Microsoft Excel 2013 - Perisian hamparan

  • Temui dan dedahkan pengertian yang tersembunyi dalam data anda

    Isian Kilat. Format semula dan susun semula data anda untuk mendapatkan pengertian baru. Excel mempelajari dan mengenali corak anda dan melengkapkan secara automatik baki data untuk anda. Tiada formula atau makro diperlukan.

    Jadual Pangsi Disyorkan. Lakukan analisis kompleks dengan cepat. Excel merumuskan data anda dengan pratonton pelbagai opsyen jadual pangsi, agar anda boleh membandingkannya dan memilih opsyen yang terbaik memerihalkan data anda.

    Temui dan dedahkan pengertian yang tersembunyi dalam data anda.
  • Visualisasikan data anda untuk memahaminya dengan lebih bagus

    Carta Disyorkan. Biarkan Excel mengesyorkan carta yang terbaik mengambarkan corak data anda. Pratonton cepat opsyen carta dan graf anda dan kemudian pilih yang mempersembahkan pengertian anda dengan paling jelas.

    Analisis Cepat. Temui dan bandingkan cara berlainan untuk mewakili data anda secara visual. Apabila anda melihat carta yang mempersembahkan data anda dengan tepat, gunakan pemformatan, sparkline, carta dan jadual dengan satu klik.

    Kawalan Pemformatan Carta. Bayangkan kebebasan untuk memperincikan penampilan dan pandangan carta anda dengan cepat. Ubah tajuk, tataletak dan unsur carta lain—semuanya daripada antara muka pemformatan interaktif yang baru dan banyak lagi.

    Visualisasikan data anda untuk memahaminya dengan lebih bagus.
  • Kongsi buku kerja melalui lebih banyak cara untuk hasil terbaik

    Perkongsian Dipermudahkan. Kongsi buku kerja dengan mudah dan penuh yakin. Anda boleh memastikan setiap daripada anda menjejak versi sahaja, kerana persembahan anda disimpan dalam talian di OneDrive atau SharePoint secara lalai.*

    Siarkan ke Rangkaian Sosial. Dapatkan banyak maklum balas dengan cepat. Kongsi bahagian terpilih hamparan anda di web dengan menyiarkannya pada halaman rangkaian sosial anda.

    Persembahkan Dalam Talian. Berkolaborasi pada buku kerja bersama orang lain dalam masa nyata dengan berkongsi skrin anda dalam perbualan atau mesyuarat Lync. Apabila anda membuat persembahan dalam talian, anda juga boleh membenarkan orang lain mengawal buku kerja anda.

    * Memerlukan sambungan internet; mesti didaftar masuk dengan akaun Microsoft atau Microsoft Online Services ID.

    Kongsi buku kerja dengan lebih banyak cara untuk hasil terbaik.

Kerja

dari mana-mana sahaja

Pastikan

kerja anda terserlah

Bersambung

dengan Blog
Akses, lihat dan edit dokumen dari tablet Windows anda, iPad, Windows Phone, iPhone, telefon Android, atau web.
Jimatkan masa. Gunakan templat Excel untuk bajet, pengiraan pinjaman, laporan jualan, helaian masa dan banyak lagi.
Excel bukan untuk ulat buku sahaja. Cari tutorial, penjelasan dan petua untuk membantu anda membiasakan diri dalam hamparan.

Dapatkan bantuan

dengan soalan Excel anda
iPad dan iPhone ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.