Pilih pasaran bil anda:
Dapatkan perkhidmatan kelas terbaik yang boleh dicapai di mana-mana sahaja dengan Office 365 Small Business.
Office 365

Small Business

Tunjukkan prestasi terbaik dari mana-mana sahaja dengan alat Office dan perkhidmatan kerjasama yang sentiasa terkini.
{O365SBP1MonthSubAnn|price}
pengguna/sebulan
bayaran tahunan untuk {O365SBP1Annual|price}
{O365SBP1Month|price} pengguna/bil bulanan
Harga tidak termasuk cukai.
Perniagaan kecil. Impak besar.

Anda ingin menonjolkan pernigaan anda dan Office 365 boleh membantu anda membentuk impresi yang hebat. Anda boleh mencipta dan mengemas kini laman web berdaya tarikan untuk memasarkan perniagaan anda dan menambahkan nama domain tersuai anda pada alamat e-mel anda untuk meningkatkan pengecaman nama. Aktiviti bertemu pelanggan dan rakan kongsi anda dalam talian dengan persidangan video HD dan perkongsian skrin akan menunjukkan kepakaran anda.

Seorang wanita bekerja pada perantinya di dapur menggunakan Office 365 Small Business.
Seorang lelaki di hadapan desktopnya. Anda boleh mencapai pusat pentadbiran Office 365 dari mana-mana sahaja.
IT menjadi mudah

Mula menggunakan perkhidmatan anda dengan segera. Gunakan dengan panduan langkah demi langkah dan sediakan pengguna dengan segera. Capai pusat pentadbiran anda dari mana-mana sahaja untuk mencapai semua perkhidmatan anda dengan mudah, seperti akaun e-mel dan peraturan perkongsian fail. Jaminan masa berjalan sebanyak 99.9% dan rekaan berpandukan pemulihan yang kukuh membolehkan anda bekerja tanpa gangguan dan penangguhan.

Alat terbaik yang membantu anda bekerja

Anda perlu berupaya untuk menggunakan alat Office anda di mana-mana sahaja dan pada sebarang peranti. Office 365 memberikan anda kefleksibelan sedemikian. Capai e-mel, mesyuarat anda dan perkhidmatan lain dalam talian. Cipta, edit dan kongsi fail Word, PowerPoint, Excel dan OneNote dalam talian dan mengikuti perubahan semua orang dalam sesuatu fail, walaupun jika mereka membuat perubahan pada masa yang sama. Untuk lebih banyak kefleksibelan, anda juga boleh menggunakan Office 365 dengan Office versi desktop anda.1

 Seorang pekerja mencapai fail Office pada telefon dengan Office 365 Small Business.

Office 365 Small Business termasuk:

