Pilih pasaran bil anda:
Ringkaskan kerja bahagian IT anda dengan Office yang sentiasa terkini dengan Office 365 Midsize Business.
Office 365

Midsize Business

Ringkaskan kerja bahagian IT anda sementara membantu pekerja anda bekerja dari mana-mana sahaja dengan alat Office yang sentiasa terkini dan perkhidmatan kerjasama yang beraneka.
{O365MSizeYear|price}
pengguna/sebulan
komitmen tahunan
Harga tidak termasuk cukai.
Office apabila anda memerlukannya

Untuk mengikuti perkembangan dunia mudah alih pada masa ini, anda perlu mencapai alat dan fail anda dari mana-mana sahaja, merentasi peranti anda. Dengan Office 365, anda boleh berbuat demikian. Gunakan e-mel kelas perniagaan anda melalui Outlook, bekerjasama pada dokumen dan mencipta serta mengedit fail menggunakan telefon, tablet atau desktop anda. Dengan Office yang dikuasi awan, anda sentiasa mempunyai aplikasi terkini, fail anda sentiasa terkini dan dokumen terbaru anda berada di hadapan, jadi anda boleh terus bekerja.

Seorang lelaki memegang tablet. Capai aplikasi Office merentasi peranti dengan Office 365.
Satu pasukan bermesyuarat di pejabat. Office 365 memudahkan kerjasama dari mana-mana sahaja.
Aktiviti kerjasama menjadi mudah

Aktiviti kerjasama adalah penting pada masa ini dan Office 365 memudahkannya. Ahli pasukan boleh menyimpan dokumen di laman pasukan dan menggunakan peti mel khusus projek untuk membantu semua orang mendapatkan dokumen tersebut dengan segera daripada e-mel mereka. Apabila anda bekerja dengan rakan kongsi atau pelanggan, anda boleh berkongsi dan mengedit dokumen yang bersaiz besar atau dokumen sulit dari satu lokasi dalam talian. Dengan persidangan video HD dan perkongsian skrin, mesyuarat dalam talian anda akan membantu anda mempercepat kemajuan menuju ke sasaran anda.

IT diringkaskan tanpa menjejaskan keselamatan

Kurangkan kos terlampau dan masalah bahagian IT anda. Kemas kini automatik memastikan anda sentiasa mempunyai versi terkini, tanpa mengganggu kerja anda. Uruskan perkhidmatan anda dari pusat pentadbiran berasaskan web yang boleh digunakan untuk menambah atau memadamkan pengguna dengan segera, menguruskan dasar e-mel dan mengesetkan peraturan capaian. Alih keluar dengan mudah data syarikat daripada telefon yang hilang. Dengan pensijilan Office 365 oleh standard pematuhan kerajaan dan industri, perniagaan anda akan tetap mematuhi peraturan tanpa kos lampau.

Pekerja bahagian IT bersenyum sambil merenung desktop dwimonitornya. Office 365 meringkaskan kerja bahagian IT.

Office 365 Midsize Business termasuk:

