Pilih pasaran bil anda:
Dapatkan perkhidmatan Office yang terkini dengan kawalan IT dengan Office 365 Enterprise E4.
Office 365

Enterprise E4

Majukan perniagaan anda dengan Office lengkap yang terkini serta pelbagai perkhidmatan kerjasama bersepadu yang digabungkan dengan ciri pematuhan lanjutan dan kuasa IT lengkap.
{O365E4Year|price}
pengguna/sebulan
komitmen tahunan
Harga tidak termasuk cukai.
Office merentsi peranti anda untuk kerjasama yang berkesan

Anda memerlukan alat yang boleh dicapai dari mana-mana sahaja yang menyokong kerja berpasukan dan Office 365 menawarkannya kepada anda! Setiap pengguna boleh memasang Office pada lima peranti dan menggunakannya merentasi peranti untuk memastikan projek berjalan. Fail sentiasa terkini dan anda boleh bekerja bersama pada dokumen yang sama. Kongsi fail di dalam dan di luar organisasi anda dengan mudah, walaupun fail adalah besar atau sulit. Pasukan boleh menyertai mesyuarat dalam talian dengan video HD dan perkongsian skrin dari mana-mana sahaja atau bersambung segera dengan perangkaian sosial.

Seorang wanita sedang bekerja pada telefonnya. Anda boleh menggunakan alat Office 365 merentasi peranti anda.
Dua individu bertemu di meja dengan komputer riba. Office 365 Enterprise E4 meringkaskan pematuhan.
Pematuhan dipermudah, dengan perlindungan data yang dipertingkatkan

Office 365 mempermudah pematuhan dengan membolehkan anda mengarkib, menggunakan penahanan legal setempat dan mencari dokumen yang anda perlukan secara pantas dengan mencari merentasi peti mel, laman pasukan dan mesyuarat rakaman. Office 365 juga membantu anda melindungi data syarikat anda. Anda boleh mencipta dasar pencegahan kehilangan data anda yang tersendiri dan menggunakan pemberitahuan dasar terbina dalam e-mel untuk memaklumkan pengguna kesalahan mereka sebelum mereka menghantar mesej. Dengan itu, data anda kekal selamat dan pengguna anda akan menerima dasar syarikat yang terkini.

Kawalan IT lanjutan tanpa penyelenggaraan terlampau

Beri pihak IT anda kebebasan, kefleksibelan dan kawalan sementara mengurangkan perbelanjaan terlampau untuk IT. Berhenti menguruskan pelayan dan memperoleh masa berjalan jaminan 99.9%. Beralih ke awan mengikut kehendak anda. Sambung pelayan pada premis anda pada Office 365 dan jalankan versi Office terkini secara sebelah-menyebelah dengan versi terdahulu semasa pengguna berpindah. Kekal terkawal dan jimatkan masa dengan menguruskan perkhidmatan anda dengan mudah dalam pusat pentadbiran dari mana-mana pelayar dan dengan mengautomasikan tugas pengurusan menggunakan perintah PowerShell.

Seorang lelaki bekerja di pusat IT. Office 365 Enterprise E4 menawarkan kawalan IT lanjutan.
Seorang wanita sedang melihat telefon pintarnya
Pengalaman komunikasi bersatu yang lengkap

Tidak perlu memasang dan menyelenggarakan sistem pertukaran cabang persendirian (PBX) yang mahal. Dengan Office 365 E4, anda boleh menambah baik atau menggantikan sistem telefon PBX anda dengan keupayaan pemanggilan perusahaan Lync Server 2013.1 Buat panggilan dan terima panggilan dari sebarang nombor telefon menggunakan PC, buatkan telefon lain berdering juga secara serentak dengan nombor tempat kerja, paparkan nombor tempat kerja apabila anda memanggil dari peranti mudah alih dan sediakan pembantu untuk membuat dan menerima panggilan bagi pihak anda. Kerja membuat panggilan menjadi mudah.

