Memformatkan carta anda

Walaupun reben Alat Carta penuh dengan perkara-perkara menarik yang anda boleh lakukan pada carta anda, kadangkala anda mungkin inginkan kawalan tambahan. Dalam versi Office terdahulu, opsyen pemformatan lanjutan terletak terlalu dalam dan sukar ditemui dengan kotak dialog yang rumit. Sekarang opsyen ini tersedia dalam anak tetingkap baru yang bersih bergemerlapan. Pilih unsur carta (contohnya, siri data, paksi atau tajuk) klik kanan padanya dan klik Format <unsur carta>. Dan lihatlah, anak tetingkap Format baru muncul dengan opsyen yang disuaikan untuk unsur carta yang dipilih.

Anak tetingkap tugas Format Paksi

Mengklik ikon kecil di bahagian atas anak tetingkap, mengalihkan anda ke bahagian lain pada anak tetingkap dengan lebih banyak opsyen. Dan jika anda mengklik unsur carta yang lain, anda dapat melihat bawah anak tetingkap tugas mengemas kini secara automatik kepada unsur carta yang baru.

Contohnya, untuk memformatkan paksi

  1. Klik kanak pada paksi carta dan klik Format Paksi.

Menu klik kanan Format Paksi

  1. Dalam anak tetingkap tugas Format Paksi, buatlah pengubahsuaian yang anda inginkan.

 Petua    Anda boleh mengalihkan atau mensaiz semula anak tetingkap tugas untuk membolehkan anda lebih mudah bekerja dengannya. Klik chevron di bahagian atas kanan. Bahagian atas anak tetingkap Format Paksi dengan chevron diserlahkan

  • Pilih Alih dan kemudian seret anak tetingkap ke lokasi baru.
  • Pilih Saiz dan seret sisi anak tetingkap untuk mensaizkannya.

Atas Halaman Atas Halaman

 
 
Berkenaan dengan:
Excel 2013, Outlook 2013, PowerPoint 2013, Word 2013