Soalan lazim Office 365 untuk perniagaan

  • Soalan utama
    "Office 365" merujuk kepada pelan langganan yang termasuk capaian ke aplikasi Office serta perkhidmatan produktiviti lain yang terdapat dalam Internet (perkhidmatan awan), seperti persidangan web Lync dan e-mel yang dihoskan untuk perniagaan bagi Exchange Online dan storan dalam talian tambahan dengan OneDrive serta minit dunia Skype untuk rumah.
    Kebanyakan pelan Office 365 juga termasuk versi desktop bagi aplikasi Office terkini yang boleh dipasangkan pada berbilang komputer dan peranti. Pelan Office 365 yang bersifat dalam talian sahaja merupakan pilihan yang baik bagi keperluan perniagaan tertentu dan ia serasi dengan versi desktop bagi versi terkini Office, Office 2010, Office 2007 (dengan sedikit kefungsian yang terhad), Office 2011 for Mac dan Office 2008 for Mac.
    Semua pelan Office 365 dibayar berdasarkan langganan, secara bulanan atau tahunan.
    "Microsoft Office" ialah nama yang masih akan digunakan bagi perisian produktiviti yang ketara. Suit Office secara lazimnya termasuk aplikasi seperti Word, Excel, PowerPoint dan Outlook. Semua suit Office yang baru (contohnya, Office Standard 2013) termasuk versi terkini aplikasi ini. Suit ini boleh dipasangkan pada satu PC sahaja dan tidak disertakan dengan sebarang perkhidmatan berasaskan awan yang termasuk dalam Office 365.
    Office 365 berfungsi secara paling berkesan dengan versi terkini Office, Office 2010 dan Office 2011 for Mac. Office 365 berfungsi dengan sedikit kefungsian terhad dengan Office 2007. Jika anda mempunyai edisi Office yang terdahulu, anda perlu mengemas kini kepada versi Office yang lebih baru demi menggunakan Office 365; atau anda boleh melanggani salah satu pelan Office 365 yang termasuk versi Office terkini. Selain daripada memperoleh versi Office yang terkini sebagai sebahagian daripada langganan anda, anda juga akan menerima kemas kini automatik agar Office anda sentiasa terkini. Membandingkan pelan.
    Capaian Internet diperlukan untuk memasang dan mengaktifkan semua pelan Office 365 dan menguruskan akauan langganan anda. Kesambungan Internet juga diperlukan untuk mencapai perkhidmatan produktiviti awan Office 365, termasuk e-mel, persidangan, pengurusan IT dan perkhidmatan lain.
    Kebanyakan pelan Office 365 juga termasuk Office versi desktop, contohnya Office 365 Small Business Premium dan Office 365 Enterprise E3. Salah satu manfaat aplikasi Office versi desktop adalah anda boleh bekerja di luar talian dan pasti bahawa pada masa akan datang anda menyambung ke Internet, semua kerja anda akan disegerakkan secara automatik jadi anda tidak perlu risau sama ada dokumen anda adalah terkini atau tidak. Office versi desktop anda juga dikemas kini dan dinaik taraf secara automatik apabila anda menyambung ke Internet. Ini memastikan anda sentiasa memiliki alat yang terkini untuk membantu anda bekerja. Membandingkan pelan Office 365.
    "Awan" ialah cara yang mesra untuk memerihalkan perkhidmatan pengkomputeran berasaskan web yang dihoskan di luar organisasi anda. Apabila anda menggunakan perkhidmatan berasaskan awan, infrastruktur IT anda tidak lagi berada pada anda (luar permis) dan diselenggarakan oleh pihak ketiga (dihos) dan bukannya berada pada pelayan di rumah atau perniagaan anda (pada premis) yang anda selenggarakan. Dengan Office 365, storan maklumat, pengkomputeran dan perisian terletak dan diuruskan secara jauh pada pelayan yang dimiliki oleh Microsoft. Banyak perkhidmatan yang anda gunakan setiap hari adalah sebahagian daripada awan—semua perkara, melingkungi e-mel berasaskan web hinggalah perbankan mudah alih dan storan foto dalam talian. Oleh sebab infrastruktur ini terletak dalam talian atau "dalam awan," anda boleh mencapainya dari mana-mana sahaja, dari PC, tablet, telefon pintar atau peranti lain dengan sambungan Internet.
    Office 365 bersifat boleh skala yang tinggi dan boleh menyokong semua perkara, termasuklah perniagaan perseorangan serta syarikat dengan ribuan pengguna:
    • Pelan perniagaan kecil Office 365 paling sesuai untuk syarikat dengan 10 orang pekerja dan boleh menampung sehingga 25 orang pengguna.
    • Office 365 Midsize Business paling sesuai untuk syarikat dengan 11 hingga 250 pekerja dan boleh menampung sehingga 300 orang pengguna.
    • Pelan perusahaan Office 365 memenuhi keperluan organisasi yang bersaiz daripada seorang pekerja kepada 50,000-an orang pengguna.
    Anda boleh membandingkan semua opsyen di sini.
    Office menawarkan aplikasi berikut:
    • Office for iPad: Lihat, cipta dan edit dokumen dengan aplikasi Word, Excel dan PowerPoint yang mesra sentuhan. Anda boleh bergantung pada Office for iPad untuk memastikan kandungan dan pemformatan anda tidak berubah agar dokumen kelihatan hebat apabila anda kembali menggunakan PC atau Mac. Dalam Word, tambah komen atau jejak perubahan apabila anda bekerja bersama orang lain. Semak semula dan kemas kini hamparan Excel dan tambah formula atau carta dengan mudah. Buat perubahan pada persembahan PowerPoint dan tayangkannya secara wayarles pada skrin yang besar.