Office 365 Enterprise E4 termasuk:

Suit Office
Anda sentiasa mempunyai versi terkini bagi:
Microsoft Word Microsoft Excel Microsoft PowerPoint Microsoft Outlook Microsoft OneNote2 Microsoft Publisher2 Microsoft Lync Microsoft Access2 Microsoft InfoPath
  • Catat idea anda dengan cara yang terbaik untuk anda, sama ada menggunakan papan kekunci, pen atau skrin sentuh.
  • Formatkan maklumat dalam Excel secara mudah dengan alat yang mengecam corak anda dan melengkapkan data secara automatik.
  • Gabungkan kandungan daripada PDF dengan mudah untuk mencipta dokumen Word tersendiri yang kelihatan hebat.
Office pada lebih banyak peranti
Nikmati pengalaman Office yang konsisten dan lazim merentasi PC, Mac, tablet Windows, iPad dan kebanyakan peranti mudah alih.
Office menyokong PC dan tablet Windows yang menjalankan Windows 7 atau lebih baru dan Mac dengan Mac OS X 10.6 atau lebih baru. Office for iPad boleh dipasangkan pada iPad yang menjalankan versi 7.0 atau lebih baru. Untuk mendapatkan maklumat tentang peranti mudah alih, sila lawati www.office.com/mobile.
Office pada mana-mana PC Strim versi lengkap program Office pada mana-mana PC bersambungan Internet yang menjalankan Windows 7 atau Windows 8 dengan Office atas Permintaan.
E-mel dan kalendar Gunakan e-mel kelas perniagaan dalam pengalaman Outlook beraneka dan lazim yang boleh dicapai dari desktop anda atau pelayar web menggunakan Outlook Web App. Dapatkan peti mel bersaiz 50 GB bagi setiap pengguna dan hantar lampiran yang bersaiz sehingga 25 MB.
E-mel lanjutan Gunakan kemampuan pengarkiban dan penahanan legal serta storan tanpa had untuk keperluan pematuhan. Gunakan dasar pencegahan kehilangan data (DLP) dan petua dasar yang memaklumkan pengguna anda penguatkuasaan pematuhan tambahan dalam e-mel.
Kawalan capaian dokumen dan e-mel Rights Management Services membolehkan anda menyekat capaian pada dokumen dan e-mel kepada individu khusus untuk menghalang orang lain melihat atau mengeditnya, walaupun jika bahan tersebut dihantar dari luar organisasi.
Persidangan dalam talian Hos mesyuarat dalam talian dengan audio dan video menggunakan perkongsian skrin satu klik dan persidangan video HD.
Pemesejan segera dan kesambungan Skype Hubungi pengguna Lync lain melalui mesej segera, panggilan suara dan panggila video, dan beritahu orang lain ketersediaan anda dengan status dalam talian anda. Kongsi kehadiran, IM dan panggilan audio dengan pengguna Skype.
Storan dan perkongsian fail OneDrive for Business memberi setiap pengguna storan awan peribadi sebanyak 1 TB yang boleh dicapai dari mana-mana sahaja dan storan tersebut bersegerak dengan PC mereka untuk capaian di luar talian. Kongsi dokumen secara mudah dengan individu di dalam dan di luar organisasi dan mengawal individu yang boleh melihat dan mengedit setiap fail.
Laman pasukan Dayakan capaian mudah dan perkongsian fail dengan storan asas 10 GB serta 500 MB storan bagi setiap pengguna. Kongsi wawasan melalui laporan interaktif dengan Excel Services dan Visio Services, dan melihatnya pada pelayar peranti mudah alih yang menyokong HTML5.
Peti mel laman Bantu pasukan bekerjasama dengan lebih mudah. Simpan dan kongsi e-mel dan dokumen dalam folder khusus projek jadi semua orang dalam pasukan boleh mencari maklumat yang diperlukan dengan segera.
Yammer Enterprise Pastikan idea dan kerja bersegerak dengan perangkaian sosial perusahaan yang memudahkan aktiviti kerjasama dengan individu yang betul dan hal itu disertakan dengan sokongan, keselamatan, pentadbiran dan penyepaduan lanjutan.
Office Online Cipta dan edit dokumen Word, OneNote, PowerPoint dan Excel dari pelayar.
Mobiliti Segerakkan e-mel, kalendar dan kenalan; capai laman SharePoint; lihat dan edit dokumen Office dengan Office Online menggunakan pelayar pada Windows Phone, iOS dan peranti Android.
Penyepaduan mel suara (Pemesejan Disatukan) Sokongan mel suara berhos dengan kemampuan autoatendan. Mel suara dirakam pada Exchange Online dan pengguna boleh mencapainya dari Outlook, Outlook Web App atau telefon bimbit yang serasi.
Suara syarikat Tambah baik atau gantikan sistem telefon pertukaran cabang persendirian (PBX) anda yang lazim dengan keupayaan pemanggilan perusahaan Lync Server 2013.1 Dapatkan ciri seperti jawapan, pemajuan, pemindahan, penangguhan, penghalaan semula, pengeluaran dan peletakan serta sokongan untuk peranti analog dan pelbagai peranti pengguna IP dan USB daripada rakan kongsi.
Alat pematuhan lanjutan Dengan pusat ePenemuan bersatu, anda boleh mencari merentasi peti mel SharePoint, Lync dan Exchange. ePenemuan bersepadu dengan pengekalan dan pengarkiban lanjutan, mendayakan penahanan legal setempat dan projek berasaskan kes.
Kecerdasan Perniagaan Layan Diri dalam Excel Lakukan lebih banyak kerja dengan alat yang anda telah ketahui, iaitu Excel. Ketahui dan sambung pada data dengan Power Query, bentuk model dan analisis data ini dengan Power Pivot dan gambarkan wawasan dalam laporan dan peta yang interaktif dengan Power View dan Power Map. Power BI for Office 365 merupakan tawaran perkhidmatan berasingan untuk berkongsi dan menguruskan laporan dan pertanyaan yang dicipta dalam Excel.
Aplikasi untuk Office dan SharePoint Aplikasi pihak ketiga dan aplikasi binaan pelanggan yang baru berfungsi dengan Office dan SharePoint untuk membawa perkhidmatan web terus pada dokumen dan laman anda.
Semua pelan Office 365 Enterprise termasuk:
Kebolehpercayaan Tenangkan minda anda dengan perkhidmatan yang tersedia dengan perjanjian aras perkhidmatan (SLA) yang mempunyai masa hidup jaminan 99.9% dan disokong secara kewangan.
Keselamatan Data anda milik anda. Kami melindunginya dan melindungi privasi anda.
Privasi Data anda kepunyaan anda. Microsoft tidak mengimbas e-mel atau dokumen untuk tujuan pengiklanan.
Pentadbiran Portal pentadbir memberikan opsyen konfigurasi terperinci IT untuk perkhidmatan anda, sama ada dari portal dalam talian atau melalui pengurusan automatik dengan perintah PowerShell. Anda boleh menggunakan aplikasi Pentadbir untuk menguruskan perkhidmatan anda dengan segera.
Sentiasa terkini Tidak perlu membayar untuk menaik taraf versi; kemas kini termasuk dalam langganan anda. Ciri baru dikeluarkan untuk pelanggan Office 365 dalam pengalaman yang boleh dikonfigurasikan dengan IT.
Sokongan Sokongan telefon 24/7 bagi semua isu IT. Bagi isu yang kurang penting, anda boleh membuat permintaan perkhidmatan terus melalui portal pentadbir.