E-mel dan kalendar Menggunakan e-mel kelas perniagaan melalui pengalaman Outlook beraneka dan lazim yang boleh dicapai dari desktop anda2 atau dari pelayar web menggunakan Outlook Web App. Dapatkan peti mel bersaiz 50 GB bagi setiap pengguna dan hantar lampiran yang bersaiz sehingga 25 MB.
Persidangan dalam talian Hos mesyuarat dalam talian dengan audio dan video menggunakan perkongsian skrin satu klik dan persidangan video HD.
Pemesejan segera dan kesambungan Skype Hubungi pengguna Lync lain melalui mesej segera, panggilan suara dan panggila video, dan beritahu orang lain ketersediaan anda dengan status dalam talian anda. Kongsi kehadiran, IM dan panggilan audio dengan pengguna Skype.
Laman web awam Reka dan selenggara laman web awam anda tanpa membayar yuran hos tambahan. Gunakan nama domain anda untuk mempromosikan jenama anda.
Perkongsian fail ringkas OneDrive for Business menyediakan storan 25 GB bagi setiap pengguna agar mereka dapat mencapai dokumen mereka di mana-mana sahaja. Kongsi fail dengan orang lain di dalam dan di luar organisasi, kawal individu yang boleh melihat dan mengedit setiap fail dan segerakkan fail secara mudah dengan PC dan peranti.
Laman pasukan Dayakan capaian mudah dan perkongsian dokumen dengan storan asas 10 GB serta 500 MB storan bagi setiap pengguna.
Aplikasi mudah alih untuk peranti anda Capai, edit dan lihat dokumen Word, Excel dan PowerPoint pada Windows Phones. Gunakan aplikasi OneNote, OWA, Lync Mobile dan SharePoint Newsfeed pada kebanyakan peranti.3
Semua pelan Office 365 untuk perniagaan termasuk:
Kebolehpercayaan Tenangkan minda anda dengan perkhidmatan yang tersedia dengan perjanjian aras perkhidmatan (SLA) yang mempunyai masa hidup jaminan 99.9% dan disokong secara kewangan.
Keselamatan Data anda milik anda. Kami melindunginya dan melindungi privasi anda.
Pentadbiran Edar dan uruskan Office 365 merentasi syarikat anda, tidak memerlukan kepakaran IT. Anda boleh menambah dan mengalih keluar pengguna dengan segera.
Sentiasa terkini Tidak perlu membayar untuk naik taraf versi; kemas kini disertakan dalam langganan anda. Ciri baru dikeluarkan kepada pelanggan Office 365 secara tetap.
Sokongan Sokongan Microsoft memberikan jawapan melalui telefon dan dalam talian, sumber cara dan sambungan dengan pelanggan Office 365 lain untuk persediaan dan pembaikan segera.

Office 365 Small Business menyokong sebanyak 25 orang pengguna. Jika anda mempunyai lebih daripada 25 orang pengguna atau berasa anda akan mencapai bilangan tersebut, anda boleh mempertimbangkan Office 365 Enterprise E1.

Office 365 Small Business paling susuai digunakan dengan versi terkini Office, Office 2010 dan Office 2011 for Mac. Office 365 berfungsi dengan sedikit kefungsian terhad dengan Office 2007. Anda tidak memerlukan Office versi desktop untuk menggunakan Office 365 Small Business. Walau bagaimanapun, anda akan menerima pengalaman yang lebih beraneka dan dapat bekerja di luar talian jika anda menyambungkan Office versi desktop pada perkhidmatan Office 365.

Anda boleh membuat bayaran dengan semua kad kredit utama dan amaun langganan anda akan ditunjukkan pada penyata kad kredit anda.

Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, bergantung pada produk dan jenis langganan anda, anda akan dikenakan penalti jika anda melakukan pembatalan sebelum penamatan kontrak anda. Bagi langganan dengan komitmen bulanan, anda tidak akan dikenakan penalti jika anda membatalkan kontrak anda pada bila-bila masa. Langganan dengan komitmen tahunan akan dikenakan penalti jika pembatalan awal dilakukan. Langganan Office 365 Small Business tersedia sebagai komitmen bulanan atau sebagai komitmen tahunan. Baca Persetujuan Langganan Dalam Talian Microsoftyang lengkap.

Data anda milik anda. Jika anda memutuskan untuk membatalkan langganan Office 365 anda, anda boleh memuat turun data anda, seperti e-mel dan dokumen anda pada laman pasukan, dan menyimpannya di lokasi lain. Anda seharusnya menyimpan data anda sebelum anda melakukan pembatalan. Selepas anda membatalkan langganan anda, data yang berkaitan dengan akaun Office 365 anda akan tersedia kepada pentadbir anda dalam akaun dengan fungsi yang terhad selama 90 hari.

