• Perbualan dari dalam awan:

    Siri digital baru ini memetik perbualan tulen tentang amanah dalam Office 365 dengan individu yang mereka bentuk, membina dan menjalankan perkhidmatan Office 365. Topik pertama ialah ‘Mengapa mempercayai Office 365?’

    Berikut: Siapakah yang dapat mencapai data anda?

    Pusat Amanah Office 365
  • Perbualan dari dalam awan:

    Siapakah yang dapat mencapai data anda?

    Data pelanggan tidak lagi boleh dicapai oleh individu yang mentadbir dan menjalankan perkhidmatan Office 365. Ketahui maklumat khusus daripada Perry Clarke dan Vivek Sharma tentang cara Office 365 menyelenggarakan perkhidmatan dan tidak mendedahkan maklumat pelanggan kepada jurutera semasa aktiviti penyelesaian masalah.

    Berikut: Adakah data anda selamat semasa tidak digunakan?

  • Perbualan dari dalam awan:

    Adakah data anda selamat semasa tidak digunakan?

    Vivek Sharma menjawab soalan anda tentang keselamatan data anda semasa data tidak digunakan dalam perkhidmatan Office 365.

    Berikut: Keselamatan, Pematuhan dan Privasi di Office 365

  • Perkhidmatan awan yang anda boleh percayai: Keselamatan, pematuhan dan privasi di Office 365

    Lihat cara pembinaan kami untuk keselamatan, pematuhan dan privasi di Office 365 mempunyai dua dimensi yang penting: Kemampuan terbina dalam dan Kawalan pelanggan.

Pusat Amanah Office 365

Pekerja anda dan data anda ialah aset anda yang paling penting, jadi apabila anda mempertimbangkan Office 365 untuk keperluan produktiviti anda, kami ingin melakukan yang terbaik untuk menjawab soalah anda yang utama terlebih dahulu. Pusat Amanah Office 365 ialah lokasi yang kami berkongsi komitmen kami dan maklumat tentang topik berkaitan amanah.