Anda boleh membayar dengan semua kad kredit utama dan amaun langganan anda akan ditunjukkan pada penyata kad kredit anda. Untuk pelan Office 365 Enterprise, Midsize dan pelan kendiri, anda mempunyai pilihan untuk menerima invois dan bergantung pada pilihan perkhidmatan anda, anda akan dihantar bil secara bulanan atau tahunan. Anda akan menerima mesej e-mel apabila invois anda sedia untuk dibaca dan jika nombor pesanan pembelian (PO) dimasukkan apabila anda membeli langganan anda, nombor tersebut akan disertakan dalam invois anda.

Bayaran komitmen tahunan tersedia untuk pelan Office 365 Enterprise. Dengan komitmen tahunan, anda mendaftar langganan satu tahun tetapi anda boleh memilih untuk membayar setiap bulan atau membayar untuk seluruh tahun pada masa anda membuat pendaftaran.

Ya, diskaun tersedia untuk pelanggan (lazimnya 250+ lesen) yang ingin membeli melalui pelesenan pukal. Pakar Microsoft boleh membantu anda menjelajahi opsyen pembelian untuk organisasi besar dan membantu anda menentukan opsyen yang paling sesuai untuk anda. Ketahui selanjutnya tentang pelesenan pukal. Cari pakar Microsoft.

Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa. Bagi langganan komitmen tahunan, seperti Enterprise E4, anda akan dikenakan penalti jika pembatalan dibuat sebelum kontrak anda tamat.Persetujuan Langganan Dalam Talian Microsoft yang lengkap.