Ya, jika anda perlu menaik taraf, anda boleh memindahkan akaun anda kepada pelan lain. Anda boleh menaik taraf akaun anda dalam keluarga perniagaan yang sama (contohnya, daripada Office 365 Small Business kepada Office 365 Small Business Premium atau daripada Office 365 Enterprise E1 kepada Office 365 Enterprise E3 atau E4) atau anda boleh menaik taraf kepada pelan dalam keluarga perkhidmatan Office 365 yang berlainan (contohnya, daripada pelan Small Business kepada pelan Midsize atau pelan Enterprise, atau daripada pelan Midsize kepada pelan Enterprise). Anda juga boleh menaik taraf daripada pelan kendiri Exchange Online kepada pelan Enterprise.

Dalam kebanyakan kes, anda boleh menggunakan bestari Tukar pelan di Pusat pentadbiran anda untuk menaik taraf pelan anda. Jika langganan anda mempunyai lebih daripada 300 pengguna atau jika anda menggunakan kad prabayar untuk membeli pelan anda, maka bestari Tukar pelan tidak tersedia. Pelan yang tidak layak untuk bestari Tukar pelan boleh dinaik taraf secara manual. Ketahui selanjutnya tentang menaik taraf pelan Office 365.

NOTA: Apabila anda menaik taraf akaun anda, nama domain anda dipindahkan pada akaun baru anda, sama ada anda menggunakan nama domain anda pada akaun Office 365 atau anda menyediakan nama domain dengan Office 365.

Anda boleh menggabungkan pelan Office 365 hanya dalam keluarga perkhidmatan masing-masing. Contohnya, Office 365 Small Business boleh digabungkan dengan Office 365 Small Business Premium tetapi tidak boleh digabungkan dengan Office 365 Midsize Business, pelan Office 365 Enterprise atau tawaran kendiri Exchange Online. Hal yang serupa diguna pakai pada Office 365 Midsize Business yang tidak boleh digabungkan dengan pelan Office 365 Small Business, pelan Enterprise atau tawaran kendiri.

Pelanggan yang menginginkan kefleksibelan yang terbaik boleh membeli pelan Office 365 Enterprise yang membolehkan anda menggabungkan pelan Office 365 Enterprise E1, E3 dan E4, pelan Office 365 Enterprise K1 (untuk pekerja kiosk) dan pelbagai jenis tawaran kendiri (contohnya, Exchange Online, SharePoint Online dan Lync Online).

Anda boleh menambah nama domain yang anda miliki pada Office 365 untuk mencipta alamat e-mel berdasarkan domain dan laman web awam. Cari pendaftar domain atau pembekal hos DNS anda. Bandingkan pengurusan domain dalam langganan Office 365.

Pakar Microsoft merupakan syarikat IT dan pembangunan terlatih yang dapat membantu anda berpindah kepada Office 365 atau membentuk penyelesaian khusus untuk perniagaan anda. Anda boleh mendapatkan senarai untuk kesemua pakar Microsoft kami dalam Microsoft Pinpoint.

"Awan" ialah cara yang mesra untuk memerihalkan perkhidmatan pengkomputeran berasaskan web yang dihoskan di luar organisasi anda. Apabila anda menggunakan perkhidmatan berasaskan awan, anda tidak akan menguruskan infrastruktur IT anda (di luar premis), infrastruktur IT anda akan diselenggarakan oleh pihak ketiga (berhos) dan tidak akan terletak pada pelayan di rumah atau perniagaan anda (pada premis) yang anda selenggarakan. Dengan Office 365, storan maklumat, pengkomputeran dan perisian terletak dan diuruskan secara jauh pada pelayan yang dimiliki oleh Microsoft. Banyak perkhidmatan yang anda gunakan harian adalah sebahagian daripada awan, hal ini termasuk semua perkara seperti e-mel berasaskan web, perbankan mudah alih dan storan gambar dalam talian. Oleh sebab infrastruktur ini terletak dalam talian atau “di awan,” anda boleh mencapainya dari mana-mana sahaja, dari desktop, PC, komputer riba, tablet, telefon pintar atau peranti lain dengan sambungan Internet.

