Pilih pasaran bil anda:
Dapatkan dengan segera alat produktiviti Office yang terkini dengan Office 365 ProPlus.
Office 365

ProPlus

Office yang boleh digunakan dengan segera, walau di mana jua anda berada. Dapatkan alat terkini untuk produktiviti, kerjasama, pematuhan dan BI yang berkesan, fleksibel dan berjalan dengan pantas, dengan naik taraf yang lancar.
{O365ProPYear|price}
pengguna/sebulan
komitmen tahunan
Harga tidak termasuk cukai.
Pengalaman yang terbaik di mana-mana sahaja

Dengan Office di awan, anda sentiasa mempunyai versi aplikasi Office terkini yang lazim apabila anda memerlukannya. Anda sedang menggunakan iPhone atau telefon Android? Gunakan Office Mobile untuk melihat dan mengedit fail. Anda sedang menggunakan tablet? Capai Office melalui pelayar untuk mencipta dan mengedit dokumen. Apabila anda tiada di meja anda, anda boleh menstrim Office pada sebarang PC yang bersambungan Internet.1 Anda menikmati pengalaman yang lazim merentasi semua peranti anda dan fail anda sentiasa terkini.

Seorang pekerja menggunakan Office pada telefon. Office 365 memberikan anda capaian di mana-mana sahaja.
Seorang wanita dalam mesyuarat, dengan komputer riba. Edar dan uruskan Office 365 ProPlus menurut cara anda.
Kefleksibelan untuk mengguna dan mengurus menurut kehendak anda

Guna menurut cara yang paling bagus untuk anda, iaitu sama ada pada premis dengan alat anda atau dengan bantuan daripada perkhidmatan dalam talian Office 365. Anda boleh menjalankan Office 365 ProPlus secara sebelah-menyebelah dengan versi Office terdahulu, jadi pekerja anda boleh menjalankan peralihan yang lancar. Kerja naik taraf juga lancar kerana penyesuaian anda diambil kira dan tambahan serta fail data dimuatkan secara automatik. Tambahan lagi, anda boleh memantau kesihatan dan prestasi Office anda dalam masa nyata merentasi organisasi anda.

Komunikasi kelas terbaik yang mudah untuk diguna

Office 365 ProPlus menyediakan e-mel peneraju industri, perkalendaran, IM, mesyuarat dan pengalaman komunikasi lain merentasi semua aplikasi Offiice, jadi anda boleh bekerja bersama secara lebih berkesan, apabila anda perlu berhubung dan walau di mana jua anda berada. Mesyuarat dalam talian adalah begitu menawan, anda berasa seakan-akan berada di dalam bilik yang sama. Anda boleh menonton video berbilang peserta secara serentak, berkongsi skrin anda dengan satu klik dan mengambil nota dengan mudah. Perlu menyemak mesyuarat? Rakamkannya untuk dimainkan semula kemudian.

Seorang lelaki menggunakan tablet untuk menyertai mesyuarat Lync dengan video HD.
Keselamatan yang ditambah baik untuk e-mel dan alat pematuhan lanjutan

Perlindungan privasi dan keselamatan data anda adalah penting. Office 365 membolehkan anda meringkaskan pematuhan. Ahli pasukan boleh mencapai e-mel dan dokumen yang berkaitan dengan projek terus daripada e-mel mereka. Anda boleh membantu pengguna anda mengelakkan penghantaran e-mel dengan maklumat yang sensitif kepada penerima yang diizinkan menggunakan petua dasar dalam e-mel. Kerja merakam dan mengarkibkan mesyuarat, termasuk perbualan IM, adalah mudah bagi pihak IT. Tambahan lagi, anda boleh mengimbas hamparan Excel untuk mengesan ralat dan melihat serta mengaudit jejakan perubahan.

Melihat betapa mudah untuk mematuhi peraturan dengan Office 365.

Alat Kecerdasan Perniagaan lanjutan yang mudah untuk diguna

Tanpa mengira betapa bagus data anda, anda memerlukan wawasan untuk memastikannya berfungsi. Dapatkan wawasan secara pantas dengan memberikan alat BI berkesan yang mudah digunakan kepada semua orang. Dengan Office 365 ProPlus, anda boleh memperkemaskan penyepaduan dan pengisian data yang banyak daripada pelbagai sumber dan menjalankan analisis yang pantas. Untuk wawasan lanjut, jelajahi pandangan data yang berlainan dalam jadual pangsi atau carta pangsi dengan satu klik, dan membuatkan data menarik dengan mengumpulkan data, carta dan graf kepada satu penggambaran yang interaktif.

