Pilih pasaran bil anda:
Office 365 Small Business Premium menyampaikan alat dan perkhidmatan Office pada desktop anda dan di awan.
Office 365

Small Business Premium

Tingkatkan impak anda dan kembangkan capaian anda dengan Office dikuasai awan, iaitu alat yang mesti dimiliki bagi perniagaan hari ini.
{O365SBP2MonthSubAnn|price}
pengguna/sebulan
bayaran tahunan untuk {O365SBP2Annual|price}
{O365SBP2Month|price} pengguna/bil bulanan
Harga tidak termasuk cukai.
Bekerja secara pintar, bekerja secara pantas, walau di mana jua

Anda dan perniagaan anda sentiasa bergerak. Maksudnya anda perlu berupaya untuk bekerja di mana-mana sahaja, merentasi peranti anda dan mempunyai pengalaman yang konsisten dan pantas. Kebebasan sedemikianlah yang anda peroleh dengan Office 365. Sama ada anda menggunakan desktop atau tablet atau telefon anda, anda boleh mencapai dokumen, e-mel dan kalendar, fail perkongsian dan mesyuarat dalam talian anda. Apabila anda mencapainya, Office sentiasanya Office anda, jadi fail anda sentiasa terkini dan anda boleh mencapai dokumen terbaru dengan mudah.

Seting anda sentiasa mengikuti anda, jadi anda boleh terus bekerja apabila anda mendaftar masuk ke akaun Office 365 anda.
Dari portal pentadbir mudah guna yang berasaskan web, anda boleh menyediakan perkhidmatan anda dengan segera dan menguruskannya dengan mudah.
Meringkaskan bahagian IT anda

Biarkan Office 365 menguruskan bahagian IT jadi anda boleh menggunakan masa anda untuk memajukan perniagaan anda. Pasang Office dengan segera dan sediakan pengguna dengan panduan langkah demi langkah. Uruskan semua perkhidmatan anda dengan mudah dalam pusat pentadbiran anda yang boleh dicapai dari mana-mana sahaja dan semak kesihatan perkhidmatan dengan segera menggunakan aplikasi Pentadbir. Bebaskan diri anda daripada kebimbangan IT. Jaminan masa berjalan sebanyak 99.9% dan rekaan berpandukan pemulihan bermaksud anda boleh bekerja tanpa gangguan atau penangguhan.

Menonjolkan perniagaan anda

Anda perlu membina jenama anda agar perniagaan anda menonjol. Pertimbangkan Office 365 sebagai sokongan pemasaran anda. Anda boleh menjenamakan e-mel anda dengan nama domain anda jadi setiap mesej yang anda hantar akan membentuk pengecaman nama. Promosikan perniagaan anda dengan laman web profesional yang mudah untuk dibina dan dikemas kini, anda tidak perlu membayar yuran hos tambahan. Tarik perhatian orang lain dengan bahan pemasaran tersuai yang anda reka untuk memenuhi keperluan jenama dan pelanggan anda. Adakan mesyuarat dalam talian dengan video HD dan perkongsian skrin sudah pastinya juga akan menarik hati orang lain.

Kelihatan profesional dengan mesyuarat dalam talian Lync yang boleh dicapai merentasi peranti anda.

Office 365 Small Business Premium termasuk:

Alat Office yang lazim:
Suit Office termasuk
Anda sentiasa mempunyai versi terkini bagi:
Microsoft Word Microsoft Excel Microsoft PowerPoint Microsoft Outlook Microsoft OneNote Microsoft Publisher Microsoft Access Microsoft Lync
  • Catat idea anda dengan cara yang terbaik untuk anda, sama ada menggunakan papan kekunci, pen atau skrin sentuh.
  • Formatkan maklumat dalam Excel secara mudah dengan alat yang mengecam corak anda dan melengkapkan data secara automatik.
  • Gabungkan kandungan daripada PDF dengan mudah untuk mencipta dokumen Word tersendiri yang kelihatan hebat.
  • Reka bahan pemasaran tersuai yang memenuhi keperluan jenama dan pelanggan anda.
Office pada lebih banyak peranti
Nikmati pengalaman Office yang konsisten dan lazim merentasi PC, Mac, tablet Windows, iPad dan kebanyakan peranti mudah alih.
Office menyokong PC dan tablet Windows yang menjalankan Windows 7 atau lebih baru dan Mac dengan Mac OS X 10.6 atau lebih baru. Office for iPad boleh dipasangkan pada iPad yang menjalankan versi 7.0 atau lebih baru. Untuk mendapatkan maklumat tentang peranti mudah alih, sila lawati www.office.com/mobile.
Office pada mana-mana PC Strim versi lengkap program Office pada mana-mana PC bersambungan Internet yang menjalankan Windows 7 atau Windows 8 dengan Office atas Permintaan.
Tambah perkhidmatan dalam talian berikut:
E-mel dan kalendar Gunakan e-mel kelas perniagaan melalui pengalaman Outlook beraneka dan lazim yang boleh dicapai dari desktop anda atau dari pelayar web menggunakan Outlook Web App. Dapatkan peti meil bersaiz 50 GB bagi setiap pengguna dan hantar lampiran yang bersaiz sehingga 25 MB.
Persidangan dalam talian Hos mesyuarat dalam talian dengan audio dan video menggunakan perkongsian skrin satu klik dan persidangan video HD.
Pemesejan segera dan kesambungan Skype Hubungi pengguna Lync lain melalui mesej segera, panggilan suara dan panggila video, dan beritahu orang lain ketersediaan anda dengan status dalam talian anda. Kongsi kehadiran, IM dan panggilan audio dengan pengguna Skype.
Laman web awam Reka dan selenggara laman web awam anda tanpa membayar yuran hos tambahan. Gunakan nama domain anda untuk mempromosikan jenama anda.
Perkongsian fail ringkas OneDrive for Business menyediakan storan 25 GB bagi setiap pengguna agar mereka dapat mencapai dokumen mereka di mana-mana sahaja. Kongsi fail dengan orang lain di dalam dan di luar organisasi, kawal individu yang boleh melihat dan mengedit setiap fail dan segerakkan fail secara mudah dengan PC dan peranti.
Laman pasukan Dayakan capaian mudah dan perkongsian dokumen dengan storan asas 10 GB serta 500 MB storan bagi setiap pengguna.
Semua pelan Office 365 untuk perniagaan termasuk:
Kebolehpercayaan Tenangkan minda anda dengan perkhidmatan yang tersedia dengan perjanjian aras perkhidmatan (SLA) yang mempunyai masa hidup jaminan 99.9% dan disokong secara kewangan.
Keselamatan Data anda milik anda. Kami melindunginya dan melindungi privasi anda.
Pentadbiran Edar dan uruskan Office 365 merentasi syarikat anda, tidak memerlukan kepakaran IT. Anda boleh menambah dan mengalih keluar pengguna dengan segera.
Sentiasa terkini Tidak perlu membayar untuk naik taraf versi; kemas kini disertakan dalam langganan anda. Ciri baru dikeluarkan kepada pelanggan Office 365 secara tetap.
Sokongan Sokongan Microsoft memberikan jawapan melalui telefon dan dalam talian, sumber cara dan sambungan dengan pelanggan Office 365 lain untuk persediaan dan pembaikan segera.

Office 365 Small Business menyokong sebanyak 25 orang pengguna. Jika anda mempunyai lebih daripada 25 orang pengguna atau berasa anda akan mencapai bilangan tersebut, anda boleh mempertimbangkan Office 365 Enterprise E1.

Anda boleh membayar dengan semua kad kredit major dan jumlah langganan anda akan muncul pada penyata kad kredit anda. Untuk Office 365 Enterprise, Midsize Business dan pelan kendiri, anda mempunyai opsyen untuk menerima invois dan bergantung pada pilihan perkhidmatan anda, anda akan dibil secara bulanan atau tahunan. Anda akan menerima e-mel apabila invois anda tersedia dan jika nombor pesanan belian (PO) dimasukkan apabila anda membeli langganan, nombor itu akan termasuk dalam invois anda.

Office 365 Small Business Premium menyokong Windows Vista dan Windows XP bagi kebanyakan kefungsian berasaskan web. Walau bagaimanapun, aplikasi ini tidak menyokong muat turun dan penggunaan perisian Office versi terkini dan anda tidak boleh menggantikan Office 2010 dengan versi terkini. Anda boleh menyambungkan perisian Office 2010 atau Office 2007 yang sedia ada dengan perkhidmatan Office 365, tetapi jika anda menggunakan Windows Vista atau Windows XP, anda tidak boleh memasangkan perisian Office 365 Small Business Premium dan anda tidak boleh menggantikan perisian Office 365 Small Business Premium dengan muat turun Office 2010.

Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, bergantung pada produk dan jenis langganan anda, anda akan dikenakan penalti jika anda melakukan pembatalan sebelum penamatan kontrak anda. Bagi langganan dengan komitmen bulanan, anda tidak akan dikenakan penalti jika anda membatalkan kontrak anda pada bila-bila masa. Langganan dengan komitmen tahunan akan dikenakan penalti jika pembatalan awal dilakukan. Langganan Office 365 Small Business Premium tersedia sebagai komitmen bulanan atau sebagai komitmen tahunan. Baca Persetujuan Langganan Dalam Talian Microsoftyang lengkap.

Data anda milik anda. Jika anda memutuskan untuk membatalkan langganan Office 365 anda, anda boleh memuat turun data anda, seperti e-mel dan dokumen anda pada laman pasukan, dan menyimpannya di lokasi lain. Anda seharusnya menyimpan data anda sebelum anda melakukan pembatalan. Selepas anda membatalkan langganan anda, data yang berkaitan dengan akaun Office 365 anda akan tersedia kepada pentadbir anda dalam akaun dengan fungsi yang terhad selama 90 hari.

Ya, jika anda perlu menaik taraf, anda boleh memindahkan akaun anda kepada pelan lain. Anda boleh menaik taraf akaun anda dalam keluarga perniagaan yang sama (contohnya, daripada Office 365 Small Business kepada Office 365 Small Business Premium atau daripada Office 365 Enterprise E1 kepada Office 365 Enterprise E3 atau E4) atau anda boleh menaik taraf kepada pelan dalam keluarga perkhidmatan Office 365 yang berlainan (contohnya, daripada pelan Small Business kepada pelan Midsize atau pelan Enterprise, atau daripada pelan Midsize kepada pelan Enterprise). Anda juga boleh menaik taraf daripada pelan kendiri Exchange Online kepada pelan Enterprise. Ketahui selanjutnya tentang menaik taraf pelan Office 365.
NOTA: Apabila anda menaik taraf akaun anda, nama domain anda dipindahkan pada akaun baru anda, sama ada anda menggunakan nama domain anda pada akaun Office 365 atau anda menyediakan nama domain dengan Office 365.

Anda boleh menggabungkan pelan Office 365 hanya dalam keluarga perkhidmatan masing-masing. Contohnya, Office 365 Small Business boleh digabungkan dengan Office 365 Small Business Premium tetapi tidak boleh digabungkan dengan Office 365 Midsize Business, pelan Office 365 Enterprise atau tawaran kendiri Exchange Online. Hal yang serupa diguna pakai pada Office 365 Midsize Business yang tidak boleh digabungkan dengan pelan Office 365 Small Business, pelan Enterprise atau tawaran kendiri.

Pelanggan yang menginginkan kefleksibelan yang terbaik boleh membeli pelan Office 365 Enterprise yang membolehkan anda menggabungkan pelan Office 365 Enterprise E1, E3 dan E4, pelan Office 365 Enterprise K1 (untuk pekerja kiosk) dan pelbagai jenis tawaran kendiri (contohnya, Exchange Online, SharePoint Online dan Lync Online).

Anda boleh menambah nama domain yang anda miliki pada Office 365 untuk mencipta alamat e-mel berdasarkan domain dan laman web awam. Cari pendaftar domain atau pembekal hos DNS anda. Bandingkan pengurusan domain dalam langganan Office 365.

Pakar Microsoft merupakan syarikat IT dan pembangunan terlatih yang dapat membantu anda berpindah kepada Office 365 atau membentuk penyelesaian khusus untuk perniagaan anda. Anda boleh mendapatkan senarai untuk kesemua pakar Microsoft kami dalam Microsoft Pinpoint.

Capaian Internet diperlukan untuk memasang dan mengaktifkan semua pelan Office 365 dan untuk mengurus akaun langganan anda. Sambungan Internet juga diperlukan untuk mencapai perkhidmatan produktiviti awan Office 365 termasuk e-mel, persidangan, pengurusan IT dan perkhidmatan lain.

Kebanyakan pelan Office 365 juga mempunyai versi desktop Office, sebagai contoh, Office 365 Small Business Premium dan Office 365 Enterprise E3. Salah satu faedah mempunyai versi desktop aplikasi Office ialah anda boleh bekerja di luar talian dan yakin bahawa apabila anda menyambung ke Internet, kesemua kerja anda akan disegerakkan secara automatik, jadi anda tidak perlu bimbang jika kerja anda tidak dikemas kini. Versi desktop Office anda juga dikemas kini dan dinaik taraf secara automatik apabila anda disambungkan ke Internet, jadi anda sentiasa mempunyai peralatan terkini untuk membantu anda bekerja. Bandingkan pelan Office 365.