Dengan perkhidmatan Office 365, kami bertanggungjawab untuk mengekalkan data anda selamat dan terjamin. Data anda merupakan milik anda. Anda mengawalnya. Anda berhak untuk memiliki semua data jika anda memutuskan untuk berhenti menggunakan perkhidmatan kami. Rukun utama bagi pendekatan kami untuk mendapatkan dan mengekalkan kepercayaan anda adalah:
Ketahui selanjutnyaKeselamatan terbina dalam
  • Keselamatan aras perkhidmatan melalui pertahanan yang mendalam
  • Kawalan pelanggan dalam perkhidmatan
  • Pengukuhan keselamatan dan amalan pengendalian terbaik
Ketahui selanjutnyaPematuhan berterusan
  • Proses proaktif untuk memenuhi keperluan pematuhan anda
  • Kawalan pelanggan untuk pematuhan organisasi
  • Pengesahan bebas untuk memenuhi piawai yang sentiasa berkembang
Ketahui selanjutnyaPrivasi yang dirancang
  • Data anda tidak digunakan untuk pengiklanan
  • Anda mempunyai kawalan privasi yang meluas
  • Anda boleh mengambil semua data anda bersama anda jika perlu
Ketahui selanjutnyaPengendalian telus
  • Anda mengetahui lokasi data anda dan individu yang dapat mencapainya
  • Kebolehlihatan pada ketersediaan dan perubahan pada perkhidmatan
  • Jaminan masa hidup sebanyak 99.9% yang disokong oleh kewangan
Soalan Lazim & senarai
Soalan utama yang harus ditujui kepada pembekal perkhidmatan awan apabila mempertimbangkan awan untuk perkhidmatan IT anda dan cara Microsoft Office 365 menjawab soalah tersebut.
Pertimbangan privasi dan keselamatan yang utama untuk membantu anda menentukan keselamatan dan kebolehpercayaan pembekal perkhidmatan awan dan perkhidmatan mereka.
Lihat beberapa piawai industri dan sijil kelas dunia utama yang ditepati oleh Office 365.
Kandungan terperinci
Semak perihalan terperinci bagi perkhidmatan dan ciri yang tersedia dengan Office 365.
Lihat tawaran Microsoft Office 365 dan Microsoft Dynamics CRM Online versi perusahaan dan perniagaan kecil yang mengguna pakai Pusat Amanah. Pelan mestilah dibeli terus daripada atau dibekalkan oleh pihak Microsoft.
Semak kertas putih privasi Office 365 untuk maklumat terperinci tentang piawai privasi Office 365.
Lihat kertas putih rangka kerja pematuhan bagi perkhidmatan dalam talian untuk melihat Office 365 mengurangkan risiko gangguan pengendalian sementara meningkatkan keyakinan dari segi kestabilan perkhidmatan.
Kertas putih ini memerihalkan cara Office 365 menepati keperluan keselamatan, pematuhan dan pengurusan risiko sebagaimana yang ditakrifkan oleh Cloud Security Alliance, Cloud Control Matrix.
Baca kertas putih keselamatan Office 365 untuk perihalan terperinci tentang keselamatan Office 365.
Blog
Kiriman blog Dari Dalam Awan yang baru ini menunjukkan cara kami memenuhi keperluan pematuhan organisasi anda secara berterusan. Shawn Veney memberikan pandangan pada pendekatan kami terhadap pematuhan kawal selia: cara kami melangkaui pendekatan kotak semak dan menggunakan pematuhan dengan piawai dan peraturan untuk memenuhi keperluan utama pelanggan, seperti lokasi data di rantau tertentu, keselamatan data dan privasi.
Blog Dari Dalam Awan yang baru ini menyerlahkan cara kami menguruskan individu yang dapat mencapai data anda dalam perkhidmatan dan menunjukkan maklumat khusus daripada Perry Clarke dan Vivek Sharma tentang cara Office 365 menyelenggarakan perkhidmatan dan tidak mendedahkan data pelanggan kepada jurutera semasa aktiviti penyelesaian masalah.
Jangan ketinggalan membaca cara cabaran Microsoft yang berjaya pada Surat Keselamatan Kebangsaan melindungi dasar yang wujud sejak dahulu lagi yang memaklumi pelanggan perusahaan jika pihak kerajaan meminta data mereka.
Siri digital baru ini memetik perbualan tulen tentang amanah dalam Office 365 dengan individu yang mereka bentuk, membina dan menjalankan perkhidmatan Office 365. Topik pertama ialah ‘Mengapa mempercayai Office 365?’
Baca butiran tentang cara komitmen berbentuk kontrak kami untuk Office 365 dan perkhidmatan awan yang lain untuk perniagaan, Microsoft Azure, Microsoft Dynamics CRM dan Windows Intune, kini diiktiraf sebagai menepati piawai ketat undang-undang privasi Kesatuan Eropah (KE).
Sejajar dengan dakwaan baru-baru ini, lihat cara kami memutuskan untuk mengambil tindakan yang segera dan sewajarnya dalam bidang meluaskan penyulitan dan menguatkuasakan perlindungan legal sambil meningkatkan ketelusan.
Ketahui selanjutnya tentang komitmen kami dalam menjalankan perkhidmatan yang tersedia pada kadar yang tinggi dan perjanjian aras perkhidmatan kami. Lihat cara kami mengukur ketersediaan dan lihat nombor masa hidup sedunia kami untuk Office 365 pada enam suku tahun yang lalu.

Pusat Amanah Office 365

Office 365 ialah perkhidmatan dengan keselamatan yang kukuh, direka dengan mengikuti Microsoft Security Development Lifecycle. Kami mengumpulkan amalan terbaik sejak dua dekad yang lalu dalam membina perisian perusahaan dan menguruskan perkhidmatan dalam talian untuk memberi anda penyelesiaan perisian sebagai perkhidmatan yang bersepadu.

