Pilih pasaran bil anda:
Dapatkan perkhidmatan Office yang terkini dengan kawalan IT dengan Office 365 Enterprise E3.
Office 365

Enterprise E3

Majukan perniagaan anda dengan Office lengkap yang terkini serta pelbagai perkhidmatan kerjasama bersepadu yang digabungkan dengan ciri pematuhan lanjutan dan kuasa IT lengkap.
{O365E3MonthSubAnn|price}
pengguna/sebulan
komitmen tahunan
Harga tidak termasuk cukai.
Office merentsi peranti anda untuk kerjasama yang berkesan

Anda memerlukan alat yang boleh dicapai dari mana-mana sahaja yang menyokong kerja berpasukan dan Office 365 menawarkannya kepada anda! Setiap pengguna boleh memasang Office pada lima peranti dan menggunakannya merentasi peranti untuk memastikan projek berjalan. Fail sentiasa terkini dan anda boleh bekerja bersama pada dokumen yang sama. Kongsi fail di dalam dan di luar organisasi anda dengan mudah, walaupun fail adalah besar atau sulit. Pasukan boleh menyertai mesyuarat dalam talian dengan video HD dan perkongsian skrin dari mana-mana sahaja atau bersambung segera dengan perangkaian sosial.

Seorang wanita sedang bekerja pada telefonnya. Anda boleh menggunakan alat Office 365 merentasi peranti anda.
Dua individu bertemu di meja dengan komputer riba. Office 365 Enterprise E3 meringkaskan pematuhan.
Pematuhan dipermudah, dengan perlindungan data yang dipertingkatkan

Office 365 mempermudah pematuhan dengan membolehkan anda mengarkib, menggunakan penahanan legal setempat dan mencari dokumen yang anda perlukan secara pantas dengan mencari merentasi peti mel, laman pasukan dan mesyuarat rakaman. Office 365 juga membantu anda melindungi data syarikat anda. Anda boleh mencipta dasar pencegahan kehilangan data anda yang tersendiri dan menggunakan pemberitahuan dasar terbina dalam e-mel untuk memaklumkan pengguna kesalahan mereka sebelum mereka menghantar mesej. Dengan itu, data anda kekal selamat dan pengguna anda akan menerima dasar syarikat yang terkini.

Kawalan IT lanjutan tanpa penyelenggaraan terlampau

Beri pihak IT anda kebebasan, kefleksibelan dan kawalan sementara mengurangkan perbelanjaan terlampau untuk IT. Berhenti menguruskan pelayan dan memperoleh masa berjalan jaminan 99.9%. Beralih ke awan mengikut kehendak anda. Sambung pelayan pada premis anda pada Office 365 dan jalankan versi Office terkini secara sebelah-menyebelah dengan versi terdahulu semasa pengguna berpindah. Kekal terkawal dan jimatkan masa dengan menguruskan perkhidmatan anda dengan mudah dalam pusat pentadbiran dari mana-mana pelayar dan dengan mengautomasikan tugas pengurusan menggunakan perintah PowerShell.

Seorang lelaki bekerja di pusat IT. Office 365 Enterprise E3 menawarkan kawalan IT lanjutan.

Office 365 Enterprise E3 termasuk:

Suit Office
Anda sentiasa mempunyai versi terkini bagi:
Microsoft Word Microsoft Excel Microsoft PowerPoint Microsoft Outlook Microsoft OneNote Microsoft Publisher Microsoft Lync Microsoft Access
  • Catat idea anda dengan cara yang terbaik untuk anda, sama ada menggunakan papan kekunci, pen atau skrin sentuh.
  • Formatkan maklumat dalam Excel secara mudah dengan alat yang mengecam corak anda dan melengkapkan data secara automatik.
  • Gabungkan kandungan daripada PDF dengan mudah untuk mencipta dokumen Word tersendiri yang kelihatan hebat.
Office pada lebih banyak peranti
Nikmati pengalaman Office yang konsisten dan lazim merentasi PC, Mac, tablet Windows, iPad dan kebanyakan peranti mudah alih.
Office menyokong PC dan tablet Windows yang menjalankan Windows 7 atau lebih baru dan Mac dengan Mac OS X 10.6 atau lebih baru. Office for iPad boleh dipasangkan pada iPad yang menjalankan versi 7.0 atau lebih baru. Untuk mendapatkan maklumat tentang peranti mudah alih, sila lawati www.office.com/mobile.
E-mel dan kalendar Gunakan e-mel kelas perniagaan dalam pengalaman Outlook beraneka dan lazim yang boleh dicapai dari desktop anda atau pelayar web menggunakan Outlook Web App. Dapatkan peti mel bersaiz 50 GB bagi setiap pengguna dan hantar lampiran yang bersaiz sehingga 25 MB.
E-mel lanjutan Gunakan kemampuan pengarkiban dan penahanan legal serta storan tanpa had untuk keperluan pematuhan. Gunakan dasar pencegahan kehilangan data (DLP) dan petua dasar yang memaklumkan pengguna anda penguatkuasaan pematuhan tambahan dalam e-mel.
Kawalan capaian dokumen dan e-mel Rights Management Services membolehkan anda menyekat capaian pada dokumen dan e-mel kepada individu khusus untuk menghalang orang lain melihat atau mengeditnya, walaupun jika bahan tersebut dihantar dari luar organisasi.
Persidangan dalam talian Hos mesyuarat dalam talian dengan audio dan video menggunakan perkongsian skrin satu klik dan persidangan video HD.
Pemesejan segera dan kesambungan Skype Hubungi pengguna Lync lain melalui mesej segera, panggilan suara dan panggila video, dan beritahu orang lain ketersediaan anda dengan status dalam talian anda. Kongsi kehadiran, IM dan panggilan audio dengan pengguna Skype.
Storan dan perkongsian fail OneDrive for Business memberi setiap pengguna storan awan peribadi sebanyak 1 TB yang boleh dicapai dari mana-mana sahaja dan storan tersebut bersegerak dengan PC mereka untuk capaian di luar talian. Kongsi dokumen secara mudah dengan individu di dalam dan di luar organisasi dan mengawal individu yang boleh melihat dan mengedit setiap fail.
Laman pasukan Dayakan capaian mudah dan perkongsian fail dengan storan asas 10 GB serta 500 MB storan bagi setiap pengguna. Kongsi wawasan melalui laporan interaktif dengan Excel Services dan Visio Services, dan melihatnya pada pelayar peranti mudah alih yang menyokong HTML5.
Peti mel laman Bantu pasukan bekerjasama dengan lebih mudah. Simpan dan kongsi e-mel dan dokumen dalam folder khusus projek jadi semua orang dalam pasukan boleh mencari maklumat yang diperlukan dengan segera.
Yammer Enterprise Pastikan idea dan kerja bersegerak dengan perangkaian sosial perusahaan yang memudahkan aktiviti kerjasama dengan individu yang betul dan hal itu disertakan dengan sokongan, keselamatan, pentadbiran dan penyepaduan lanjutan.
Office Online Cipta dan edit dokumen Word, OneNote, PowerPoint dan Excel dari pelayar.
Mobiliti Segerakkan e-mel, kalendar dan kenalan; capai laman SharePoint; lihat dan edit dokumen Office dengan Office Online menggunakan pelayar pada Windows Phone, iOS dan peranti Android.
Penyepaduan mel suara (Pemesejan Disatukan) Sokongan mel suara berhos dengan kemampuan autoatendan. Mel suara dirakam pada Exchange Online dan pengguna boleh mencapainya dari Outlook, Outlook Web App atau telefon bimbit yang serasi.
Alat pematuhan lanjutan Dengan pusat ePenemuan bersatu, anda boleh mencari merentasi peti mel SharePoint, Lync dan Exchange. ePenemuan bersepadu dengan pengekalan dan pengarkiban lanjutan, mendayakan penahanan legal setempat dan projek berasaskan kes.
Kecerdasan Perniagaan Layan Diri dalam Excel Lakukan lebih banyak kerja dengan alat yang anda telah ketahui, iaitu Excel. Ketahui dan sambung pada data dengan Power Query, bentuk model dan analisis data ini dengan Power Pivot dan gambarkan wawasan dalam laporan dan peta yang interaktif dengan Power View dan Power Map. Power BI for Office 365 merupakan tawaran perkhidmatan berasingan untuk berkongsi dan menguruskan laporan dan pertanyaan yang dicipta dalam Excel.
Aplikasi untuk Office dan SharePoint Aplikasi pihak ketiga dan aplikasi binaan pelanggan yang baru berfungsi dengan Office dan SharePoint untuk membawa perkhidmatan web terus pada dokumen dan laman anda.
Semua pelan Office 365 Enterprise termasuk:
Kebolehpercayaan Tenangkan minda anda dengan perkhidmatan yang tersedia dengan perjanjian aras perkhidmatan (SLA) yang mempunyai masa hidup jaminan 99.9% dan disokong secara kewangan.
Keselamatan Data anda milik anda. Kami melindunginya dan melindungi privasi anda.
Privasi Data anda kepunyaan anda. Microsoft tidak mengimbas e-mel atau dokumen untuk tujuan pengiklanan.
Pentadbiran Portal pentadbir memberikan opsyen konfigurasi terperinci IT untuk perkhidmatan anda, sama ada dari portal dalam talian atau melalui pengurusan automatik dengan perintah PowerShell. Anda boleh menggunakan aplikasi Pentadbir untuk menguruskan perkhidmatan anda dengan segera.
Sentiasa terkini Tidak perlu membayar untuk menaik taraf versi; kemas kini termasuk dalam langganan anda. Ciri baru dikeluarkan untuk pelanggan Office 365 dalam pengalaman yang boleh dikonfigurasikan dengan IT.
Penyepaduan Active Directory Urus kelayakan dan keizinan pengguna. Pendaftaran masuk sekali dan penyegerakan dengan Active Directory.
Sokongan Sokongan telefon 24/7 bagi semua isu IT. Bagi isu yang kurang penting, anda boleh membuat permintaan perkhidmatan terus melalui portal pentadbir.
Perkhidmatan permulaan Office 365 FastTrack
Office 365 FastTrack dan tawaran penggunaan