Tonton betapa mudahnya untuk menganalisis dan menggambarkan data dalam Excel dengan Power Pivot dan Power View.

Office 365 ProPlus termasuk:

Suit Office termasuk
Anda sentiasa mempunyai versi terkini bagi:
Microsoft Word Microsoft Excel Microsoft PowerPoint Microsoft Outlook Microsoft OneNote2 Microsoft Publisher2 Microsoft Access2 Microsoft Lync
  • Catat idea anda dengan cara yang terbaik untuk anda, sama ada menggunakan papan kekunci, pen atau skrin sentuh.
  • Buka PDF dan edit perenggan, senarai dan jadual sebagaimana anda lakukan dalam dokumen Word yang lazim.
  • Jejaki dokumen dalam dokumen Word dan tandakannya sebagai selesai dengan butang balas yang baru.
  • Tukar data anda kepada carta atau jadual dengan dua langkah atau kurang agar anda boleh menganalisiskannya dengan lebih pantas dan melakukan pratonton dengan pemformatan yang berbeza.
  • Benamkan hamparan Excel, gambar rajah Visio, gambar dan hampir semua jenis fail komputer yang lain, pada buku nota OneNote anda.
  • Kongsi persembahan PowerPoint anda di web dengan menghantar pautannya.
  • Reka bahan pemasaran tersuai yang memenuhi keperluan jenama dan pelanggan anda.
Office pada lebih banyak peranti
Nikmati pengalaman Office yang konsisten dan lazim merentasi PC, Mac, tablet Windows, iPad dan kebanyakan peranti mudah alih.
Office menyokong PC dan tablet Windows yang menjalankan Windows 7 atau lebih baru dan Mac dengan Mac OS X 10.6 atau lebih baru. Office for iPad boleh dipasangkan pada iPad yang menjalankan versi 7.0 atau lebih baru. Untuk mendapatkan maklumat tentang peranti mudah alih, sila lawati www.office.com/mobile.
Office pada mana-mana PC Strim versi lengkap program Office pada mana-mana PC bersambungan Internet yang menjalankan Windows 7 atau Windows 8 dengan Office atas Permintaan.

Office 365 ProPlus ialah salah satu pelan perkhidmatan langganan dalam Office yang baru. Perisian ini perisian produktiviti (termasuk Word, PowerPoint, Excel, Outlook, OneNote, Publisher, Access dan Lync) yang dipasangkan pada desktop atau komputer riba anda. Office 365 ProPlus ialah perkhidmatan berasaskan pengguna yang membenarkan kita mencapai pengalaman Office pada sehingga 5 buah PC atau Mac dan pada peranti mudah alih mereka. Pemasangan Office yang lazim terikat pada komputer yang dipasangkannya. Office 365 ProPlus membolehkan opsyen penggunaan baru yang fleksibel, pasukan IT dan/atau pengguna individu boleh memilih opsyen tersebut untuk memasang Office.

Kedua-dua Office Professional Plus 2013 dan Office 365 ProPlus menyampaikan pengalaman aplikasi yang sama. Walau bagaimanapun, Office Professional Plus 2013 ialah pemasangan Office lazim yang terikat pada komputer yang dipasangkannya dan tersedia melalui pelesenan pukal sahaja. Office 365 ProPlus yang merupakan perkhidmatan berasaskan pengguna tersedia sebagai langganan.

Office 365 ProPlus menawarkan beberapa manfaat jika dibandingkan dengan Office Professional Plus 2013.

  • Office Professional Plus 2013 menggunakan pemasangan yang berasaskan Pakej Pemasang Windows (MSI). Office 365 ProPlus menggunakan pemasangan Click-to-Run dan pengurusan kemas kini perisian. Click-to-Run membolehkan anda:
    • Menyediakan dan menjalankan Office dengan pantas, biasanya dalam masa kurang daripada dua minit.
    • Menjalankan aplikasi Office 2010, Office 2007 dan Office 2003 yang sedia ada sementara anda memasangkan Office yang baru, jadi anda tidak perlu mengganggu kerja pengguna anda.
    • Mengekalkan versi Office yang lebih lama secara sebelah-menyebelah pada PC anda untuk mengurangkan sebarang risiko keserasian fail atau tambahan yang mungkin berlaku.
    • Menghantar kemas kini kepada pengguna tanpa gangguan. Kemas kini dicache di latar belakang dan pada kali berikut pengguna menutup dan membuka semula aplikasi Office, aplikasi akan dikemas kini.
  • Office Professional Plus 2013 disambungkan pada perkakasan atau peranti yang dipasangkannya. Office 365 ProPlus bersambung pada pengguna, hal ini menawarkan manfaat berikut:
    • Pengguna boleh memasangkan Office pada sehingga lima buah PC atau Mac secara serentak dan mereka dapat mencapai pengalaman Office melalui telefon pintar, tablet dan peranti lain yang digunakan oleh mereka.
    • Organisasi anda juga mempunyai kefleksibelan untuk menganggap Office sebagai kos operasi dan bukannya aset perisian.
    • Jika anda melaksanakan strategi bawa peranti anda (BYOD), Office 365 ProPlus membolehkan anda menyahaktifkan Office pada peranti milikan pengguna apabila mereka meninggalkan organisasi, atau jika peranti mereka terjejas.