Alat Office yang lazim:
Suit Office termasuk
Anda sentiasa mempunyai versi terkini bagi:
Microsoft Word Microsoft Excel Microsoft PowerPoint Microsoft Outlook Microsoft OneNote Microsoft Publisher Microsoft Access Microsoft Lync Microsoft InfoPath
  • Catat idea anda dengan cara yang terbaik untuk anda, sama ada menggunakan papan kekunci, pen atau skrin sentuh.
  • Formatkan maklumat dalam Excel secara mudah dengan alat yang mengecam corak anda dan melengkapkan data secara automatik.
  • Gabungkan kandungan daripada PDF dengan mudah untuk mencipta dokumen Word tersendiri yang kelihatan hebat.
  • Reka bahan pemasaran tersuai yang memenuhi keperluan jenama dan pelanggan anda.
Office pada lebih banyak peranti
Nikmati pengalaman Office yang konsisten dan lazim merentasi PC, Mac, tablet Windows, iPad dan kebanyakan peranti mudah alih.
Office menyokong PC dan tablet Windows yang menjalankan Windows 7 atau lebih baru dan Mac dengan Mac OS X 10.6 atau lebih baru. Office for iPad boleh dipasangkan pada iPad yang menjalankan versi 7.0 atau lebih baru. Untuk mendapatkan maklumat tentang peranti mudah alih, sila lawati www.office.com/mobile.
Office pada mana-mana PC Strim versi lengkap program Office pada mana-mana PC bersambungan Internet yang menjalankan Windows 7 atau Windows 8 dengan Office atas Permintaan.
Tambah perkhidmatan dalam talian berikut:
E-mel dan kalendar Gunakan e-mel kelas perniagaan melalui pengalaman Outlook beraneka dan lazim yang boleh dicapai dari desktop anda atau dari pelayar web menggunakan Outlook Web App. Dapatkan peti meil bersaiz 50 GB bagi setiap pengguna dan hantar lampiran yang bersaiz sehingga 25 MB.
Persidangan dalam talian Hos mesyuarat dalam talian dengan audio dan video menggunakan perkongsian skrin satu klik dan persidangan video HD.
Pemesejan segera dan kesambungan Skype Hubungi pengguna Lync lain melalui mesej segera, panggilan suara dan panggila video, dan beritahu orang lain ketersediaan anda dengan status dalam talian anda. Kongsi kehadiran, IM dan panggilan audio dengan pengguna Skype.
Laman web awam Reka dan selenggara laman web awam anda tanpa membayar yuran hos tambahan. Gunakan nama domain anda untuk mempromosikan jenama anda.
Perkongsian fail ringkas OneDrive for Business memberi setiap pengguna storan awan peribadi sebanyak 1 TB yang boleh dicapai dari mana-mana sahaja dan storan tersebut bersegerak dengan PC mereka untuk capaian di luar talian. Kongsi dokumen secara mudah dengan individu di dalam dan di luar organisasi dan mengawal individu yang boleh melihat dan mengedit setiap fail.
Laman pasukan Dayakan capaian mudah dan perkongsian dokumen dengan storan asas 10 GB serta 500 MB storan bagi setiap pengguna.
Kecerdasan Perniagaan Layan Diri dalam Excel Lakukan lebih banyak perkara dengan alat yang anda sudah biasa gunakan, iaitu Excel. Terokai dan sambung ke data dengan Power Query, model dan analisis data ini dengan Power Pivot serta gambarkan wawasan pada laporan dan peta yang interaktif dengan Power View dan Power Map.
Yammer Enterprise Pastikan idea dan kerja berkembang bersama perangkaian sosial perusahaan, justeru memudahkan aktiviti kerjasama dengan individu yang betul dengan sokongan, keselamatan, pentadbiran dan penyepaduan lanjutan.
Semua pelan Office 365 untuk perniagaan termasuk:
Kebolehpercayaan Tenangkan minda anda dengan perkhidmatan yang tersedia dengan perjanjian aras perkhidmatan (SLA) yang mempunyai masa hidup jaminan 99.9% dan disokong secara kewangan.
Keselamatan Data anda milik anda. Kami melindunginya dan melindungi privasi anda.
Pentadbiran Edar dan uruskan Office 365 merentasi syarikat anda, tidak memerlukan kepakaran IT. Anda boleh menambah dan mengalih keluar pengguna dengan segera.
Sentiasa terkini Tidak perlu membayar untuk naik taraf versi; kemas kini disertakan dalam langganan anda. Ciri baru dikeluarkan kepada pelanggan Office 365 secara tetap.
Sokongan Sokongan Microsoft memberikan jawapan melalui telefon dan dalam talian, sumber cara dan sambungan dengan pelanggan Office 365 lain untuk persediaan dan pembaikan segera.

Anda boleh membayar dengan semua kad kredit major dan jumlah langganan anda akan muncul pada penyata kad kredit anda. Untuk Office 365 Enterprise, Midsize Business dan pelan kendiri, anda mempunyai opsyen untuk menerima invois dan bergantung pada pilihan perkhidmatan anda, anda akan dibil secara bulanan atau tahunan. Anda akan menerima e-mel apabila invois anda tersedia dan jika nombor pesanan belian (PO) dimasukkan apabila anda membeli langganan, nombor itu akan termasuk dalam invois anda.

Bayaran komitmen tahunan tersedia untuk Office 365 Midsize Business. Dengan komitmen tahunan, anda mendaftar langganan satu tahun tetapi anda boleh memilih untuk membayar setiap bulan atau membayar untuk seluruh tahun pada masa anda membuat pendaftaran

Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa. Bagi langganan komitmen tahunan, seperti Office 365 Midsize Business, anda akan dikenakan penalti jika pembatalan dibuat sebelum kontrak anda tamat. Baca Persetujuan Langganan Dalam Talian Microsoft yang lengkap.

Data anda milik anda. Jika anda memutuskan untuk membatalkan langganan Office 365 anda, anda boleh memuat turun data anda, seperti e-mel dan dokumen anda di laman pasukan, dan menyimpannya di lokasi lain. Anda seharusnya menyimpan data anda sebelum anda melakukan pembatalan. Selepas anda membatalkan langganan anda, data yang berkaitan dengan akaun Office 365 anda akan tersedia kepada pentadbir anda dalam akaun dengan fungsi yang terhad selama 90 hari.

Anda boleh menambah nama domain yang anda miliki pada Office 365 untuk mencipta alamat e-mel berdasarkan domain dan laman web awam. Cari pendaftar domain atau pembekal hos DNS anda. Bandingkan pengurusan domain dalam langganan Office 365.

