Apa yang baru dalam Power Pivot dalam Excel 2013

Microsoft Excel 2013 bercirikan penyepaduan yang lebih mendalam terhadap kefungsian Power Pivot. Contohnya, anda kini boleh mengimport dan mengaitkan jumlah data yang besar daripada beberapa sumber terus ke dalam Excel menggunakan model data terbina dalam yang baru, tanpa perlu menuju ke tetingkap Power Pivot. Power Pivot menyediakan persekitaran untuk pemodelan data lanjutan dan bersambung ke model data yang sama. Baca tentang semua perkara lain yang boleh anda lakukan dalam Power Pivot.

Dalam artikel ini


Kefungsian model data asas kini terbina dalam Excel

Dalam Excel 2010, anda telah memasangkan tambahan Power Pivot untuk Excel 2010 agar anda boleh mengimport dan mengaitkan jumlah data yang besar daripada berbilang sumber.

Dalam Excel 2013, kebanyakan kefungsian tersebut, termasuklah infrastruktur yang menyokongnya, dibina terus dalam Data Model (Model Data: Satu koleksi jadual dan perhubungannya yang menggambarkan perhubungan dunia sebenar antara fungsi dan proses perniagaan, contohnya cara Produk berkaitan dengan Inventori dan Jualan.) dalam Excel. Tanpa memasang tambahan yang berasingan, anda kini boleh:

  • Mengimport jutaan baris daripada sumber data berbilang.
  • Mencipta perhubungan antara data dari sumber yang berlainan, dan antara jadual berbilang dalam Jadual Pangsi.
  • Mencipta medan terhitung tersirat (sebelumnya dipanggil ‘ukuran’) – Pengiraan diciptakan secara automatik apabila anda menambah medan angka pada zon jatuh Nilai Senarai Medan.
  • Mengurus sambungan data.

Maka semua pengguna Excel kini boleh membina model data, yang mereka boleh gunakan sebagai asas untuk Jadual Pangsi, Carta Pangsi dan laporan Power View. Excel memuatkan data secara automatik ke enjin analisis dalam memori yang biasanya tersedia hanya dengan tambahan Power Pivot. Model data dalam Excel mempunyai kelebihan lain:

  • Pemprosesan data adalah pantas.
  • Data sangat termampat, mencipta fail dengan saiz yang mudah diurus.
  • Data disimpan dalam buku kerja Excel, jadi ianya mudah alih.

Tambahan Power Pivot juga tersedia dan menyediakan kemampuan pemodelan lanjutan untuk pemodel data yang lebih berpengalaman.

Power Pivot dalam Microsoft Excel 2013 untuk pemodelan data yang lebih lanjut

Tambahan Power Pivot dalam Microsoft Excel 2013 yang bersambung ke model data yang sama, menyediakan persekitaran pemodelan yang lebih beraneka bagi membenarkan pengguna yang lebih berpengalaman meningkatkan model mereka.

Contohnya, dengan tambahan Power Pivot dalam Microsoft Excel 2013, anda boleh:

  • Tapis data apabila mengimport. Anda boleh mengimport kedua-dua data dalam Excel dan Power Pivot, tetapi apabila mengimport data dalam Power Pivot, anda boleh menapis keluar data yang tidak diperlukan untuk mengimport subset sahaja.
  • Namakan semula jadual dan lajur semasa anda mengimport data dalam Power Pivot.
  • Mengurus model dan mencipta perhubungan menggunakan seret dan lepas dalam Pandangan Gambar Rajah.
  • Menggunakan pemformatan (untuk digunakan dalam laporan Power View dan Jadual Pangsi).
  • Tentukan medan terhitung anda sendiri untuk digunakan di seluruh buku kerja.
  • Menentukan penunjuk prestasi utama (KPI) untuk digunakan dalam Jadual Pangsi.
  • Mencipta hierarki takrifan pengguna untuk digunakan di seluruh buku kerja.
  • Menentukan perspektif.
  • Mengarang pengiraan anda sendiri dengan menulis formula lanjutan yang menggunakan bahasa ungkapan Ungkapan Analisis Data (DAX).
  • Menggunakan data lanjutan dan operasi pemodelan lain.

Ciri-ciri ini tidak tersedia dalam Excel. Untuk menggunakan ciri ini, anda perlu mendayakan tambahan Power Pivot dalam Microsoft Excel 2013. Tambahan disertakan dalam edisi Office Professional Plus dan Office 365 Professional Plus dan dalam edisi kendiri Excel 2013. Lihat MulaPower Pivot dalam Microsoft Excel 2013 untuk maklumat lanjut.

