Apa yang baru dalam Excel 2013

Perkara pertama yang anda dapat lihat apabila membuka Excel ialah penampilan yang serba baru. Ia lebih kemas tetapi ia juga direka bentuk untuk membantu anda mendapatkan hasil yang kelihatan profesional dengan lebih cepat. Anda akan menemui banyak ciri baru seperti melukis gambar yang lebih menyerlahkan data anda, membantu anda membuat keputusan yang lebih baik dan lebih menyeluruh.

 Petua    Untuk mengetahui cara anda boleh mula mencipta buku kerja Excel yang asas dengan cepat, sila lihat Tugas asas dalam Excel 2013.

Ciri popular untuk dijelajahi

Mari bermula dengan pantas

Beberapa templat yang tersedia dalam Excel

Templat melakukan kebanyakan kerja persediaan dan reka bentuk untuk anda agar anda boleh memfokus pada data anda. Apabila anda membuka Excel 2013, anda akan melihat templat untuk bajet, kalendar, borang, laporan dan banyak lagi.

Menganalisis data dengan serta merta

Lensa Analisis Data

Alat Analisis Pantas baru membolehkan anda menukar data anda kepada carta atau jadual dengan kurang daripada dua langkah. Pratonton data anda dengan pemformatan bersyarat, sparkline atau carta dan tetapkan pilihan anda dengan hanya satu klik. Untuk menggunakan ciri baru ini, lihat Menganalisis data anda dengan segera.

Mengisi seluruh lajur data dengan pantas

Fungsi Isian Sekilas

Isian Sekilas serupa pembantu data yang menyelesaikan kerja anda untuk anda. Sebaik sahaja ia mengesan perkara yang anda ingin lakukan, Isian Sekilas memasukkan baki data anda sekali gus, mengikut corak yang dikenal pasti daripada data anda. Untuk mengetahui kebergunaan ciri ini, lihat Memisahkan lajur data berdasarkan perkara yang anda taip.

Mencipta carta yang sesuai dengan data anda

Carta yang Disyorkan

Dengan Cadangan carta, Excel mengesyorkan carta paling sesuai untuk data anda. Dapatkan ringkasan pantas untuk melihat cara data anda muncul dalam carta berlainan kemudian pilih sahaja carta yang menunjukkan pandangan yang anda ingin persembahkan. Cubalah ciri ini apabila anda mencipta carta pertama anda.

Menapis data jadual menggunakan penghiris

Penghiris jadual

Penghiris yang diperkenalkan dalam Excel 2010 sebagai cara interaktif untuk menapis data Jadual Pangsi kini turut dapat digunakan untuk menapis data dalam jadual Excel, jadual pertanyaan dan jadual data yang lain. Penghiris yang kini lebih mudah untuk disediakan dan digunakan menunjukkan penapis semasa agar anda benar-benar tahu data yang anda sedang perhatikan.

Satu buku kerja, satu tetingkap

Dua buku kerja, dua tetingkap

Dalam Excel 2013, setiap buku kerja mempunyai tetingkap tersendiri, memudahkan lagi anda menguruskan dua buku kerja pada satu masa. Kerja anda menjadi lebih mudah apabila anda menggunakan dua monitor.

Fungsi Excel baru

Fungsi Web baru

Anda akan menemui beberapa fungsi baru dalam kategori fungsi matematik dan trigonometri, statistik, kejuruteraan, tarikh dan masa, carian dan rujukan, logik dan teks. Fungsi baru yang lain termasuklah fungsi perkhidmatan Web untuk rujukan perkhidmatan Web yang serasi dengan Pindahan Keadaan Representasi (REST) yang sedia ada. Ketahui butiran dalam Fungsi baru dalam Excel 2013.

Menyimpan dan berkongsi fail dalam talian

Tempat dalam talian untuk menyimpan buku kerja anda

Excel memudahkan penyimpanan buku kerja anda ke lokasi dalam talian anda, seperti perkhidmatan SkyDrive percuma anda atau perkhidmatan Office 365 organisasi anda. Ia juga memudahkan anda berkongsi lembaran kerja anda dengan orang lain. Tanpa mengira peranti yang digunakan oleh mereka atau lokasi mereka, semua orang akan menggunakan lembaran kerja versi terkini— malah anda juga boleh bekerja bersama-sama dalam masa nyata. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, lihat Menyimpan buku kerja pada Web.

Membenamkan data lembaran kerja dalam halaman web

Untuk berkongsi sebahagian lembaran kerja anda di web, anda cuma perlu membenamkannya pada halaman web anda. Orang lain kemudiannya boleh menguruskan data menggunakan Excel Web App atau membuka data terbenam dalam Excel.

Berkongsi lembaran kerja Excel dalam mesyuarat dalam talian

Walau di mana jua anda berada dan walau apa jua peranti yang anda gunakan—sama ada telefon pintar, tablet atau PC anda—asalkan anda telah memasangkan Lync, anda boleh bersambung dan berkongsi buku kerja pada mesyuarat dalam talian. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, lihat Mempersembahkan buku kerja dalam talian.