Data anda milik anda. Jika anda memutuskan untuk membatalkan langganan Office 365 anda, anda boleh memuat turun data anda, seperti e-mel dan dokumen anda pada laman pasukan, dan menyimpannya di lokasi lain. Anda seharusnya menyimpan data anda sebelum anda melakukan pembatalan. Selepas anda membatalkan langganan anda, data yang berkaitan dengan akaun Office 365 anda akan tersedia kepada pentadbir anda dalam akaun dengan fungsi yang terhad selama 90 hari.

Ya. Jika anda perlu menaik taraf, anda boleh memindahkan akaun anda kepada pelan lain. Anda boleh menaik taraf akaun anda dalam keluarga perkhidmatan yang sama (contohnya, daripada Office 365 Small Business kepada Office 365 Small Business Premium atau daripada Office 365 Enterprise E1 kepada Office 365 Enterprise E3 atau E4) atau anda boleh menaik taraf kepada pelan dalam keluarga perkhidmatan Office 365 yang berlainan (contohnya, daripada pelan Small Business kepada pelan Midsize atau pelan Enterprise atau daripada pelan Midsize kepada pelan Enterprise). Anda juga boleh menaik taraf daripada pelan kendiri Exchange Online kepada pelan Enterprise.

Dalam kebanyakan kes, anda boleh menggunakan bestari Tukar pelan dalam pusat Pentadbiran anda untuk menaik taraf pelan anda. Jika langganan anda mempunyai lebih daripada 300 orang pengguna atau jika anda menggunakan kad prabayar untuk membeli pelan anda, maka bestari Tukar pelan tidak akan tersedia. Pelan yang tidak layak untuk bestari Tukar pelan boleh dinaik taraf secara manual. Ketahui selanjutnya tentang menaik taraf pelan Office 365.

NOTA: Apabila anda menaik taraf akaun anda, nama domain anda dipindahkan kepada akaun baru anda, sama ada anda membawa nama domain anda ke akaun Office 365 atau anda menyediakan nama domain dengan Office 365.

Anda boleh menggabungkan pelan Office 365 hanya dalam keluarga perkhidmatan masing-masing. Contohnya, Office 365 Small Business boleh digabungkan dengan Office 365 Small Business Premium tetapi tidak boleh digabungkan dengan Office 365 Midsize Business, pelan Office 365 Enterprise atau tawaran kendiri Exchange Online. Hal yang serupa diguna pakai pada Office 365 Midsize Business yang tidak boleh digabungkan dengan pelan Office 365 Small Business, pelan Enterprise atau tawaran kendiri.

Pelanggan yang menginginkan kefleksibelan yang terbaik boleh membeli pelan Office 365 Enterprise yang membolehkan anda menggabungkan pelan Office 365 Enterprise E1, E3 dan E4, pelan Office 365 Enterprise K1 (untuk pekerja kiosk) dan pelbagai jenis tawaran kendiri (contohnya, Exchange Online, SharePoint Online dan Lync Online).

Ya. Jika anda membeli langganan Office 365 dengan bilangan akaun pengguna sama yang anda cipta pada penghujung percubaan percuma anda, maklumat dan konfigurasi akaun pengguna ini tidak akan berubah. Apabila percubaan percuma anda tamat tempoh, anda tidak lagi dapat menggunakan Office 365 secara percuma. Anda mempunyai masa selama 30 hari untuk membeli Office 365 sebelum maklumat akaun anda dipadam. Apabila maklumat akaun percubaan anda dipadam, anda tidak boleh mengambilnya.

Pakar Microsoft merupakan syarikat IT dan pembangunan terlatih yang dapat membantu anda berpindah kepada Office 365 atau membentuk penyelesaian khusus untuk perniagaan anda. Anda boleh mendapatkan senarai untuk kesemua pakar Microsoft kami dalam Microsoft Pinpoint.

Anda boleh menambah nama domain yang anda miliki pada Office 365 untuk mencipta alamat e-mel berdasarkan domain dan laman web awam. Cari pendaftar domain atau pembekal hos DNS anda. Bandingkan pengurusan domain dalam langganan Office 365.

Capaian Internet diperlukan untuk memasang dan mengaktifkan semua pelan Office 365 dan untuk mengurus akaun langganan anda. Sambungan Internet juga diperlukan untuk mencapai perkhidmatan produktiviti awan Office 365 termasuk e-mel, persidangan, pengurusan IT dan perkhidmatan lain.