      Anda boleh melihat dokumen secara percuma dengan Office for iPad. Pengeditan dan penciptaan dokumen memerlukan langganan Office 365 yang layak: Office 365 Home Premium, Office 365 Small Business Premium, Office 365 Midsize Business, Office 365 Enterprise dan Government E3 dan E4, Office 365 for Government G3 dan G4, Office 365 Education A3 dan A4, Office 365 ProPlus atau Office 365 University.

    • Office Mobile: Office Mobile diprapasang pada Windows Phone 8 dan tersedia untuk model iPhone dan telefon Android yang terpilih. Office Mobile menawarkan pengalaman melihat kandungan Office yang hebat serta kemampuan mengedit kandungan yang berkesan. Anda boleh bergantung pada Office Mobile untuk memastikan kandungan dan pemformatan anda tidak berubah agar dokumen masih kelihatan baik apabila anda kembali menggunakan PC atau Mac. Office Mobile untuk iPhone dan telefon Android boleh digunakan secara percuma untuk penggunaan bukan bertujuan komersial, hanya muat turun aplikasi dari gedung pada telefon anda.

      Untuk mengedit atau mencipta dokumen atau mencapai dokumen yang disimpan dalam SharePoint dan OneDrive for Business pada premis, anda mesti mempunyai pelan Office 365 yang layak: Office 365 Small Business Premium, Office 365 Midsize Business, Office 365 Enterprise dan Government E3 dan E4, Office 365 for Government G3 dan G4, Office 365 Education A3 dan A4, Office 365 ProPlus dan Office 365 University.