Menyimpan ke format fail baru

Anda kini boleh menyimpan kepada dan membuka fail dalam format fail Hamparan XML Buka Tegas (*.xlsx) baru. Format fail ini membolehkan anda membaca dan menulis tarikh ISO8601 untuk menyelesaikan isu tahun lompat bagi tahun 1900. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, lihat Menyimpan buku kerja dalam format fail lain.

Atas Halaman Atas Halaman

Ciri carta baru

Perubahan pada reben untuk carta

Alat Carta

Butang Cadangan Carta baru pada tab Selitkan membolehkan anda memilih daripada pelbagai carta yang sesuai dengan data anda. Jenis carta yang berkaitan seperti carta serak dan gelembung berada di bawah satu kumpulan. Dan terdapat butang baru untuk carta kombo, iaitu carta kegemaran yang anda minta. Apabila anda mengklik carta, anda juga akan melihat reben Alat Carta yang lebih ringkas. Tab Reka Bentuk dan Format mampu memudahkan pencarian bagi sesuatu yang anda perlukan.

Memperincikan carta dengan lebih cepat

Butang carta untuk mengubah unsur, tataletak carta atau penapis carta

Tiga butang carta baru membolehkan anda memilih dan pratonton perubahan dengan cepat pada unsur carta (seperti tajuk atau label), rupa dan gaya carta anda atau data yang dipaparkan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, lihat Memformatkan carta anda.

Label data yang lebih beraneka

Carta gelembung dengan label data

Sekarang anda boleh menyertakan teks beraneka yang boleh disegarkan semula daripada titik data atau sebarang teks lain dalam label data anda, meningkatkannya dengan pemformatan dan teks bebas tambahan serta memaparkannya dalam sebarang bentuk. Label data tidak akan berubah walaupun anda bertukar kepada jenis carta lain. Anda juga boleh menyambungkannya pada titik datanya dengan garis penunjuk pada semua carta, bukan sahaja pada carta pai. Untuk menggunakan fungsi label data beraneka, lihat Mengubah format label data dalam carta.

Melihat animasi dalam carta

Carta anda akan menjadi menarik apabila anda membuat perubahan pada data sumber. Animasi bukan sahaja seronok ditonton, pergerakan dalam carta turut membuat perubahan dalam data anda menjadi lebih jelas.

Atas Halaman Atas Halaman

Analisis data yang berkesan

Mencipta Jadual Pangsi yang sesuai dengan data anda

Jadual Pangsi yang disyorkan untuk data anda

Kerja memilih medan yang sesuai untuk meringkaskan data anda dalam laporan Jadual Pangsi boleh menjadi tugas yang sukar. Sekarang anda boleh mendapatkan sedikit bantuan berkaitan dengannya. Apabila anda mencipta Jadual Pangsi, Excel mengesyorkan beberapa cara untuk meringkaskan data anda dan menunjukkan anda pratonton ringkas bagi tataletak medan agar anda boleh memilih sesuatu yang anda inginkan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, lihat Mencipta Jadual Pangsi untuk menganalisis data lembaran kerja.

Menggunakan satu Senarai Medan untuk mencipta jenis Jadual Pangsi yang berlainan

Menambah lagi Jadual dalam Senarai Medan

Cipta tataletak Jadual Pangsi yang menggunakan satu jadual atau berbilang jadual dengan satu Senarai Medan yang sama. Senarai Medan yang diperbaharui untuk memuatkan Jadual Pangsi jadual tunggal dan Jadual Pangsi berbilang jadual memudahkan lagi anda mencari medan yang anda inginkan dalam tataletak Jadual Pangsi anda, bertukar kepada Model Data Excel baru dengan menambahkan lebih banyak jadual dan menjelajah serta menavigasi ke semua jadual. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, lihat Menggunakan Senarai Medan untuk menyusun medan dalam Jadual Pangsi.

Menggunakan berbilang jadual dalam analisis data anda

Model Data Excel baru membolehkan anda menggunakan ciri analisis berkesan yang sebelum ini hanya tersedia dengan memasang tambahan Power Pivot. Selain daripada mencipta Jadual Pangsi yang lazim, anda kini boleh mencipta Jadual Pangsi berdasarkan pada berbilang jadual dalam Excel. Dengan mengimport jadual yang berlainan dan mencipta hubungan antaranya, anda dapat menganalisis data anda dengan hasil yang anda tidak akan dapat daripada data Jadual Pangsi yang lazim. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, lihat Mencipta Model Data dalam Excel.

Bersambung kepada sumber data baru

Untuk menggunakan berbilang jadual dalam Model Data Excel, anda kini boleh bersambung kepada dan mengimport data daripada sumber data tambahan ke dalam Excel sebagai jadual atau Jadual Pangsi. Contohnya, bersambung ke suapan data seperti OData, Windows Azure DataMarket dan suapan data SharePoint. Anda juga dapat bersambung kepada sumber data daripada pembekal OLE DB tambahan.