Pada aras perkhidmatan, Office 365 menggunakan pendekatan dengan pertahanan yang mendalam untuk menyediakan ciri keselamatan dan alaman pengendalian terbaik dari segi fizikal, logik dan lapisan data. Selain itu, Office 365 memberi anda kawalan pengguna dan pentadbir bertaraf perusahaan demi menjamin persekitaran anda secara lanjut.
  • Pemantauan 24 jam pada pusat data
  • Pengesahan berbilang faktor, termasuk pengimbasan biometrik bagi capaian pusat data
  • Rangkaian pusat data dalaman diasingkan daripada rangkaian luaran
  • Pengasingan peranan menjadikan lokasi data pelanggan yang khusus tidak dapat dibaca oleh pekerja yang mempunyai capaian fizikal
  • Pemacu dan perkakasan yang rosak akan dinyahmagnet dan dimusnahkan.
  • Proses kotak kunci untuk proses peningkatan yang diselia secara ketat mengehadkan capaian manusia pada data anda
  • Pelayan hanya menjalankan proses pada senarai putih, mengurangkan risiko kod berbahaya
  • Pasukan pengurusan ancaman yang dedikasi berusaha secara proaktif untuk menjangka, mengelakkan dan mengurangkan capaian berbahaya
  • Pengimbasan port, pengimbasan kerentanan perimeter dan pengesanan pencerobohan menghalang atau mengesan sebarang capaian berbahaya
  • Penyulitan semasa tiada aktiviti melindungi data anda pada pelayan kami
  • Penyulitan semasa pemindahan dengan SSL/TLS melindungi data anda yang dipindahkan antara anda dan Microsoft
  • Pengurusan ancaman, pemantauan keselamatan dan integriti fail/data menghalang atau mengesan sebarang gangguan data
  • Perkhidmatan Pengurusan Hak menghalang capaian aras fail tanpa kelayakan pengguna yang betul
  • Pengesahan berbilang faktor melindungi capaian pada perkhidmatan dengan faktor kedua seperti telefon
  • S/MIME menyediakan capaian e-mel berasaskan sijil yang selamat
  • Penyulitan Mesej Office 365 membenarkan anda menghantar e-mel tersulit kepada sesiapa sahaja
  • Pencegahan kehilangan data menghalang kebocoran data sensitif sama ada di dalam atau ke luar organisasi
  • Pencegahan kehilangan data boleh digabungkan dengan Pengurusan Hak dan Penyulitan Mesej Office 365 untuk memberi kawalan yang lebih menyeluruh kepada pentadbir anda demi menggunakan dasar yang bersesuaian bagi melindungi data yang sensitif
Soalan Lazim & senarai
Pertimbangan privasi dan keselamatan yang utama untuk membantu anda menentukan keselamatan dan kebolehpercayaan pembekal perkhidmatan awan dan perkhidmatan mereka.
Kandungan terperinci
Semak perihalan terperinci bagi perkhidmatan dan ciri yang tersedia dengan Office 365.
Halaman ini menyediakan maklumat tentang ciri privasi dan keselamatan bagi perkhidmatan khusus yang diliputi oleh Pusat Amanah Microsoft Online Services.
Kertas putih ini menyediakan pemahaman tentang maksud pengkomputeran awan di Microsoft dan cara Office 365 menyampaikan infrastruktur pengkomputeran awan yang boleh dipercayai.
Kertas putih ini menunjukkan cara organisasi Global Foundation Services beroperasi dengan penegasan pada Forum Pengurusan Keselamatan Maklumat, program Pengurusan Risiko dan program Dasar Keselamatan daripada OSSC ISMS.
Kertas putih ini memerihalkan cara Office 365 memenuhi keperluan keselamatan, pematuhan dan pengurusan risiko sebagaimana ditakrifkan oleh Cloud Security Alliance, Cloud Control Matrix.
Baca tentang cara sesebuah syarikat membina perisian yang selamat di dunia yang semakin tidak selamat merentasi ribuan pembangun dan jutaan baris kod.
Blog
Ketahui cara pembinaan kami untuk keselamatan, pematuhan dan privasi kami terdiri daripada dua dimensi yang penting untuk melindungi data anda: kemampuan terbina dalam dan kawalan pelanggan.
Ketahui tentang cara capaian ditingkatkan yang sifar dalam perkhidmatan didayakan oleh infrastruktur Kawalan Capaian Berasaskan Peranan dan (RBAC) dan PowerShell kami yang berada pada dasar. Infrastruktur ini memastikan semua orang yang perlu memantau perkhidmatan dasar akan melalui proses untuk mendapatkan keistimewaan sebelum mereka bermula.
Berikutan tema sebab kami membina Exchange menurut cara kami, dengarlah kami menjelaskan beberapa perubahan seni bina yang telah dibuat pada Exchange dalam keluaran yang akan datang.