Office 365 ProPlus termasuk semua pengalaman aplikasi Office hebat yang anda jangka, dengan kefleksibelan tambahan untuk pengguna moden dan keperluan IT.

Office 365 ProPlus direka untuk berjalan secara setempat pada PC, jadi sambungan Internet yang tetap tidak diperlukan. Pentadbir IT juga boleh menggunakan Office dan kemas kini perisian Office menggunakan alat pengedaran perisian dan infrastruktur dalam persekitaran awan persendirian yang lebih lazim. Oleh sebab Office 365 ProPlus dipangsikan pada akaun pengguna aktif, aplikasi desktop Office melaksanakan semakan harian pada status akaun pengguna menggunakan Internet. Hal ini memberikan organisasi anda keupayaan untuk membatalkan peruntukan Office daripada peranti milikan pengguna jika mereka meninggalkan organisasi anda. Office 365 ProPlus boleh dikonfigurasikan dengan mudah untuk menggunakan e-mel anda, kerjasama dan infrastruktur perkhidmatan direktori, jika anda lebih ingin menguruskan perkhidmatan tersebut pada premis.

Ya, anda boleh mengkonfigurasikan Office 365 ProPlus untuk menggunakan kemas kini perisian yang anda telah uji dan sahkan sahaja. Anda boleh menguruskan kemas kini perisian kesemuanya secara sendiri, sama ada menggunakan alat pengedaran perisian yang lazim atau mengarahkan Office 365 ProPlus menyemak kemas kini pada fail anda yang dikongsi atau URL.

Komitmen tahunan merujuk kepada tempoh kuat kuasa perjanjian perkhidmatan.Apabila anda membeli Office 365 ProPlus, pelan tersebut ialah komitmen tahunan tetapi anda boleh memilih untuk membayar secara bulanan atau membayar seluruh amaun bagi satu tahun pada masa anda membuat pendaftaran.

Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa.Bagi langganan komitmen tahunan, seperti Office 365 ProPlus, anda akan dikenakan penalti jika pembatalan dibuat sebelum kontrak anda tamat. Baca Persetujuan Langganan Dalam Talian Microsoft yang lengkap.

Data anda milik anda. Jika anda memutuskan untuk membatalkan langganan Office 365 anda, anda boleh memuat turun data anda, seperti e-mel dan dokumen anda pada laman pasukan, dan menyimpannya di lokasi lain. Anda seharusnya menyimpan data anda sebelum anda melakukan pembatalan. Selepas anda membatalkan langganan anda, data yang berkaitan dengan akaun Office 365 anda akan tersedia kepada pentadbir anda dalam akaun dengan fungsi yang terhad selama 90 hari.

Produk berkaitan
Office 365 Small Business Premium

Office 365 Small Business Premium

Untuk perniagaan yang memerlukan Office versi desktop terkini selain daripada perkhidmatan awan.

Ketahui selanjutnya

Office 365 Midsize Business

Office 365 Midsize Business

Untuk perniagaan yang memerlukan kefungsian IT yang lebih lanjut.

Ketahui selanjutnya

Office 365 Enterprise E3

Office 365 Enterprise E3

Untuk perniagaan yang memerlukan kemampuan BI, e-mel dan suara yang lebih lanjut.

Ketahui selanjutnya

1 Office atas Permintaan hanya berfungsi pada Windows 7 atau Windows 8 pada PC bersambungan Internet dan memerlukan SharePoint Online atau OneDrive for Business. SharePoint dan OneDrive for Business disertakan dalam banyak pelan langganan Office 365.

2 Program dan/atau ciri klien Windows PC sahaja. Tidak boleh digunakan merentasi peranti.

Tutup
Tutup
Tutup
iPad dan iPhone ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.