Pakar Microsoft merupakan syarikat IT dan pembangunan terlatih yang dapat membantu anda berpindah kepada Office 365 atau membentuk penyelesaian khusus untuk perniagaan anda. Anda boleh mendapatkan senarai untuk kesemua pakar Microsoft kami dalam Microsoft Pinpoint.

Ya. Jika anda perlu menaik taraf, anda boleh memindahkan akaun anda kepada pelan lain. Anda boleh menaik taraf akaun anda dalam keluarga perkhidmatan yang sama (contohnya, daripada Office 365 Small Business kepada Office 365 Small Business Premium atau daripada Office 365 Enterprise E1 kepada Office 365 Enterprise E3 atau E4) atau anda boleh menaik taraf kepada pelan dalam keluarga perkhidmatan Office 365 yang berlainan (contohnya, daripada pelan Small Business kepada pelan Midsize atau pelan Enterprise atau daripada pelan Midsize kepada pelan Enterprise). Anda juga boleh menaik taraf daripada pelan kendiri Exchange Online kepada pelan Enterprise.

Dalam kebanyakan kes, anda boleh menggunakan bestari Tukar pelan dalam pusat Pentadbiran anda untuk menaik taraf pelan anda. Jika langganan anda mempunyai lebih daripada 300 orang pengguna atau jika anda menggunakan kad prabayar untuk membeli pelan anda, maka bestari Tukar pelan tidak akan tersedia. Pelan yang tidak layak untuk bestari Tukar pelan boleh dinaik taraf secara manual. Ketahui selanjutnya tentang menaik taraf pelan Office 365.

NOTA: Apabila anda menaik taraf akaun anda, nama domain anda dipindahkan kepada akaun baru anda, sama ada anda membawa nama domain anda ke akaun Office 365 atau anda menyediakan nama domain dengan Office 365.

Anda boleh menggabungkan pelan Office 365 hanya dalam keluarga perkhidmatan masing-masing. Contohnya, Office 365 Small Business boleh digabungkan dengan Office 365 Small Business Premium tetapi tidak boleh digabungkan dengan Office 365 Midsize Business, pelan Office 365 Enterprise atau tawaran kendiri Exchange Online. Hal yang serupa diguna pakai pada Office 365 Midsize Business yang tidak boleh digabungkan dengan pelan Office 365 Small Business, pelan Enterprise atau tawaran kendiri.

Pelanggan yang menginginkan kefleksibelan yang terbaik boleh membeli pelan Office 365 Enterprise yang membolehkan anda menggabungkan pelan Office 365 Enterprise E1, E3 dan E4, pelan Office 365 Enterprise K1 (untuk pekerja kiosk) dan pelbagai jenis tawaran kendiri (contohnya, Exchange Online, SharePoint Online dan Lync Online).

Capaian Internet diperlukan untuk memasang dan mengaktifkan semua pelan Office 365 dan untuk mengurus akaun langganan anda. Sambungan Internet juga diperlukan untuk mencapai perkhidmatan produktiviti awan Office 365 termasuk e-mel, persidangan, pengurusan IT dan perkhidmatan lain.

Kebanyakan pelan Office 365 juga mempunyai versi desktop Office, sebagai contoh, Office 365 Small Business Premium dan Office 365 Enterprise E3. Salah satu faedah mempunyai versi desktop aplikasi Office ialah anda boleh bekerja di luar talian dan yakin bahawa apabila anda menyambung ke Internet, kesemua kerja anda akan disegerakkan secara automatik, jadi anda tidak perlu bimbang jika kerja anda tidak dikemas kini. Versi desktop Office anda juga dikemas kini dan dinaik taraf secara automatik apabila anda disambungkan ke Internet, jadi anda sentiasa mempunyai peralatan terkini untuk membantu anda bekerja. Bandingkan pelan Office 365.

Produk berkaitan
Office 365 Small Business Premium

Office 365 Small Business Premium

Untuk perniagaan yang memerlukan Office versi desktop terkini selain daripada perkhidmatan awan.

Ketahui selanjutnya

Office 365 Enterprise E3

Office 365 Enterprise E3

Untuk perniagaan yang memerlukanBI, e-mel dan suara yang lebih lanjut.

Ketahui selanjutnya

Microsoft Dynamics CRM Online

Gabungkan kuasa pengurusan perhubungan pelanggan Microsoft Dynamics CRM Online dengan Office 365 untuk menyampaikan pengalaman pelanggan yang menakjubkan.

Ketahui selanjutnya

1Program dan/atau ciri klien Windows PC sahaja. Tidak boleh digunakan merentasi peranti.

iPad dan iPhone ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.