Membandingkan suit yang tersedia melalui pelesenan volum

Naik taraf kepada Office yang terkini untuk meningkatkan produktiviti.

Jika anda perlu membeli lima atau lebih lesen, Microsoft Office menawarkan dua suit yang tersedia melalui pelesanan volum—Office Professional Plus 2013 dan Office Standard 2013. Jika anda memerlukan kurang daripada lima lesen, lihat halaman perbandingan untuk suit Office lain. Kami kini juga menawarkan Office 365 ProPlus, iaitu perkhidmatan langganan yang memberikan anda versi Office yang terkini serta perkhidmatan awan seperti e-mel dan mesyuarat web kelas perniagaan. Jika anda menginginkan versi Office sentiasa terkini yang boleh dicapai di mana-mana sahaja dan perkhidmatan produktiviti yang anda boleh guna dan uruskan mengikut cara anda, anda boleh mempertimbangkan Office 365 ProPlus.

Jadual berikut menerangkan aplikasi yang berbeza dalam dua suit dan nilai perusahaannya. Suit tersebut juga berlainan dari segi tahap penyepaduan dengan pelayan produktiviti perniagaan yang berkaitan.

Office Standard 2013
Lihat opsyen pelesenan
Office Professional Plus 2013
Lihat opsyen pelesenan
Aplikasi
Lihat apa yang baru dalam Office
Word 2013
Word 2013
Mencipta dokumen yang menawan dan menikmati pembacaan.
Excel 2013
Excel 2013
Mencapai wawasan bernilai dengan alat analisis yang berkesan.
PowerPoint 2013
PowerPoint 2013
Mereka bentuk dan menyampaikan persembahan yang menarik dengan mudah dan penuh keyakinan.
OneNote 2013
OneNote 2013
Mengambil nota dan merujuk kepadanya di mana-mana sahaja apabila perlu.
Outlook 2013
Outlook 2013
Menguruskan e-mel, kenalan, jadual dan senarai tugas untuk dilakukan.
Publisher 2013
Publisher 2013
Mencipta penerbitan yang profesional lagi berkesan.
Office Online (Word, Excel, PowerPoint, OneNote)
Access 2013
Access 2013
Membentuk nilai perniagaan secara pantas dengan aplikasi berasaskan pelayar.
InfoPath 2013
InfoPath 2013
Mengumpul maklumat yang diperlukan oleh perniagaan anda secara pantas dengan borang yang mudah dicipta.
Lync 2013
Lync 20131
Menjadi lebih produktiviti dengan berkomunikasi dan bekerjasama secara mudah dengan individu lain dalam lokasi yang berbeza.
Nilai perusahaan
Dasar kumpulan
Pengaktifan volum
Perkhidmatan terminal
Telemetri aplikasi
Pematuhan dan pengarkiban1
Mengarkibkan e-mel terus daripada Outlook—tidak memerlukan fail .pst—dan mengesetkan dasar pengekalan yang mengarkib atau memadamkan e-mel secara automatik. Pentadbir IT boleh menguruskan secara memusat Arkib Setempat dan ePenemuan. Mengelakkan kehilangan data sensitif melalui e-mel dengan Petua Dasar Outlook dan Pencegahan Kehilangan Data Exchange. Mengimbas hamparan untuk mengesan ralat dan ketakkonsistenan dengan Pertanyaan dalam Excel dan melihat penjejakan audit dengan Perbandingan Hamparan.
Kecerdasan perniagaan
Memperkemas penyepaduan dan pengolahan data yang banyak daripada pelbagai sumber dan melaksanakan analisis pantas menggunakan Power Pivot yang asli pada Excel. Menjelajahi bahagian dan pandangan data yang berlainan dengan satu klik dalam jadual pangsi atau carta pangsi. Menyusun data, carta dan graf kepada satu Power View yang interaktif.
Suara syarikat1
Membuat panggilan suara menggunakan klien Lync, memulakan panggilan daripada senarai kenalan dengan menaipkan nama atau nombor, atau menggunakan pad dailan untuk memulakan panggilan PSTN. Bertukar panggilan antara peranti, meletakkan panggilan, mencapai mel suara daripada klien Lync dan menggunakan ciri Suara Syarikat di bawah VDI.
Keupayaan pengurusan hak maklumat dan dasar1
Mengawal keselamatan maklumat digital daripada penggunaan tanpa keizinanan melalui penyepaduan dengan Perkhidmatan Pengurusan Hak Windows (RMS) bagi Windows Server.
(Lihat sahaja)
Pemesejan segera disatukan, kehadiran dan suara1
Berkomunikasi secara mudah dengan individu lain di lokasi dan zon masa yang berlainan menggunakan alat Office dan Lync yang biasa.
Kerjasama1
Meningkatkan kerjasama dan meningkatkan produktiviti pasukan dengan peti mel laman. Mencapai e-mel berkaitan projek di Exchange dan dokumen di SharePoint, kesemuanya dari Outlook, dengan capaian yang terhad kepada ahli pasukan yang mempunyai keizinan yang berkenaan.

1Suit menyediakan aras penyepaduan yang berbeza dengan pelayan produktiviti perniagaan. Hubungi Rakan Kongsi Microsoft yang Diperakui untuk mencari penyelesai terbaik bagi keperluan anda.