan gunakan dasar pencegahan kehilangan data (DLP) untuk penguatkuasaan pematuhan tambahan.
    Penyepaduan mel suara (Pesanan Disatukan) Sokongan mel suara dihoskan dengan keupayaan atendan automatik. Mel suara dirakamkan ke Exchange Online dan pengguna boleh mengaksesnya daripada Outlook, Outlook Web App, atau telefon mudah alih yang serasi.
    Alat risikan perniagaan lanjutan Dapatkan maklumat yang anda perlukan dengan pantas dengan papan pemuka interaktif dengan Perkhidmatan Excel Penuh. Lakukan analisis data besar dan gabungan visualisasi data dengan klien Excel baru dengan Power Pivot dan Power View.
    Pelan yang tidak termasuk versi desktop Office berfungsi dengan versi terkini Office, Office 2010, Office 2007 (dengan fungsi yang terhad sedikit), Office 2011 untuk Mac dan Office 2008 untuk Mac.
    Butiran lanjut
    Untuk melihat semua ciri yang disertakan, lihat huraian perkhidmatan yang terperinci

    Ya. Jika anda membeli langganan Office 365 dengan bilangan akaun pengguna yang sama seperti yang anda cipta pada penghujung percubaan percuma anda, maklumat dan konfigurasi untuk akaun pengguna ini akan kekal wujud. Setelah percubaan percuma anda tamat tempoh, anda tidak akan dapat terus menggunakan Office 365 secara percuma. Anda akan menerima 30 hari tambahan untuk membeli Office 365 sebelum maklumat akaun anda dipadamkan. Setelah maklumat akaun percubaan anda dipadamkan, ia tidak boleh diambil.

    Pakar Microsoft ialah syarikat IT dan pembangunan terlatih yang boleh membantu anda beralih kepada Office 365 atau membangunkan penyelesaian tersuai untuk perniagaan anda. Anda boleh mencari senarai semua pakar Microsoft kami dalam Microsoft Pinpoint.

    Salah satu pelan Office 365 Government E3 dan Office 365 Enterprise E3 (Harga Kerajaan) termasuk versi desktop terkini Office yang menyampaikan pengalaman terbaik untuk pekerja anda dan memudahkan IT untuk menguruskan pengerahan dan naik taraf. Untuk pelan Office 365 yang tidak datang dengan versi terkini desktop bagi Office; Office 365 menyokong Office 2010, Office 2007 (dengan kefungsian sedikit terhad) dan Office 2011 untuk Mac, agar anda boleh memanfaatkan perkhidmatan awan Office 365 yang kaya seperti e-mel kelas perniagaan, persidangan video HD dan perkongsian fail.

    Akses Internet diperlukan untuk memasang dan mengaktifkan semua pelan Office 365 dan untuk menguruskan akaun langganan anda. Kesambungan Internet turut diperlukan untuk mengakses perkhidmatan produktiviti awan Office 365, termasuk e-mel, persidangan, pengurusan IT dan perkhidmatan lain.

    Banyak pelan Office 365 turut termasuk versi desktop bagi Office, contohnya, Office 365 Business Premium dan Office 365 Enterprise E3. Salah satu faedah mempunyai versi desktop aplikasi Office ialah anda boleh bekerja di luar talian dan mempunyai keyakinan bahawa pada kali seterusnya anda bersambung ke Internet, semua kerja anda akan disegerakkan secara automatik, maka anda tidak perlu risau mengenai dokumen anda lambat. Versi desktop Office anda juga dikemas kini secara automatik dan dinaik taraf apabila anda bersambung ke Internet, agar anda sentiasa boleh memiliki alat terkini bagi membantu anda bekerja. Bandingkan pelan Office 365.

    1Pelan yang tidak termasuk versi desktop Office berfungsi dengan versi terkini Outlook, Outlook 2010, Outlook 2007 (dengan fungsi yang terhad sedikit), Outlook 2011 untuk Mac dan Outlook 2008 untuk Mac.
    2Pengeditan termasuk dalam pelan terpilih sahaja.
    3Program klien dan/atau ciri PC Windows sahaja. Tidak boleh digunakan merentasi peranti.

    iPad dan iPhone ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.
  • Ketahui selanjutnya