FastTrack ialah pengalaman permulaan yang disertakan untuk pelanggan Office 365 yang layak. Pihak jurutera Microsoft membantu anda bermula menggunakan perkhidmatan Office 365 anda, membolehkan anda bermula menggunakan Office 365 dengan segera kemudian mengembangkan penggunaannya dengan mudah.

Tawaran penggunaan masa terhad: Selain FastTrack, untuk masa terhad (1 September, 2014 hingga 31 Mac, 2015), pelanggan berkelayakan yang menggunakan Office 365 akan menerima sokongan penggunaan tambahan atau menerima bayaran balik bagi perkhidmatan sokongan penggunaan yang diberikan oleh rakan kongsi IT mereka.

Ketahui selanjutnya tentang FastTrack dan tawaran penggunaan

Anda boleh membayar dengan semua kad kredit utama dan amaun langganan anda akan ditunjukkan pada penyata kad kredit anda. Anda juga boleh memilih untuk menerima invois. Bergantung pada pilihan perkhidmatan anda, anda akan menerima bil secara bulanan atau tahunan.FV Anda akan menerima mesej e-mel apabila invois anda sedia untuk dibaca dan jika nombor pesanan pembelian (PO) dimasukkan apabila anda membeli langganan anda, nombor tersebut akan disertakan dalam invois anda.

Bayaran komitmen tahunan tersedia untuk pelan Office 365 Enterprise. Dengan komitmen tahunan, anda mendaftar langganan satu tahun tetapi anda boleh memilih untuk membayar setiap bulan atau membayar untuk seluruh tahun pada masa anda membuat pendaftaran.