    • Outlook Mobile: Windows Phone 8 termasuk Outlook versi pra pasang yang anda boleh gunakan untuk mencapai e-mel Outlook.com, Office 365 atau Exchange anda.
    • OneNote: Anda boleh menggunakan aplikasi OneNote mudah alih untuk mencapai nota anda semasa dalam perjalanan. Aplikasi ini tersedia pada Windows Phone 8, iPhone, iPad dan telefon Android.
    • OWA: Jika anda mempunyai langganan Office 365 yang termasuk Exchange Online, anda boleh menggunakan aplikasi OWA untuk mengisih, mengimbas dan menjawab e-mel dan sentiasa mengikuti jadual anda. Aplikasi ini tersedia pada iPhone dan iPad.
    • Lync Mobile: Jika organisasi anda menggunakan versi Lync terkini, anda boleh menggunakan aplikasi Lync mudah alih untuk kekal terhubung apabila anda menggunakan peranti mudah alih anda.
    • SharePoint Newsfeed: Jika organisasi anda menggunakan versi SharePoint terkini, anda boleh menggunakan aplikasi SharePoint Newsfeed untuk mencapai suapan berita anda daripada peranti mudah alih anda. Aplikasi ini tersedia pada Windows Phone 8, iPhone dan iPad.
    Office 365 ditawarkan di beberapa negara/rantau dan dalam beberapa bahasa. Jika negara/rantau anda tiada dalam senarai, maka bermaksud kami kini masih belum melancarkan versi Office 365 untuk pasaran anda. Kami akan teruskan usaha melancarkan Office 365 di pasaran baru dan akan mengumumkan secara awam apabila kami melancarkan Office 365 di mana-mana pasaran baru.
    Perkhidmatan Office 365 untuk perniagaan yang baru dilancarkan pada 27 Februari 2013. Selepas tarikh ini, kami akan mula membolehkan pelanggan sedia ada menaik taraf kepada perkhidmatan baru yang termasuk perisian klien yang baru. Ketahui butiran lanjut tentang cara dan masa aktiviti kemas kini akan berlaku.
    Mari bermula
    Anda tidak perlu memasangkan apa-apa demi menggunakan Office 365.
    Untuk membantu anda menyambungkan versi desktop bagi versi terkini Office, Office 2010 atau Office 2007 kepada Office 365, Microsoft membekalkan perisian boleh pasang kepada pelanggan Office 365 yang dipanggil "Persediaan Desktop Office", tanpa sebarang caj.
    Persediaan Desktop Office memberikan banyak manfaat, termasuk:
    • Mengesan secara automatik kemas kini yang wajib.
    • Memasang kemas kini dan komponen apabila tiba atau secara senyap daripada baris perintah.
    • Mengkonfigurasikan Outlook dan Microsoft Lync secara automatik untuk digunakan dengan Microsoft Office 365.
    • Membuang pemasangan secara sendiri daripada komputer klien selepas berjalan.
    Anda boleh menemui dan memasang Persediaan Desktop Office di pusat pentadbiran Office 365 anda.

    Jika anda merancang untuk menyertakan langganan Office, anda juga dapat memasangnya terus dari pusat pentadbiran Office 365.
    Anda boleh menambahkan nama domain anda kepada Office 365 untuk mencipta kedua-dua alamat e-mel berasaskan domain dan laman web awam. Mencari pendaftar domain atau pembekal pengehosan DNS anda. Membandingkan pengurusan domain dalam langganan Office 365.
    Ya. Jika anda membeli lesen Office 365 bagi akaun yang anda cipta semasa percubaan percuma, maklumat dan konfigurasi bagi akaun pengguna ini masih akan wujud. Setelah percubaan percuma anda tamat tempoh, anda tidak dapat terus menggunakan Office 365 secara percuma. Anda mempunyai masa tambahan sebanyak 30 hari untuk membeli Office 365 sebelum maklumat akaun anda dipadamkan. Sebaik sahaja maklumat anda telah dipadamkan, anda tidak boleh memulihkannya.
    Soalan laman web
    Untuk menambahkan domain tersuai organisasi anda pada Office 365, anda mesti mempunyai capaian ke rekod DNS bagi domain tersebut. Jika anda tiada capaian, anda perlu menghubungi individu di syarikat anda yang menguruskan akaun domain syarikat.
    Sokongan dan harga
    Anda boleh membuat bayaran dengan semua kad kredit utama dan amaun langganan anda akan muncul pada penyata kad kredit bulanan anda. Bagi Office 365 Enterprise, Midsize Business dan pelan kendiri, anda mempunyai pilihan untuk menerima invois, dan bergantung pada pilihan perkhidmatan anda, anda akan dihantarkan bil secara bulanan atau tahunan. Anda akan menerima mesej e-mel apadila invois anda sedia untuk dilihat dan jika nombor pesanan belian (PO) dimasukkan apabila anda membeli langganan anda nombor tersebut disertakan dalam invois anda.
    Ya, diskaun ditawarkan kepada pelanggan perjanjian perusahaan Office 365 (biasanya 250+ lesen) yang ingin membuat pembelian melalui perlesenan pukal. Pakar Microsoft boleh membantu anda menjelajahi opsyen pembelian untuk perusahaan besar dan membantu anda menentukan pilihan yang terbaik untuk anda. Ketahui lanjut tentang perlesenan pukal. Mencari pakar Microsoft.
    Ya. Jika anda perlu membuat peningkatan, anda boleh mengubah akaun anda kepada pelan yang berbeza. Anda boleh meningkatkan akaun anda dalam lingkungan keluarga (sebagai contoh, daripada Office 365 Small Business kepada Office 365 Small Business Premium, atau daripada Office 365 Enterprise E1 kepada Office 365 Enterprise E3 or E4), atau anda boleh meningkatkan pelan dalam keluarga perkhidmatan (sebagai contoh, daripada pelan Small Business kepada pelan Midsize atau pelan Enterprisen, atau daripada pelan Midsize kepada pelan Perusahaan). Anda boleh juga meningkatkan daripaa -pelan kendiri Exchange Online kepada pelan Enterprise. Ketahuil lebih lanjut mengenai meningkatkan pelan Office 365.