Pusat Amanah Office 365

Apabila anda mengamanahkan data anda pada Office 365, anda kekal sebagai satu-satunya pemilik data: anda mempunyai segala hak, gelaran dan minat pada data yang anda simpan pada Office 365. Dasar kami adalah tidak menggunakan data anda untuk tujuan pengiklanan atau menggunakan data anda selain tujuan menyediakan perkhidmatan produktiviti awan kepada anda.
  • Andalah pemilik data; Microsoft bertindak sebagai penjaga atau pemproses data anda
  • Data anda milik anda, jadi jika anda memilih untuk meninggalkan perkhidmatan, anda boleh membawa data anda bersama anda
  • Kami tidak menggunakan data anda untuk pengiklanan
  • Kami hanya menggunakan data anda untuk tujuan menyediakan perkhidmatan yang anda minta daripada kami
  • Kami mendedahkan secara tetap bilangan permintaan penguatkuasaan undang-undang yang kami terima melalui laporan ketelusan kami
  • Jika pihak kerajaan menghubungi kami untuk mendapatkan capaian pada data pelanggan, kami akan mengarahkan permintaan tersebut kepada anda, iaitu pelanggan kami, dan kami akan membantah melalui mahkamah bagi sebarang permintaan undang-undang tidak sah yang menghalang pendedahan permintaan kerajaan untuk data pelanggan
  • Kawalan privasi membolehkan anda mengkonfigurasikan individu di dalam organisasi yang mempunyai capaian dan jenis capaian mereka
  • Unsur rekaan menghalang gabungan data anda dengan organisasi lain yang menggunakan Office 365
  • Pengauditan dan penyeliaan yang meluas menghalang pentadbir memperoleh capaian tanpa izin pada data anda
Soalan Lazim & senarai
Pertimbangan privasi dan keselamatan yang utama untuk membantu anda menentukan keselamatan dan kebolehpercayaan pembekal perkhidmatan awan dan perkhidmatan mereka.
Kandungan terperinci
Baca tentang cara pendekatan Microsoft memastikan data pelanggan kami dalam perkhidmatan perusahaan kami kekal sulit. Butiran termasuk cara kami memastikan perkhidmatan kami melindungi privasi, untuk memastikan pelanggan kami membuat pilihan termaklum demi melindungi privasi data mereka di awan.
Semak kertas putih Privasi Office 365 untuk maklumat yang lebih terperinci pada piawai privasi Office 365.
Halaman ini menyediakan maklumat tentang ciri privasi dan keselamatan bagi perkhidmatan khusus yang diliputi oleh Pusat Amanah Microsoft Online Services.
Baca kenyataan privasi Office 365 kami. Kenyataan ini diguna pakai pada data yang dikumpul oleh Microsoft melalui penggunaan anda dan pentadbiran perkhidmatan Office 365.
Dokumen ini menyediakan panduan langsung untuk mengkonfigurasikan pelbagai seting privasi yang ditemui pada halaman Seting Perkhidmatan Pentadbir Office 365.
Dokumen ini menyediakan panduan langsung untuk mengkonfigurasikan pelbagai seting privasi yang ditemui pada halaman Seting Perkhidmatan Pentadbir Office 365.
Kertas putih ini memerihalkan cara Office 365 memenuhi keperluan keselamatan, pematuhan dan pengurusan risiko sebagaimana ditakrifkan oleh Cloud Security Alliance, Cloud Control Matrix.
Semak arahan berikut tentang pengubahan seting privasi bagi Office 2013. Arahan berguna juga tersedia untuk Office 2010, Office 2007 dan Office 2003.
Blog
Blog Dari Dalam Awan yang baru ini menyerlahkan cara kami menguruskan individu yang dapat mencapai data anda dalam perkhidmatan dan menunjukkan maklumat khusus daripada Perry Clarke dan Vivek Sharma tentang cara Office 365 menyelenggarakan perkhidmatan dan tidak mendedahkan data pelanggan kepada jurutera semasa aktiviti penyelesaian masalah.
Jangan ketinggalan membaca cara cabaran Microsoft yang berjaya pada Surat Keselamatan Kebangsaan melindungi dasar yang wujud sejak dahulu lagi yang memaklumi pelanggan perusahaan jika pihak kerajaan meminta data mereka.
Baca butiran tentang cara komitmen berbentuk kontrak kami untuk Office 365 dan perkhidmatan awan yang lain untuk perniagaan, Microsoft Azure, Microsoft Dynamics CRM dan Windows Intune, kini diiktiraf sebagai menepati piawai ketat undang-undang privasi Kesatuan Eropah (KE).
Sejajar dengan dakwaan baru-baru ini, lihat cara kami memutuskan untuk mengambil tindakan yang segera dan sewajarnya dalam bidang meluaskan penyulitan dan menguatkuasakan perlindungan legal sambil meningkatkan ketelusan.