Kebanyakan pelan Office 365 juga mempunyai versi desktop Office, sebagai contoh, Office 365 Small Business Premium dan Office 365 Enterprise E3. Salah satu faedah mempunyai versi desktop aplikasi Office ialah anda boleh bekerja di luar talian dan yakin bahawa apabila anda menyambung ke Internet, kesemua kerja anda akan disegerakkan secara automatik, jadi anda tidak perlu bimbang jika kerja anda tidak dikemas kini. Versi desktop Office anda juga dikemas kini dan dinaik taraf secara automatik apabila anda disambungkan ke Internet, jadi anda sentiasa mempunyai peralatan terkini untuk membantu anda bekerja. Bandingkan pelan Office 365.

Produk berkaitan

Office 365 ProPlus

Dapatkan alat terbaru untuk produktiviti, kerjasama, pematuhan dan BI yang berjalan dengan pantas, dengan naik taraf yang lancar.

Ketahui selanjutnya

Office 365 Enterprise E1

Dapatkan capaian di mana-mana sahaja pada alat Office yang lazim serta perkhidmatan produktiviti awan yang anda boleh jalankan menurut keinginan anda.

Ketahui selanjutnya

Office 365 Enterprise E3

Dapatkan suit Office terkini dan perkhidmatan perusahaan lanjutan yang boleh dicapai dari mana-mana sahaja dan jalankannya menurut kehendak anda

Ketahui selanjutnya

1Keupayaan suara syarikat Lync memerlukan pelanggan membeli dan menggunakan Lync Server, sama ada pada premis atau dalam pusat data berhos, untuk menambah baik atau menggantikan sistem PBX yang lazim.

2Program dan/atau ciri klien Windows PC sahaja. Tidak boleh digunakan merentasi peranti.

Tutup
  • Seting anda sentiasa mengikuti anda, jadi anda boleh terus bekerja apabila anda mendaftar masuk ke akaun anda.

    Seting anda sentiasa mengikuti anda, jadi anda boleh terus bekerja apabila anda mendaftar masuk ke akaun anda.

  • Anda sentiasa mempunyai versi aplikasi Office terkini yang anda boleh harapkan, pada desktop anda dan merentasi peranti anda.

    Anda sentiasa mempunyai versi aplikasi Office terkini yang anda boleh harapkan, pada desktop anda dan merentasi peranti anda.

  • Jimatkan masa ulang-alik. Usahakan dokumen bersama dalam masa nyata dan lihat perubahan semua orang.

    Jimatkan masa ulang-alik. Usahakan dokumen bersama dalam masa nyata dan lihat perubahan semua orang.

Tutup
  • Dari portal pentadbir yang ringkas, anda boleh menyediakan perkhidmatan anda dengan segera, daripada memuat turun perisian kepada mencipta laman web anda dan menguruskannya dengan mudah.

    Dari portal pentadbir yang ringkas, anda boleh menyediakan perkhidmatan anda dengan segera, daripada memuat turun perisian kepada mencipta laman web anda dan menguruskannya dengan mudah.

  • Tambah pengguna dengan segera. Jimatkan masa pentadbiran dan beri pengguna baru capaian pada perkhidmatan Office 365 anda dengan segera.

    Tambah pengguna dengan segera. Jimatkan masa pentadbiran dan beri pengguna baru capaian pada perkhidmatan Office 365 anda dengan segera.

  • Anda boleh menambah nama domain anda di Office 365 untuk menyesuaikan alamat e-mel dan alamat laman web anda dan membantu membentuk kehadiran dalam talian anda.

    Anda boleh menambah nama domain anda di Office 365 untuk menyesuaikan alamat e-mel dan alamat laman web anda dan membantu membentuk kehadiran dalam talian anda.

Tutup
  • Sambung dengan segera menurut cara anda dengan Lync. Mulakan sembang, semak semula agenda dan sertai mesyuarat dengan satu klik.

    Sambung dengan segera menurut cara anda dengan Lync. Mulakan sembang, semak semula agenda dan sertai mesyuarat dengan satu klik.

  • Dengan Lync Web App berasaskan pelayar, sesiapa sahaja boleh menyertai mesyuarat dalam talian, walaupun jika mereka tidak memasangkan Lync pada PC mereka.

    Dengan Lync Web App berasaskan pelayar, sesiapa sahaja boleh menyertai mesyuarat dalam talian, walaupun jika mereka tidak memasangkan Lync pada PC mereka.

iPad dan iPhone ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.