Pilih negara/rantau pengebilan anda:
Exchange Online Archiving

Exchange Online Archiving

Selesaikan cabaran pengarkiban, pematuhan, kawal selia dan eDiscovery.
{EOAServerbuy|price} pengguna/bulan Beli Cuba
Harga tidak termasuk cukai.
  • Exchange Online Archiving ialah penyelesaian pengarkiban berdasarkan awan berkelas perusahaan yang dapat membantu organisasi anda menyelesaikan cabaran pengarkiban, pematuhan, kawal selia dan eDiscovery. Exchange Online Archiving dihoskan pada pelayan lewah global Microsoft dengan sokongan telefon peringkat IT selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

    Exchange Online Archiving serasi dengan Exchange Server 2013 dan Exchange Server 2010. Ia turut tersedia sebagai perkhidmatan tambahan untuk peti mel yang dihoskan dalam Exchange Online dan Office 365.

    Selamat dan boleh dipercayai

    Yakin bahawa maklumat anda dilindungi dengan kaedah keselamatan fizikal dan digital lanjutan dan boleh dipercayai.

    • Simpan semua data penting anda di satu tempat dengan memberikan pengguna Arkib yang Disertakan dengan pengalaman pengguna asli yang disepadukan dengan baik.
    • Mengekalkan dan menyimpan maklumat pengguna tanpa dapat diubah untuk penemuan pada masa lain dengan In-Place Hold.
    • Lindungi data anda dengan menghoskannya dalam pusat data yang tersebar di seluruh dunia, dengan sandaran data berterusan dan keupayaan pemulihan bencana utama.
    • Sampaikan kebolehpercayaan, ketersediaan dan prestasi dengan masa hidup 99.9% yang dijamin dan perjanjian peringkat perkhidmatan yang bersandarkan wang.
    Maklumat anda dilindungi
    Apungkan untuk membesarkan imej

    Pastikan anda berkuasa

    Hoskan arkib anda pada pelayan Microsoft yang dipercayai sambil mengekalkan kawalan terhadap persekitaran anda.

    Urus arkib berdasarkan awan
    Apungkan untuk membesarkan imej
    • Antara muka pengurusan bersepadu membolehkan anda menguruskan arkib berdasarkan awan anda dari dalam Pusat Pentadbiran Exchange.
    • Storan tanpa had ialah standard untuk arkib setiap pengguna, memberikan akses kepada semua maklumat sejarah dan mengurangkan beban keperluan storan anda.
    • Cir eDiscovery membantu anda mencari, mengeluarkan dan menguruskan data merentasi organisasi anda dalam antara muka web yang mudah digunakan.
    • Sokongan telefon peringkat IT tersedia kepada anda 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

    Mudah digunakan dan diselenggarakan

    Berikan pengguna anda arkib e-mel berkelas perniagaan yang mereka perlukan untuk kekal produktif.

    Susun maklumat dengan dasar pengekalan
    Apungkan untuk membesarkan imej
    • Pengguna anda boleh mencapai e-mel yang diarkibkan dari Outlook dan Outlook Web App tanpa perlu mempelahari alatan atau UI baru, sambil membantu memastikan keperluan pematuan organisasi anda dicapai.
    • Tampalan automatik menyingkirkan masa dan usaha yang diperlukan untuk menyelenggarakan dan menservis sistem arkib e-mel anda.
    • Capaian konsisten dan selamat di mana-mana sahaja kepada maklumat anda menerusi Outlook dan Outlook Web App.
    • Prestasi pengguna akhir yang dipertingkatkan dengan membantu pengguna menguruskan e-mel diarkibkan mereka dari dalam peti masuk mereka, menamatkan keperluan untuk fail .pst yang disimpan setempat.
    • Dasar pengekalan membantu pengguna menyusun maklumat mereka dengan membolehkan mereka mengarkibkan atau memadamkan item atas budi bicara mereka.
  • Sumber

Cari maklumat untuk: Pakar IT|Rakan Kongsi