Kongsi fail dari mana-mana sahaja dengan Office 365.
Anak Panah

Berkongsi fail dengan mudah

Bekerjasama pada dokumen dari mana-mana sahaja
Pastikan semua orang bekerja bersama, apabila perlu. Bekerjasama pada dokumen dengan ahli pasukan, kongsi laporan dengan rakan perniagaan dan berhubung dengan pelanggan.
Dua individu menggunakan satu tablet untuk bekerjasama pada fail.

Menyimpan, menyegerak dan berkongsi fail dengan mudah

Seketika ini anda menguruskan dokumen dengan rakan sekerja yang berdekatan, seketika kemudian pula anda berurusan dengan pelanggan di luar negara pada fail yang berlainan. Dengan adanya Office di awan, anda usah berasa risau. Anda mempunyai banyak cara untuk menyimpan, mengatur dan berkongsi fail dengan individu dalam dan luar organisasi anda, Anda juga tidak perlu risau tentang kawalan versi. Fail anda sentiasa terkini, jadi semua orang boleh mencapai salinan induk yang terkini.

Memudahkan kerja berpasukan

Cipta folder pasukan baru dari Outlook dengan mudah, tanpa IT, untuk membantu pasukan memperoleh sesuatu yang diperlukan oleh mereka dengan pantas.

Mendapatkan fail anda dari mana-mana sahaja

Storan dokumen peribadi yang sebanyak 1 TB membolehkan anda menyimpan fail anda dalam talian agar anda boleh mencapainya pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, dari PC, tablet atau telefon anda.

Berkongsi dari laman peribadi anda

Apabila anda menyimpan fail dalam talian dalam storan dokumen peribadi anda, anda boleh berkongsinya secara mudah dengan ahli dalam atau luar organisasi anda, menyegerakkannya dan mengawal capaian.

Enam individu berkumpul di meja di dalam bilik mesyuarat.

Berkongsi secara dalaman dan luaran

Anda perlu berkongsi fail, dengan individu dalam syarikat anda dan individu di luar syarikat anda dan anda perlu melakukannya dengan mudah dan secara rahsia. Dengan Office 365, anda boleh berkongsi dokumen secara berkesan sambil masih dapat mengawal individu yang dapat melihat dan mengedit setiap fail. Anda boleh mencipta, mengedit dan menyemak semula dokumen dengan orang lain dalam masa nyata, hal ini menjimatkan masa dan memastikan semuanya tersegerak. Sokongan kerjasama jenis ini membolehkan anda memastikan projek terus berkembang.

Bekerja bersama pada fail yang sama

Jemput individu di luar organisasi anda untuk mencapai fail dalam talian. Anda mengawal individu yang dapat melihat dan perkara yang dapat diedit. Tambah, balas dan jejak komen dan kemas kini status dengan mudah.

Kuasa perangkaian sosial

Pelan perusahaan termasuk perangkaian sosial untuk meningkatkan kerjasama dan merangsang inovasi. Dapatkan kemas kini tentang dokumen dan laman secara automatik.

Mencari dokumen kongsi dengan pantas

Anda tidak perlu mencari-cari dokumen yang dikongsi oleh rakan sekerja atau rakan kongsi dengan anda. Anda boleh mencarinya dengan segera menggunakan pandangan Dikongsi dengan saya dalam laman storan dalam talian peribadi anda.

Tiga ahli pasukan menggunakan tablet dan komputer riba untuk bekerjasama.

Memastikan pasukan sentiasa tersegerak

Kerjasama ialah cara melakukan perniagaan pada masa ini, namun cabaran kerjasama adalah memastikan semua orang bekerja bersama pada versi dokumen terkini. Anda sememangnya tahu masa akan dibazirkan jika masalah sedemikian berlaku. Office 365 memberikan anda banyak cara yang berlainan untuk membantu memastikan semua orang boleh mencari fail yang diperlukan oleh mereka dengan segera agar semua ahli pasukan bermaju bersama.

Mengatur e-mel projek

Simpan e-mel projek dan dokumen kongsi di satu tempat dengan peti mel khusus projek yang hanya boleh dicapai oleh ahli pasukan, jadi anda tidak membazirkan masa untuk mencari sesuatu yang anda perlukan.

Menggunakan laman pasukan untuk projek

Uruskan individu yang dapat mencapai laman pasukan. Dasar automatik, perlindungan hak dan bantuan pengarkiban melindungi aset pasukan anda.

Membina blog dan wiki

Kongsi idea menggunakan blog dan wiki untuk membentuk kesepakatan pasukan dan momentum projek. Untuk membantu menjejak kemajuan projek, anda boleh menguntukkan tugas merentasi pasukan dan melihatnya pada garis masa.

Mencari pelan untuk perniagaan anda

Kami telah membangunkan pelan untuk memenuhi keperluan yang unik bagi semua saiz perniagaan, daripada produktiviti disatukan dan keperluan komunikasi kepada kawalan lanjutan dan kemampuan pematuhan.

Lihat pelan & hargaLihat pelan & harga

Perniagaan saya memerlukan aplikasi Office sahaja

Untuk membantu anda menguruskan keperluan perniagaan anda yang berubah-ubah, kami menawarkan beberapa opsyen Office sahaja:

Sumber

Dapatkan jawapan bagi soalan anda dan ketahui butiran lanjut tentang perkara yang boleh dilakukan oleh Office 365 untuk perniagaan anda, ciri yang terangkum dalamnya dan cara fungsinya.