Produk berkaitan
Exchange Online

Exchange Online

E-mel dan kalendar kelas perniagaan berhos yang boleh dicapai merentasi peranti anda.

Ketahui selanjutnya

Office 365 Small Business Premium

Office 365 Small Business Premium

Untuk perniagaan yang memerlukan Office versi desktop terkini selain daripada perkhidmatan awan.

Ketahui selanjutnya

Office 365 Midsize Business

Office 365 Midsize Business

Untuk perniagaan yang memerlukan kefungsian IT yang lebih lanjut.

Ketahui selanjutnya

1Office 365 Small Business serasi dengan versi desktop Office versi terkini, Office 2010, Office 2007 (dengan sedikit kefungsian terhad), Office 2011 for Mac dan Office 2008 for Mac.

2Pelan yang tidak termasuk Office versi desktop berfungsi dengan versi terkini Outlook, Outlook 2010, Outlook 2007 (dengan sedikit kefungsian terhad), Outlook 2011 for Mac dan Outlook 2008 for Mac.

3Aplikasi mudah alih ini tidak memerlukan langganan, tetapi mungkin mempunyai keperluan lain. Ketahui selanjutnya.

Tutup
  • Seting anda sentiasa mengikuti anda, jadi anda boleh terus bekerja apabila anda mendaftar masuk ke akaun anda.

    Seting anda sentiasa mengikuti anda, jadi anda boleh terus bekerja apabila anda mendaftar masuk ke akaun anda.

  • Anda sentiasa mempunyai versi aplikasi Office terkini yang anda boleh harapkan, pada desktop anda dan merentasi peranti anda.

    Anda sentiasa mempunyai versi aplikasi Office terkini yang anda boleh harapkan, pada desktop anda dan merentasi peranti anda.

  • Jimatkan masa ulang-alik. Usahakan dokumen bersama dalam masa nyata dan lihat perubahan semua orang.

    Jimatkan masa ulang-alik. Usahakan dokumen bersama dalam masa nyata dan lihat perubahan semua orang.

Tutup
  • Dari portal pentadbir yang ringkas, anda boleh menyediakan perkhidmatan anda dengan segera, daripada memuat turun perisian kepada mencipta laman web anda dan menguruskannya dengan mudah.

    Dari portal pentadbir yang ringkas, anda boleh menyediakan perkhidmatan anda dengan segera, daripada memuat turun perisian kepada mencipta laman web anda dan menguruskannya dengan mudah.

  • Tambah pengguna dengan segera. Jimatkan masa pentadbiran dan beri pengguna baru capaian pada perkhidmatan Office 365 anda dengan segera.

    Tambah pengguna dengan segera. Jimatkan masa pentadbiran dan beri pengguna baru capaian pada perkhidmatan Office 365 anda dengan segera.

  • Anda boleh menambah nama domain anda di Office 365 untuk menyesuaikan alamat e-mel dan alamat laman web anda dan membantu membentuk kehadiran dalam talian anda.

    Anda boleh menambah nama domain anda di Office 365 untuk menyesuaikan alamat e-mel dan alamat laman web anda dan membantu membentuk kehadiran dalam talian anda.

Tutup
  • Sambung dengan segera menurut cara anda dengan Lync. Mulakan sembang, semak semula agenda dan sertai mesyuarat dengan satu klik.

    Sambung dengan segera menurut cara anda dengan Lync. Mulakan sembang, semak semula agenda dan sertai mesyuarat dengan satu klik.

  • Dengan Lync Web App berasaskan pelayar, sesiapa sahaja boleh menyertai mesyuarat dalam talian, walaupun jika mereka tidak memasangkan Lync pada PC mereka.

    Dengan Lync Web App berasaskan pelayar, sesiapa sahaja boleh menyertai mesyuarat dalam talian, walaupun jika mereka tidak memasangkan Lync pada PC mereka.