Mencipta perhubungan antara jadual

Apabila anda mempunyai data daripada sumber data berlainan dalam berbilang jadual pada Model Data Excel, tindakan mencipta perhubungan antara jadual tersebut akan memudahkan anda menganalisis data anda tanpa perlu menggabungkannya ke dalam satu jadual. Dengan pertanyaan MDX, anda boleh menggunakan kelebihan perhubungan jadual selanjutnya untuk mencipta laporan Jadual Pangsi yang bermakna. Untuk mengetahui lanjut mengenainya, lihat Mencipta hubungan antara dua jadual.

Menggunakan garis masa untuk menunjukkan data bagi tempoh masa berlainan

Garis masa memudahkan anda membandingkan data Jadual Pangsi atau Carta Pangsi anda untuk tempoh masa berlainan. Selain daripada mengumpul mengikut tarikh, anda kini boleh menapis tarikh secara interaktif atau bergerak menerusi data dalam tempoh masa berjujukan, seperti prestasi bulan ke bulan terkumpul dengan satu klik sahaja. Untuk mengetahui lanjut mengenainya, lihat Mencipta garis masa Jadual Pangsi untuk menapis tarikh.

Menggunakan Gerudi Bawah, Gerudi Atas dan Gerudi Silang untuk pergi ke aras butiran berlainan

Kerja menggerudi bawah ke aras butiran berlainan dalam set data yang kompleks sememangnya sukar. Set tersuai adalah berguna tetapi mencarinya antara bilangan medan yang banyak dalam Senarai Medan akan memakan masa. Dalam Model Data Excel baru, anda dapat menavigasi ke aras berlainan dengan lebih mudah. Gunakan Gerudi ke Bawah ke dalam hierarki Jadual Pangsi atau Carta Pangsi untuk melihat butiran pada aras yang lebih terperinci dan Gerudi ke Atas untuk menuju ke aras yang lebih tinggi untuk mendapatkan pandangan “gambaran menyeluruh”. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, lihat Mengetahui butiran data Jadual Pangsi.

Menggunakan ahli dan ukuran yang dikira OLAP

Gunakan Kecerdasan Perniagaan (BI) kendiri yang berkesan dan tambah kiraan berdasarkan Ungkapan Berbilang Dimensi (MDX) anda sendiri dalam data Jadual Pangsi yang disambungkan ke kiub Pemprosesan Analitis Dalam Talian (OLAP). Anda tidak lagi perlu mencapai Model Objek Excel, anda kini boleh mencipta dan menguruskan ahli dan ukuran terkira terus dalam Excel.

Mencipta Carta Pangsi kendiri

Carta Pangsi tidak lagi perlu dikaitkan dengan Jadual Pangsi. Carta Pangsi kendiri atau terpisah membolehkan anda mengalami cara baru untuk menavigasi ke butiran data menggunakan ciri Gerudi ke Bawah dan Gerudi ke Atas yang baru. Ini lebih memudahkan anda menyalin atau mengalihkan Carta Pangsi yang dipisahkan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, lihat Mencipta Carta Pangsi.

Power View

Power View

Jika anda menggunakan Office Professional Plus, anda boleh menggunakan kelebihan Power View. Hanya klik butang Power View pada reben untuk menemui pandangan mengenai data anda dengan ciri penjelajahan, penggambaran dan persembahan data yang amat interaksi dan berkesan yang mudah digunakan. Power View membolehkan anda mencipta dan berinteraksi dengan carta, penghiris dan penggambaran data lain dalam satu helaian. Ketahui lebih lanjut tentang Power View dalam Excel 2013.

Atas Halaman Atas Halaman

Tambahan dan penukar yang baru dan dipertingkatkan

Power Pivot untuk tambahan Excel

Jika anda menggunakan Office Professional Plus, tambahan Power Pivot sedia dipasang dalam Excel. Enjin analisis data Power Pivot kini terbina pada Excel agar anda boleh membentuk model data yang ringkas terus dalam Excel. Tambahan Power Pivot menyediakan persekitaran untuk mencipta model yang lebih canggih. Gunakannya untuk menapis keluar data apabila mengimportnya, mentakrifkan hierarki, medan pengiraan dan penunjuk prestasi utama (KPI) anda dan menggunakan bahasa Ungkapan Analisis Data (DAX) untuk mencipta formula lanjutan. Ketahui lebih lanjut tentang dalam tambahan Excel 2013.

Tambahan Pertanyaan

Jika anda menggunakan Office Professional Plus, tambahan Pertanyaan sedia terpasang dengan Excel. Ia membantu anda menganalisis dan menyemak buku kerja anda untuk memahami reka bentuk, fungsi dan pergantungan datanya dan untuk menemui pelbagai masalah termasuk ralat atau ketidakkonsistenan formula, maklumat tersembunyi, pautan terputus dan lain-lain. Daripada Pertanyaan, anda boleh memulakan alat Microsoft Office baru yang dipanggil Perbandingan Hamparan untuk membandingkan dua versi buku kerja, menunjukkan dengan jelas perubahan yang telah berlaku. Semasa audit, anda dapat melihat semua perubahan dalam buku kerja anda.

Atas Halaman Atas Halaman

 
 
Berkenaan dengan:
Excel 2013, Power BI for Office 365 Preview