Tutup

Keselamatan yang berterusan

Melalui amalan keselamatan yang terkini dan pengalaman perkhidmatan dalam talian yang bertahun-tahun, Office 365 menyampaikan keselamatan kukuh yang anda patut nikmati.

  • Sebagai pelanggan Office 365, anda menikmati manfaat daripada pelaburan, skala dan pengalaman yang mendalam daripada Microsoft. Kami telah membangunkan amalan dan dasar kami sebagai hasil daripada pengalaman yang lebih daripda satu dekad dalam hal menyediakan keselamatan bagi data dalam talian.

    Amalan keselamatan kami bersifat boleh skala dan menggabungkan pembelajaran kami di geografi dan industri yang berlainan.

    Ciri keselamatan terbina dalam kami melindungi data sejak data disimpan hinggalah data mencapai peranti pengguna. Secara lalai, ciri keselamatan kami termasuk:

    • Pusat data fizikal yang dipantau 24 jam
    • Pemencilan logikal data antara penyewa.
    • Capaian pentadbiran pada Office 365, dikawal oleh proses kawalan capaian berdasarkan peranan (RBAC).
    • Pengasingan rangkaian pusat data dalaman dari rangkaian luaran, serta penyulitan data yang dipindah merentasi rangkaian.
    • Penyulitan data e-mel semasa rehat menggunakan penyulitan BitLocker dan SSL/TLS data dalam pemindahan.
    • Aplikasi dibina menurut Kitar Hayat Pembangunan Keselamatan. Kitar hayat pembangunan keselamatan kami memastikan keselamatan dan privasi digabungkan menurut rekaan, iaitu dari pembangunan perisian hingga ke pengendalian perkhidmatan.

    Kawalan keselamatan kami memberikan anda pilihan untuk menyesuaikan ciri keselamatan anda bergantung pada keperluan anda yang khusus.

    • Perkhidmatan Pengurusan Hak membenarkan pengguna dan pentadbir menyulitkan kandungan dengan kecerdasan berdasarkan pada identiti dan dasar.
    • Sistem dan perkhidmatan identiti seperti Windows Active Directory, Windows Azure Active Directory dan Active Directory Federation Services boleh didayakan untuk capaian yang selamat pada Office 365.
    • Ciri lanjutan seperti pencegahan kehilangan data boleh didayakan oleh pentadbir untuk mengelakkan data sensitif terkeluar ke luar organisasi.
    • Ciri seperti penahanan perundangan, pemantauan dan pengarkiban membenarkan pentadbir menempatkan penahanan pada data sensitif bagi tujuan perundangan dan pengarkiban.
    • Kefungsian seperti ePenemuan membolehkan pentadbir mencari item dengan mudah merentasi SharePoint Online, Exchange Online dan Lync Online untuk tujuan audit dan keselamatan.
    • Ciri anti perisian berniat jahat dan ciri antispam kami adalah canggih namun mudah digunakan dan disesuaikan oleh pentadbir.
    • Ciri keselamatan peranti kami dalam peranti mudah alih dan PC membenarkan pembersihan data peranti jauh dan sekatan capaian peranti.

    Untuk mendapatkan perihalan keselamatan Office 365 yang terperinci, baca kertas putih keselamatan kami.

  • Pusat Amanah Office 365