Ya, diskaun tersedia untuk pelanggan perjanjian perusahaan Office 365 (lazimnya 250+ lesen) yang ingin membeli melalui pelesenan pukal. Pakar Microsoft akan membantu anda menjelajahi opsyen pembelian untuk perusahaan besar dan membantu anda menentukan pelan yang paling sesuai untuk anda. Ketahui selanjutnya tentang pelesenan pukal. Cari pakar Microsoft.

Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa. Bagi langganan komitmen tahunan, seperti Enterprise E3, anda akan dikenakan penalti jika pembatalan dibuat sebelum kontrak anda tamat. Persetujuan Langganan Dalam Talian Microsoftyang lengkap.

Data anda milik anda. Jika anda memutuskan untuk membatalkan langganan Office 365 anda, anda boleh memuat turun data anda, seperti e-mel dan dokumen anda pada laman pasukan, dan menyimpannya di lokasi lain. Anda seharusnya menyimpan data anda sebelum anda melakukan pembatalan. Selepas anda membatalkan langganan anda, data yang berkaitan dengan akaun Office 365 anda akan tersedia kepada pentadbir anda dalam akaun dengan fungsi yang terhad selama 90 hari.

Ya. Jika anda perlu menaik taraf, anda boleh memindahkan akaun anda kepada pelan lain. Contohnya, anda boleh menaik taraf daripada pelan Office 365 Business kepada pelan Office 365 Enterprise.

Dalam kebanyakan kes, anda boleh menggunakan bestari Tukar pelan dalam pusat Pentadbiran anda untuk menaik taraf pelan anda. Jika langganan anda mempunyai lebih daripada 300 orang pengguna atau jika anda menggunakan kad prabayar untuk membeli pelan anda, maka bestari Tukar pelan tidak akan tersedia. Pelan yang tidak layak untuk bestari Tukar pelan boleh dinaik taraf secara manual. Ketahui selanjutnya tentangmenaik taraf pelan Office 365.

NOTA: Apabila anda menaik taraf akaun anda, nama domain anda dipindahkan kepada akaun baru anda, sama ada anda membawa nama domain anda ke akaun Office 365 atau anda menyediakan nama domain dengan Office 365.

Ya, anda boleh menggabungkan pelan Office 365. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa had produk dan lesen. Contohnya, jika anda mempunyai pelan Office 365 Business Premium dengan had 300 orang pengguna, anda boleh menggabungkannya dengan pelan Office 365 Enterprise E3, tetapi hanya untuk sehingga 300 individu dalam organisasi anda. Untuk butiran, hubungi wakil Microsoft anda.

Ya. Jika anda membeli langganan Office 365 dengan bilangan akaun pengguna sama yang anda cipta pada penghujung percubaan percuma anda, maklumat dan konfigurasi akaun pengguna ini tidak akan berubah. Apabila percubaan percuma anda tamat tempoh, anda tidak lagi dapat menggunakan Office 365 secara percuma. Anda mempunyai masa selama 30 hari untuk membeli Office 365 sebelum maklumat akaun anda dipadam. Apabila maklumat akaun percubaan anda dipadam, anda tidak boleh mengambilnya.

Pakar Microsoft merupakan syarikat IT dan pembangunan terlatih yang dapat membantu anda berpindah kepada Office 365 atau membentuk penyelesaian khusus untuk perniagaan anda. Anda boleh mendapatkan senarai untuk kesemua pakar Microsoft kami dalam Microsoft Pinpoint.

Anda boleh menambahkan nama domain yang anda miliki pada Office 365 untuk mencipta alamat e-mel yang berasaskan domain. Cari pendaftar domain atau pembekal hos DNS anda. Bandingkan pengurusan domain dalam langganan Office 365.

Capaian Internet diperlukan untuk memasang dan mengaktifkan semua pelan Office 365 dan untuk mengurus akaun langganan anda. Sambungan Internet juga diperlukan untuk mencapai perkhidmatan produktiviti awan Office 365 termasuk e-mel, persidangan, pengurusan IT dan perkhidmatan lain.