Pusat Amanah Office 365

Office 365 ialah perkhidmatan sejagat dan pematuhan berterusan yang merujuk kepada komitmen kami untuk mengembangkan kawalan Office 365 dan mengikuti perkembangan piawai dan peraturan yang berkenaan dengan industri dan kawasan geografi anda. Oleh sebab peraturan selalu berkongsi kawalan yang sama atau serupa, hal ini memudahkan pihak Microsoft memenuhi keperluan peraturan baru atau peraturan yang khusus untuk organisasi atau industri anda.

Selain itu, Office 365 menawarkan kawalan pentadbir dan pengguna, termasuk ePenemuan, penahanan legal dan pencegahan kehilangan data untuk membantu anda memenuhi keperluan pematuhan dalaman. Tindakan sedemikian tidak memerlukan penggunaan infrastruktur pada premis tambahan.
  • Perkhidmatan kami disahkan untuk memenuhi keperluan yang dinyatakan dalam ISO 27001, klausa model KE, HIPAA BAA dan FISMA
  • Perjanjian pemprosesan data kami menyatakan butiran privasi, keselamatan dan pengendalian data pelanggan yang membantu anda mematuhi peraturan tempatan
  • Kami telah membina lebih daripada 900 kawalan dalam rangka kerja pematuhan 365 yang membolehkan kami mengikuti piawai industri yang sentiasa berkembang
  • Sebuah pasukan pematuhan pakar sentiasa menjejaki piawai dan peraturan, membina set kawalan yang sama bagi pasukan produk kami untuk dibina pada perkhidmatan
  • Penahanan legal dan ePenemuan yang dibina pada perkhidmatan membantu anda mencari, mengekalkan, menganalisis dan membungkus kandungan elektronik (biasanya dirujuk sebagai maklumat yang disimpan secara elektronik atau ESI) untuk permintaan atau penyelidikan legal
  • Pencegahan kehilangan data di Office 365 membantu anda mengenal pasti, memantau dan melindungi maklumat sensitif di dalam organisasi anda melalui analisis kandungan yang mendalam
Soalan Lazim & senarai
Lihat beberapa piawai industri dan sijil kelas dunia utama yang ditepati oleh Office 365.
Semak Soalan Lazim ini untuk melihat cara komitmen kami terhadap ketelusan membantu pelanggan mematuhi keperluan kawalan selia mereka.
Semak Soalan Lazim ini untuk melihat cara komitmen kami terhadap ketelusan membantu pelanggan mematuhi keperluan kawalan selia FISMA mereka.
Semak Soalan Lazim ini untuk melihat cara komitmen kami terhadap ketelusan membantu pelanggan mematuhi keperluan kawalan selia KE mereka.
Semak Soalan Lazim ini untuk melihat cara komitmen kami terhadap ketelusan membantu pelanggan mematuhi keperluan kawalan selia HIPAA/HITECH mereka.
Baca tentang cara kami memperoleh audit dan sijil pihak ketiga agar anda boleh mempercayai bahawa perkhidmatan kami direka dan dikendalikan dengan jaminan keselamatan yang paling ketat.
