Lengkapkan lebih banyak kerja. Gunakan Office merentasi peranti, dikuasai awan.
Anak Panah

Office yang fleksibel

Untuk kebebasan bekerja walau di mana jua anda berada.
Lengkapkan lebih banyak kerja. Gunakan Office merentasi peranti, dikuasai awan.
Seorang lelaki memakai fon kepala pada desktop dua monitor.

Office untuk cara anda bekerja pada masa ini

Office 365 memberikan anda kebiasaan dan kuasa Office dengan kefleksibelan awan. Dengan Office di awan, aplikasi dan fail anda akan berada bersama anda walau mana jua hala tuju anda, sama ada anda bekerja di luar talian di desktop anda, dalam talian atau pada salah satu peranti anda. Edit fail pada PC atau Mac anda. Hantar fail melalui e-mel atau kongsi fail dari tablet anda. Sertai mesyuarat dalam talian dari telefon anda. Anda hanya memerlukan kebolehcapaian di mana-mana sahaja, mengikuti perkembangan dan sentiasa menerima maklumat terkini.

Pengurusan yang mudah

Office di awan lebih berkesan dan mudah digunakan dan diuruskan. Office di awan sentiasa tersedia dan berjalan agar anda menepati jadual anda.

Mendapatkan versi desktop juga

Banyak pelan Office 365 termasuk Office versi desktop yang terkini jadi anda boleh bekerja di luar talian atau dalam talian.

Jika anda memerlukan perkhidmatan dalam talian sahaja

Sesetengah pelan Office 365 berfungsi dengan Office versi desktop* yang terdahulu agar anda boleh menggunakan manfaat capaian dalam talian Office 365 pada aplikasi Office dan perkhidmatan kerjasama.

Telefon pintar di tangan pekerja, menunjukkan dia menguruskan fail Office.

Kebebasan untuk bekerja semasa dalam perjalanan, merentasi peranti

Mobiliti bermaksud anda menyelesaikan lebih banyak kerja dan anda boleh meningkatkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan anda. Anda memperoleh pengalaman Office yang konsisten merentasi peranti agar anda boleh beralih daripada satu peranti kepada peranti yang lain dengan mudah. Dengan aplikasi Office dan alat kerjasama anda yang boleh dicapai melalui berbilang peranti, anda boleh bekerja menurut lokasi dan cara anda.

Bekerja merentasi peranti anda

Pasang Office pada sehingga lima PC, Mac atau tablet anda dan pindah pemasangan ke peranti baru apabila perlu, dengan segera.

Menyelesaikan kerja di mana-mana sahaja

Edit dan kongsi fail dari sebarang pelayar dengan Office Online. Gunakan Office Mobile pada Windows Phones dan bagi sesetengah pelan, iPhone® dan telefon Android.

Dapatkan Office for iPad®

Sesetengah langganan Office 365 juga disertakan Office for iPad (Word, Excel dan PowerPoint), menyediakan pengalaman Office yang beraneka dan mesra pada iPad anda.

Seorang lelaki dalam mesyuarat, duduk berdekatan komputer riba di atas meja persidangan.

Alat yang membantu anda melengkapkan lebih banyak kerja

Gunakan masa anda untuk bekerja dan bukannya memasang, mengemas kini, menyimpan fail di lokasi yang betul dan memastikan semua perkara tersegerak. Office di awan melakukan semua kerja ini di sebalik tabir agar anda boleh melakukan kerja anda.

Mendapatkan Office dengan segera

Office di awan dipasang dengan pantas pada peranti anda yang disokong dan anda tidak perlu membuang pemasangan versi Office anda yang lama.

Sentiasa mempunyai versi terkini

Kemas kini adalah automatik agar anda sentiasa menggunakan versi terkini bagi aplikasi kegemaran anda, seperti Word, Excel, PowerPoint dan Outlook.

Sentiasa mempunyai fail yang anda perlukan

Semua fail anda disimpan dalam talian secara automatik, termasuklah fail pada PC anda, jadi anda mudah mencapai, mengedit dan berkongsi versi terkini dengan segera.

Mencari pelan untuk perniagaan anda

Kami telah membangunkan pelan untuk memenuhi keperluan yang unik bagi semua saiz perniagaan, daripada produktiviti disatukan dan keperluan komunikasi kepada kawalan lanjutan dan kemampuan pematuhan.

Lihat pelan & hargaLihat pelan & harga

Perniagaan saya memerlukan aplikasi Office sahaja

Untuk membantu anda menguruskan keperluan perniagaan anda yang berubah-ubah, kami menawarkan beberapa opsyen Office sahaja:

Sumber

Dapatkan jawapan bagi soalan anda dan ketahui butiran lanjut tentang perkara yang boleh dilakukan oleh Office 365 untuk perniagaan anda, ciri yang terangkum dalamnya dan cara fungsinya.

*Semua pelan serasi dengan versi desktop bagi versi terkini Office, Office 2010, Office 2007 (dengan sedikit kefungsian yang terhad), Office 2011 for Mac dan Office 2008 for Mac.
iPad dan iPhone ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.