Membandingkan versi Exchange Server

Jadual berikut menunjukkan apa yang baru atau dipertingkatkan dalam Exchange Server 2013 berbanding dengan versi terdahulu.

Exchange Server 2007
Exchange Server 2010
Exchange Server 2013
Lihat opsyen pelesenan
Kekal dalam kawalan
Pentadbiran yang diringkaskan: Menggunakan antara muka berdasarkan web yang tunggal dengan Pusat Pentadbiran Exchange bagi semua perkhidmatan Exchange, pada premis dan dalam talian.
Alat barisan perintah yang kukuh dan fleksibel: Mengurangkan kerumitan menggunakan skrip PowerShell.
Peti mel kos rendah yang besar: Mendapatkan sokongan untuk peti mel besar sementara menggunakan sotran yang kurang mahal.
Pentadbiran berdasarkan peranan: Menggunakan peranan untuk mengawal capaian dan mewakilkan tugas.
Awan mengikut cara anda: Menggunakan peti mel pada premis, dalam talian atau gabungan kedua-duanya dengan penggunaan hibrid.
Ketersediaan terurus: Monitor penyelesaian ketersediaan tinggi yang disepadukan dan menguruskan ketersediaan perkhidmatan akhir ke akhir merentasi semua peranan dan perkhidmatan.
Lakukan lebih lagi, pada sebarang peranti
E-mel mudah alih: Mencapai e-mel mudah alih mengikut kesukaan anda.
Outlook Web App: Mendapatkan e-mel berdasarkan web yang menyokong capaian dari telefon pintar, tablet dan pelayar.
Sentuhan yang dioptimumkan: Mendapatkan pengalaman e-mel yang direka bentuk untuk sama ada kawalan sentuhan atau tetikus.
Mel suara dengan peti masuk disatukan: Menyemak dan triaj mel suara dengan lebih cepat melalui pratonton teks.
Uruskan limpahan peti masuk: Menavigasi e-mel secara lebih mudah dengan pandangan perbualan; mengelakkan e-mel yang tidak terhantar atau tersalah hala dengan Petua Mel; memperkemas e-mel dengan gubahan dan balasan sebaris.
Sokongan untuk aplikasi: Menulis aplikasi dengan mudah untuk Outlook dan Outlook Web App dengan teknologi web kemudian mengawal dan menggunakannya dari dalam Exchange.
Penyepaduan SharePoint: Mendapatkan capaian kepada maklumat projek dari SharePoint dan Exchange, semua dari dalam Outlook, menggunakan peti mel laman*.
Pastikan organisasi anda selamat
Lindungan antispam dan antiperisian berniat jahat: Berbilang titik penyepaduan melindungi data dan mesej anda.
Lindungi maklumat perniagaan: Memastikan data selamat dengan isyarat, sekatan mesej, penyulitan dan Pengurusan Hak Maklumat (IRM).
Pencegahan Kehilangan Data (DLP): Menggunakan peraturan DLP terbina dalam untuk mengenal pasti, memantau dan melindungi data sensitif dan memaklumkan pengguna mengenai pelanggaran dasar sebelum e-mel dihantar.
Pengarkiban dan pengekalan setempat: Mengekalkan data secara automatik berdasarkan dasar atau keperluan perniagaan dan menyimpan kandungan yang lebih lama dalam Arkib Setempat, membenarkan anda kekal patuh.
Uruskan ePenemuan: Menggunakan antara muka tunggal* untuk mencari peti mel Exchange, laman SharePoint dan perbualan Lync anda.
  • = Tidak termasuk
  • = Separa
  • = Penuh
*Memerlukan versi Exchange dan SharePoint yang terkini.
Cari maklumat untuk: Pakar IT|Rakan Kongsi