    NOTA: Apabila anda meningkatkan akaun anda, nama domain ana dipindahkn ke akaun baharu anda, sama ada anda memeli nama domain anda sendiri ke akaun Office 365 anda atau anda menyediakan nama domain menggunakan Office 365.
    Anda boleh menggabungkan pelan Office 365 hanya dalam kumpulan perkhidmatan yang berkaitan. Contohnya, Office 365 Small Business boleh digabungkan dengan Office 365 Small Business Premium, tetapi bukan dengan Office 365 Midsize Business, pelan Office 365 Enterprise atau tawaran kendiri seperti Exchange Online. Hal sedemikian serupa dengan Office 365 Midsize Business yang tidak boleh digabungkan dengan pelan Office 365 Small Business, pelan Enterprise atau tawaran kendiri.

    Pelanggan yang menginginkan kefleksibelan maksimum boleh membeli pelan Office 365 Enterprise yang membenarkan anda menggabungkan pelan Office 365 Enterprise E1, E3 dan E4, pelan Office 365 Enterprise K1 (untuk pekerja kiosk) dan tawaran kendiri yang lengkap (contohnya, Exchange Online, SharePoint Online dan Lync Online).
    Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, bergantung pada produk dan jenis langganan yang anda miliki, mungkin anda akan dikenakan penalti atas pembatalan sebelum kontrak anda tamat. Bagi langganan dengan bayaran bulanan, anda tidak akan dikenakan penalti atas pembatalan kontrak anda pada bila-bila masa. Langganan dengan bayaran tahunan akan dikenakan penalti yang lebih jika pembatalan dibuat lebih awal. Baca Perjanjian Langganan Microsoft Onlineyang lengkap.
    Data anda merupakan milikan anda. Jika anda memutuskan untuk membatalkan langganan anda, anda boleh memuat turun data anda, seperti e-mel dan dokumen pada laman pasukan, dan menyimpannya di lokasi lain. Anda seharusnya menyimpan data anda sebelum anda melakukan pembatalan. Selepas anda membatalkan langganan anda, data yang berkaitan dengan akaun Office 365 anda akan tersedia kepada pentadbir anda dalam akaun dengan fungsi terhad selama 90 hari.
    Pergi ke sini untuk mengubah kata laluan anda.
    Office 365 Small Business Premium menyokong Windows Vista dan Windows XP bagi kebanyakan kefungsian berasaskan web. Walau bagaimanapun, ia tidak menyokong muat turun dan penggunaan perisian Office versi terkini dan anda tidak boleh menggantikan Office 2010 dengan versi terkini. Anda boleh menyambungkan perisian Office 2010 atau Office 2007 anda yang sedia ada kepada perkhidmatan Office 365, namun jika anda menggunakan Windows Vista atau Windows XP, anda tidak boleh memasang perisian Office 365 Small Business Premium dan anda tidak boleh menggantikan perisian Office 365 Small Business Premium dengan muat turun Office 2010.
    Pakar Microsoft ialah syarikat IT dan pembangunan terlatih yang boleh membantu anda berpindah ke Office 365 atau membentuk penyelesaian tersuai untuk perniagaan anda. Anda boleh menemui senarai pakar Microsoft kami di Microsoft Pinpoint.
  • Ketahui lanjut

iPad dan iPhone ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.