Jika anda telah menggunakan Power Pivot pada masa lalu, beberapa ciri yang tersedia dalam Power Pivot keluaran terdahulu tidak akan tersedia dalam Power Pivot dalam Microsoft Excel 2013. Lihat jadual dalam seksyen "Apa yang baru dalam Senarai Medan" di bahagian bawah untuk butiran. Sila lihat Menaik Taraf Model Data Power Pivot kepada Excel 2013 jika anda mempunyai buku kerja Power Pivot sedia ada yang anda rancang untuk edit dan guna dalam Excel 2013.

Apakah yang ada dalam Senarai Medan baru

Excel dan Power Pivot kini mempunyai Senarai Medan tunggal dan seragam. Sesetengah ciri dalam Senarai Medan telah berubah daripada versi terdahulu Power Pivot (v. 2, yang dihantar bersama SQL Server 2012) kepada versi ini. Contohnya, kini anda boleh menyeret medan terus ke zon lepas Nilai (untuk mencipta ukuran implisit) dan menambahkan medan pada penghiris terus daripada Senarai Medan. Ciri-ciri lain telah dialihkan dan tersedia dari lokasi lain dalam tetingkap Power Pivot. Ciri lain tidak tersedia dalam Excel 2013.

Ciri Lokasi
Mencipta atau memformat medan terhitung dalam Senarai Medan

Anda tidak lagi mencipta medan terhitung dengan mengklik kanan jadual dalam Senarai Medan. Anda mencipta, mengedit dan memadamkannya dalam Jadual Pangsi dengan mengklik Medan Terhitung dalam reben Power Pivot di Excel.

Anda juga boleh mencipta medan terhitung di Kawasan Pengiraan dalam tetingkap Power Pivot (tiada perubahan daripada versi terdahulu).

Sokongan untuk medan terhitung tersirat

Dengan Excel 2010, anda memerlukan tambahan Power Pivot untuk mencipta medan terhitung tersirat—medan terhitung yang anda cipta hanya dengan menyeret dan melepaskan lajur berangka ke kawasan Nilai Senarai Medan Power Pivot.

Dengan Excel 2013 anda boleh mencipta medan terhitung tersirat dalam Senarai Medan untuk Jadual Pangsi yang anda cipta dalam Power Pivot dan Excel.

Melihat perspektif

Sama seperti tambahan Power Pivot v.2, dalam Excel 2013 anda menentukan perspectives (perspektif: Subset objek dalam model data - jadual, lajur, medan terhitung dan KPI - yang menjejak set data berlainan. Lazimnya ditentukan untuk senario perniagaan tertentu, ia menjadikannya lebih mudah untuk menavigasi pangkalan data yang besar.) dari tab Lanjutan.

Dalam Power Pivot v.2, selepas mencipta perspektif, anda melihat perspektif model anda dalam Pandangan Gambar Rajah atau menapis Medan Senarai Power Pivot dengan perspektif tersebut. Penapisan Senarai Medan kini tidak lagi boleh dilakukan.

Dalam Power Pivot dalam Microsoft Excel 2013, anda memilih perspektif untuk digunakan dalam tab Lanjutan yang membolehkan anda melihat perspektif seluruh model anda dalam grid Pandangan Data dan dalam Pandangan Gambar Rajah pada tetingkap Power Pivot. Hal ini membolehkan anda bekerja secara lebih cekap dengan subset jadual dalam model yang besar.

Mencipta Penunjuk Prestasi Utama (KPI)

Dalam versi Power Pivot yang terdahulu, anda hanya boleh mencipta KPI dengan memilih medan terhitung sedia ada dalam Senarai Medan.

Penciptaan KPI kini tidak lagi berkait dengan Senarai Medan. Anda mencipta, mengedit dan memadamkan KPI dari reben Power Pivot dalam Excel.

Anda juga mencipta KPI di Kawasan Pengiraan grid Pandangan Data dalam tetingkap Power Pivot (tiada perubahan).

Menambah perihalan

Seperti dalam tambahan Power Pivot v. 2, anda menambah perihalan untuk medan terhitung, jadual dan lajur dengan mengklik kanannya dalam tetingkap Power Pivot.