Kandungan terperinci
Lihat kertas putih rangka kerja pematuhan bagi perkhidmatan dalam talian untuk melihat cara Office 365 mengurangkan risiko gangguan pengendalian sambil meningkatkan keyakinan dari segi kestabilan perkhidmatan.
Kertas putih ini memerihalkan cara Office 365 memenuhi keperluan keselamatan, pematuhan dan pengurusan risiko sebagaimana ditakrifkan oleh Cloud Security Alliance, Cloud Control Matrix.
Dokumen ini menyediakan gambaran keseluruhan ringkas tentang keperluan peraturan dan analisis terperinci tentang cara perkhidmatan awan Microsoft dibina dengan kaedah yang dipetakan pada keperluan tersebut.
Blog
Kiriman blog Dari Dalam Awan yang baru ini menunjukkan cara kami memenuhi keperluan pematuhan organisasi anda secara berterusan. Shawn Veney memberikan pandangan pada pendekatan kami terhadap pematuhan kawal selia: cara kami melangkaui pendekatan kotak semak dan menggunakan pematuhan dengan piawai dan peraturan untuk memenuhi keperluan utama pelanggan, seperti lokasi data di rantau tertentu, keselamatan data dan privasi.
Blog Pengkomputeran Yang Boleh Dipercayai ini berkongsi perspektif pihak Microsoft tentang pengkomputeran awan. Dalam episod ini kami membincangkan konsep kebergantungan perkhidmatan awan.
Dalam episod ini kami membincangkan keperluan untuk mengelas dan mengasingkan data demi mendayakan migrasi awan sambil masih mengekalkan keperluan kawal selia dan standard yang berkaitan pada data sensitif.

Pusat Amanah Office 365

Peralihan ke perkhidmatan awan tidak seharusnya bermaksud kehilangan capaian pada pengetahuan proses yang sedang berjalan. Dengan Office 365, hal sedemikian tidak harus berlaku. Kami bertekad untuk bertindak secara telus dalam pengendalian kami agar anda boleh memantau keadaan perkhidmatan anda, menjejaki isu dan mempunyai pandangan sejarah tentang ketersediaan.
  • Anda mempunyai sokongan telefon 24/7 yang selalu bersedia untuk isu kritikal
  • Kami mempunyai proses DevOp yang bermaksud pelaporan 24/7 kepada pasukan pembangunan yang sebenar untuk menyelesaikan isu yang tidak boleh diselesaikan semata-mata oleh pihak pengendalian
  • Kami menjalankan semakan yang terperinci bagi semua kejadian perkhidmatan, tanpa mengira magnitud impak dan kami akan berkongsi analisisnya jika organisasi anda terjejas
  • Kami komited untuk menyampaikan masa hidup sekurang-kurangnya 99.9% dengan jaminan yang disokong kewangan.
  • Kami menerbitkan masa hidup bagi suit Office 365 pada setiap suku tahun. Masa hidup terbaru dan sejarah kami adalah seperti berikut.