Kebanyakan pelan Office 365 juga mempunyai versi desktop Office, sebagai contoh, Office 365 Business Premium dan Office 365 Enterprise E3. Salah satu faedah mempunyai versi desktop aplikasi Office ialah anda boleh bekerja di luar talian dan yakin bahawa apabila anda menyambung ke Internet, kesemua kerja anda akan disegerakkan secara automatik, jadi anda tidak perlu bimbang jika kerja anda tidak dikemas kini. Versi desktop Office anda juga dikemas kini dan dinaik taraf secara automatik apabila anda disambungkan ke Internet, jadi anda sentiasa mempunyai peralatan terkini untuk membantu anda bekerja. Bandingkan pelan Office 365..

Produk berkaitan

Office 365 ProPlus

Dapatkan alat terbaru untuk produktiviti, kerjasama, pematuhan dan BI yang berjalan dengan pantas, dengan naik taraf yang lancar.

Ketahui selanjutnya

Office 365 Business Premium

Untuk perniagaan yang memerlukan Office versi desktop yang terbaru selain perkhidmatan awan.

Ketahui selanjutnya

Microsoft Dynamics CRM Online

Gabungkan kuasa pengurusan perhubungan pelanggan Microsoft Dynamics CRM Online dengan Office 365 untuk menyampaikan pengalaman pelanggan yang menakjubkan.

Ketahui selanjutnya

Tutup
  • Seting anda sentiasa mengikuti anda, jadi anda boleh terus bekerja apabila anda mendaftar masuk ke akaun anda.

    Seting anda sentiasa mengikuti anda, jadi anda boleh terus bekerja apabila anda mendaftar masuk ke akaun anda.

  • Anda sentiasa mempunyai versi aplikasi Office terkini yang anda boleh harapkan, pada desktop anda dan merentasi peranti anda.

    Anda sentiasa mempunyai versi aplikasi Office terkini yang anda boleh harapkan, pada desktop anda dan merentasi peranti anda.

  • Jimatkan masa ulang-alik. Usahakan dokumen bersama dalam masa nyata dan lihat perubahan semua orang.

    Jimatkan masa ulang-alik. Usahakan dokumen bersama dalam masa nyata dan lihat perubahan semua orang.

Tutup
  • Dari portal pentadbir yang ringkas, anda boleh menyediakan perkhidmatan anda dengan segera, daripada memuat turun perisian kepada mencipta laman web anda dan menguruskannya dengan mudah.

    Dari portal pentadbir yang ringkas, anda boleh menyediakan perkhidmatan anda dengan segera, daripada memuat turun perisian kepada mencipta laman web anda dan menguruskannya dengan mudah.

  • Tambah pengguna dengan segera. Jimatkan masa pentadbiran dan beri pengguna baru capaian pada perkhidmatan Office 365 anda dengan segera.

    Tambah pengguna dengan segera. Jimatkan masa pentadbiran dan beri pengguna baru capaian pada perkhidmatan Office 365 anda dengan segera.

  • Anda boleh menambah nama domain anda di Office 365 untuk menyesuaikan alamat e-mel dan alamat laman web anda dan membantu membentuk kehadiran dalam talian anda.

    Anda boleh menambah nama domain anda di Office 365 untuk menyesuaikan alamat e-mel dan alamat laman web anda dan membantu membentuk kehadiran dalam talian anda.

Tutup
  • Sambung dengan segera menurut cara anda dengan Lync. Mulakan sembang, semak semula agenda dan sertai mesyuarat dengan satu klik.

    Sambung dengan segera menurut cara anda dengan Lync. Mulakan sembang, semak semula agenda dan sertai mesyuarat dengan satu klik.

  • Dengan Lync Web App berasaskan pelayar, sesiapa sahaja boleh menyertai mesyuarat dalam talian, walaupun jika mereka tidak memasangkan Lync pada PC mereka.

    Dengan Lync Web App berasaskan pelayar, sesiapa sahaja boleh menyertai mesyuarat dalam talian, walaupun jika mereka tidak memasangkan Lync pada PC mereka.

1Program dan/atau ciri klien Windows PC sahaja. Tidak boleh digunakan merentasi peranti.
iPad dan iPhone ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.