"Awan" ialah cara yang mesra untuk memerihalkan perkhidmatan pengkomputeran berasaskan web yang dihoskan di luar organisasi anda. Apabila anda menggunakan perkhidmatan berasaskan awan, anda tidak akan menguruskan infrastruktur IT anda (di luar premis), infrastruktur IT anda akan diselenggarakan oleh pihak ketiga (berhos) dan tidak akan terletak pada pelayan di rumah atau perniagaan anda (pada premis) yang anda selenggarakan. Dengan Office 365, storan maklumat, pengkomputeran dan perisian terletak dan diuruskan secara jauh pada pelayan yang dimiliki oleh Microsoft. Banyak perkhidmatan yang anda gunakan harian adalah sebahagian daripada awan, hal ini termasuk semua perkara seperti e-mel berasaskan web, perbankan mudah alih dan storan gambar dalam talian. Oleh sebab infrastruktur ini terletak dalam talian atau “di awan,” anda boleh mencapainya dari mana-mana sahaja, dari desktop, PC, komputer riba, tablet, telefon pintar atau peranti lain dengan sambungan Internet.

Produk berkaitan
Exchange Online

Exchange Online

E-mel dan kalendar kelas perniagaan berhos yang boleh dicapai merentasi peranti anda.

Ketahui selanjutnya

Office 365 Small Business

Office 365 Small Business

Untuk perniagaan yang menginginkan perkhidmatan awan tanpa langganan Office versi desktop.

Ketahui selanjutnya

Office 365 Midsize Business

Office 365 Midsize Business

Untuk perniagaan yang memerlukan kefungsian IT yang lebih lanjut.

Ketahui selanjutnya

1Program dan/atau ciri klien Windows PC sahaja. Tidak boleh digunakan merentasi peranti.

Tutup
  • Seting anda sentiasa mengikuti anda, jadi anda boleh terus bekerja apabila anda mendaftar masuk ke akaun anda.

    Seting anda sentiasa mengikuti anda, jadi anda boleh terus bekerja apabila anda mendaftar masuk ke akaun anda.

  • Anda sentiasa mempunyai versi aplikasi Office terkini yang anda boleh harapkan, pada desktop anda dan merentasi peranti anda.

    Anda sentiasa mempunyai versi aplikasi Office terkini yang anda boleh harapkan, pada desktop anda dan merentasi peranti anda.

  • Jimatkan masa ulang-alik. Usahakan dokumen bersama dalam masa nyata dan lihat perubahan semua orang.

    Jimatkan masa ulang-alik. Usahakan dokumen bersama dalam masa nyata dan lihat perubahan semua orang.

Tutup
  • Dari portal pentadbir yang ringkas, anda boleh menyediakan perkhidmatan anda dengan segera, daripada memuat turun perisian kepada mencipta laman web anda dan menguruskannya dengan mudah.

    Dari portal pentadbir yang ringkas, anda boleh menyediakan perkhidmatan anda dengan segera, daripada memuat turun perisian kepada mencipta laman web anda dan menguruskannya dengan mudah.

  • Tambah pengguna dengan segera. Jimatkan masa pentadbiran dan beri pengguna baru capaian pada perkhidmatan Office 365 anda dengan segera.

    Tambah pengguna dengan segera. Jimatkan masa pentadbiran dan beri pengguna baru capaian pada perkhidmatan Office 365 anda dengan segera.

  • Anda boleh menambah nama domain anda di Office 365 untuk menyesuaikan alamat e-mel dan alamat laman web anda dan membantu membentuk kehadiran dalam talian anda.

    Anda boleh menambah nama domain anda di Office 365 untuk menyesuaikan alamat e-mel dan alamat laman web anda dan membantu membentuk kehadiran dalam talian anda.

Tutup
  • Sambung dengan segera menurut cara anda dengan Lync. Mulakan sembang, semak semula agenda dan sertai mesyuarat dengan satu klik.

    Sambung dengan segera menurut cara anda dengan Lync. Mulakan sembang, semak semula agenda dan sertai mesyuarat dengan satu klik.

  • Dengan Lync Web App berasaskan pelayar, sesiapa sahaja boleh menyertai mesyuarat dalam talian, walaupun jika mereka tidak memasangkan Lync pada PC mereka.

    Dengan Lync Web App berasaskan pelayar, sesiapa sahaja boleh menyertai mesyuarat dalam talian, walaupun jika mereka tidak memasangkan Lync pada PC mereka.

iPad dan iPhone ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.