Masa hidup sedunia terbaru:

2012 2013 2014
99.98% 99.97% 99.94% 99.97% 99.96% 99.98% 99.99%
Q3 Q4 Q1 Q2 Q3 Q4 Q1
Soalan Lazim & senarai
Baca Soalan Lazim ini tentang capaian data pihak ketiga.
Kami mentadbir subkontraktor kami pada piawai keselamatan dan privasi yang sama dengan piawai kami, dan dari segi ketelusan, kami akan memberitahu anda subkontraktor yang kami gunakan dan tanggungjawab mereka.
Kami membolehkan anda mengetahui sama ada seseorang telah mencapai data anda. Kami tahu bahawa di awan, capaian data adalah salah satu kepentingan utama anda. Hal ini bermaksud anda akan dapat mencapai data anda apabila perlu dan anda akan mengetahui sama ada seseorang telah mencapai data anda. Baca tentang individu yang boleh mencapai maklumat anda dan syarat untuk mencapainya.
Kandungan terperinci
Baca kertas putih ini untuk pandangan terhadap set metrik pusat data dipiawaikan yang dipanggil Kecekapan Penggunaan Kuasa (PUE), proses, kaedah dan teknologi baru untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan ekosistem pengkomputeran perniagaan di pusat data.
Kertas ini memerihalkan cara pasukan Microsoft Global Foundation Services mengurus dan mengendalikan pusat data syarikat yang besar dan melaraskan saiz pelayannya kepada saiz yang betul untuk mencapai kecekapan maksimum. Proses tersebut memfokuskan pada pengumpulan data prestasi yang terperinci menggunakan muatan kerja perwakilan kemudian menganalisis set data tersebut untuk memilih pelayan seimbang yang dilaraskan secara optimum untuk senario pengeluaran.
Dokumentasi jelas tentang amalan kami yang sejajar dengan permintaan legal pihak kerajaan bagi data pelanggan.
Dokumen ini menunjukkan butiran bilangan permintaan legal bagi data pelanggan yang kami terima daripada agensi penguatkuasaan undang-undang di seluruh dunia dan cara Microsoft menjawab permintaan tersebut.
Blog
Blog Dari Dalam Awan yang baru ini menyerlahkan cara kami menguruskan individu yang dapat mencapai data anda dalam perkhidmatan dan menunjukkan maklumat khusus daripada Perry Clarke dan Vivek Sharma tentang cara Office 365 menyelenggarakan perkhidmatan dan tidak mendedahkan data pelanggan kepada jurutera semasa aktiviti penyelesaian masalah.
Ikuti perkembangan dengan Pusat Mesej Office 365Dalam usaha untuk menambah baik komunikasi, kami telah menambahkan Pusat Mesej. Pusat Mesej membantu memaklumi pentadbir Office 365 tentang ciri baru dan tindakan yang perlu diambil untuk menjamin perkhidmatan Office 365 berjalan dengan lancar.
Ketahui tentang Perjanjian Aras Perkhidmatan kami sebanyak 99.9% yang disokong kewangan sebagai komitmen kami untuk menjalankan perkhidmatan yang tersedia pada kadar yang tinggi. Lihat cara kami mengukur ketersediaan dan lihat nombor masa hidup sedunia kami untuk Office 365 pada empat suku tahun yang lalu.
Nota: Video tersedia dalam bahasa Inggeris dengan sari kata. Klik pada butang "CC" untuk menghidupkan sari kata.
Nota: Video tersedia dalam bahasa Inggeris dengan sari kata. Klik pada butang "CC" untuk menghidupkan sari kata.
Nota: Video tersedia dalam bahasa Inggeris dengan sari kata. Klik pada butang "CC" untuk menghidupkan sari kata.