Dalam Excel 2013, perihalan tidak kelihatan sebagai petua alat semasa anda mengapung di atas medan dalam Senarai Medan tetapi kelihatan dalam Senarai Medan helaian Power View. Selepas anda menambah perihalan dalam Power Pivot, segarkan semula helaian Power View untuk melihatnya.

Mencari metadata dalam Senarai Medan

Carian tidak tersedia dalam Senarai Medan. Sebaliknya, kami telah menambah opsyen carian metadata ke tetingkap Power Pivot. Dalam kedua-dua Pandangan Data dan Pandangan Gambar Rajah, klik Cari pada tab Rumah tetingkap Power Pivot untuk mencari metadata.

Perhatikan bahawa anda tidak mencari data dalam sel individu, tetapi hanya metadata jadual—contohnya, nama medan.

Menambah penghiris pada Jadual Pangsi Penghiris tersedia dengan klik kanan pada sebarang medan dalam Senarai Medan.
Tataletak penghiris automatik Susun penghiris dalam kumpulan sama ada secara mendatar atau menegak dengan mengklik opsyen Penjajaran Penghiris dalam reben Power Pivot di Excel.
Pengesanan hubungan automatik Tidak tersedia dalam Power Pivot dalam Microsoft Excel 2013.

Pengkategorian data dan cadangan daripada DataMarket

Apabila anda menambah jadual pada Power Pivot, Power Pivot boleh mengkategorikan setiap lajur secara automatik. Contohnya, Power Pivot akan mengkategorikan lajur nama bandar sebagai Bandar dan senarai nama syarikat sebagai Syarikat. Anda boleh mengubah suai pengkategorian automatik, mengkategorikan data anda sendiri dan mematikan ciri ini sepenuhnya.

Tindakan mengkategorikan data anda mempunyai dua faedah utama. Jika lajur anda dikategorikan:

  • Microsoft Azure Marketplace boleh mencadangkan data daripada DataMarket yang mungkin berkaitan dengan data anda. Contohnya, ia mungkin mencadangkan data banci atau cuaca. Data yang dicadangkan mungkin berasal dari pembekal data percuma seperti Bangsa-Bangsa Bersatu atau daripada syarikat yang mengenakan bayaran untuk data. Anda memilih sama ada untuk menerima cadangan. Mendapatkan cadangan bagi data berkaitan daripada Microsoft Azure Marketplace
  • Power View boleh menyediakan penggambaran yang sesuai untuk data anda. Contohnya, jika data anda mempunyai alamat URL, Power View boleh memaparkan URL tersebut sebagai hiperpautan.

Sokongan untuk lebih banyak bahasa

Power Pivot disetempatkan kepada semua 40 bahasa Office. Power Pivot kini menyokong bahasa kanan ke kiri Arab dan Ibrani.

Sokongan untuk fail yang bersaiz lebih besar dalam Excel 64 bit

Keluaran terdahulu mengehadkan saiz buku kerja kepada 2 gigabait (GB) pada cakera dan 4 GB dalam memori. Had ini akan memastikan buku kerja Excel yang mengandungi data Power Pivot akan sentiasa muat dalam saiz muat naik fail maksimum yang disetkan oleh SharePoint.

Kini apabila model data adalah sebahagian daripada Excel, batasan saiz fail maksimum sudah tiada lagi. Jika anda menggunakan Excel 64 bit, saiz buku kerja hanya dihadkan oleh ketersediaan cakera dan sumber memori pada komputer anda.

Had yang disetkan oleh platform lain masih digunakan. SharePoint Server 2013 masih mempunyai saiz muat naik fail maksimum sebesar 2 GB. Begitu juga, jika anda berkongsi buku kerja dalam SharePoint Online atau Office Online, anda mungkin diarahkan untuk membuka buka kerja dalam Excel jika fail tersebut terlalu besar untuk dibuka dalam pelayar. Maklumat lanjut mengenai had saiz fail dalam Spesifikasi dan had Model Data.

Mod Lanjutan adalah pandangan lalai baru

Dalam Excel 2013, apabila anda klik Urus untuk menuju ke tetingkap Power Pivot, tetingkap akan menyertakan tab Lanjutan secara lalai.

  • Untuk menyembunyikan tab Lanjutan, klik butang Fail di sebelah kiri tab Rumah > Tukar kepada Mod Normal.

Atas Halaman Atas Halaman

 
 
Berkenaan dengan:
Excel 2013, Power Pivot in Excel 2013