Pilih pasaran bil anda:
Dapatkan perkhidmatan produktiviti dan kerjasama terkini yang anda boleh gunakan menurut cara anda dengan Office 365 Enterprise E1.
Office 365

Enterprise E1

Bantu pekerja anda dengan perkhidmatan kerjasama yang terkini dan dapatkan kawalan dan kefleksibelan IT yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan anda secara lancar, menurut cara anda.
{O365E1Year|price}
pengguna/sebulan
komitmen tahunan
Harga tidak termasuk cukai.
Perkhidmatan dalam talian yang terkini untuk kerja berpasukan yang berkesan di mana-mana sahaja

Bantu pasukan anda mencapai lebih banyak sasaran dengan lebih pantas. Office 365 membolehkan anda menguruskan dokumen merentasi peranti, terus dari pelayar, untuk melengkapkan projek apabila ahli pasukan sedang bekerja. Anda juga tidak akan menghadapi masalah versi. Fail sentiasa terkini dan anda boleh bekerja bersama pada dokumen yang sama secara serentak. Kerja berkongsi fail di dalam dan di luar organisasi anda adalah mudah. Apabila anda perlu bertemu dalam talian, sertailah dari mana-mana sahaja. Video HD dan perkongsian skrin membantu anda berkembang dengan lebih pantas.

Seorang lelaki bekerja pada komputer riba di luar, menggunakan Office 365.
Satu pasukan bermesyuarat di pejabat, menggunakan Office 365 Enterprise E1 pada peranti mereka.
Perkhidmatan diubah suai menurut perniagaan anda

Perniagaan anda adalah unik, dengan set keperluan yang tersendiri. Office 365 memberikan anda kefleksibelan untuk memperoleh perkhidmatan yang anda mahu, hal ini membantu anda menjimatkan kos. Anda boleh menggabungkan Office 365 dengan pelaburan sedia ada, seperti versi Office terdahulu dan menghubungkan pengguna terus dari aplikasi mereka yang lazim. Jika anda mempunyai pengguna dengan keperluan yang berlainan, anda boleh menggabungkan perkhidmatan untuk mereka, jadi anda boleh memberikan alat tersebut kepada mereka yang memerlukannya melalui cara yang menjimatkan kos.

Kawalan IT lanjutan tanpa overhed penyelenggaraan

Berhenti menguruskan pelayan. Dapatkan kuasa dan kawalan IT sementara mengurangkan kos terlampau dan masalah IT. Office 365 memberi anda jaminan masa berjalan sebanyak 99.9%, jadi anda boleh menghabiskan lebih banyak masa mengembangkan perniagaan anda. Anda mengawalnya. Alih ke awan mengikut kehendak anda dengan menyambungkan pelayan pada premis anda dan memindah ke Office 365 menurut jadual masa anda. Anda boleh menguruskan perkhidmatan anda dengan mudah dari mana-mana pelayar dan juga mengautomatikkan tugas pengurusan menggunakan perintah PowerShell.

Seorang pekerja di pusat IT. Office 365 Enterprise E1 menawarkan kawalan dan kefleksibelan IT.

Office 365 Enterprise E1 termasuk:

E-mel dan kalendar Menggunakan e-mel kelas perniagaan melalui pengalaman Outlook beraneka dan lazim yang boleh dicapai dari desktop anda1 atau dari pelayar web menggunakan Outlook Web App. Dapatkan peti mel bersaiz 50 GB bagi setiap pengguna dan hantar lampiran yang bersaiz sehingga 25 MB.
Persidangan dalam talian Hos mesyuarat dalam talian dengan audio dan video menggunakan perkongsian skrin satu klik dan persidangan video HD.
Pemesejan segera dan kesambungan Skype Hubungi pengguna Lync lain melalui mesej segera, panggilan suara dan panggila video, dan beritahu orang lain ketersediaan anda dengan status dalam talian anda. Kongsi kehadiran, IM dan panggilan audio dengan pengguna Skype.
Perkongsian fail ringkas OneDrive for Business menyediakan storan 1 TB bagi setiap pengguna agar mereka dapat mencapai dokumen mereka di mana-mana sahaja. Kongsi fail dengan orang lain di dalam dan di luar organisasi, kawal individu yang boleh melihat dan mengedit setiap fail dan segerakkan fail secara mudah dengan PC dan peranti.
Laman pasukan Dayakan capaian mudah dan perkongsian dokumen dengan storan asas 10 GB serta 500 MB storan bagi setiap pengguna.
Peti mel laman Bantu pasukan bekerjasama dengan lebih mudah. Simpan dan kongsi e-mel dan dokumen dalam folder khusus projek jadi semua orang dalam pasukan boleh mencari maklumat yang diperlukan dengan segera.
Yammer Enterprise Pastikan idea dan kerja bersegerak dengan perangkaian sosial perusahaan yang memudahkan aktiviti kerjasama dengan individu yang betul dan hal itu disertakan dengan sokongan, keselamatan, pentadbiran dan penyepaduan lanjutan.
Office Online Cipta dan edit dokumen Word, OneNote, PowerPoint dan Excel dari pelayar.
Mobiliti Segerakkan e-mel, kalendar dan kenalan; capai laman SharePoint; lihat dan edit dokumen Office dengan Office Online menggunakan pelayar pada Windows Phone, iOS dan peranti Android. Gunakan aplikasi OneNote, OWA, Lync Mobile dan SharePoint Newsfeed pada kebanyakan peranti.2
Aplikasi untuk Office dan SharePoint Aplikasi pihak ketiga dan aplikasi binaan pelanggan yang baru berfungsi dengan Office dan SharePoint untuk membawa perkhidmatan web terus pada dokumen dan laman anda.
Semua pelan Office 365 untuk perniagaan termasuk:
Kebolehpercayaan Tenangkan minda anda dengan perkhidmatan yang tersedia dengan perjanjian aras perkhidmatan (SLA) yang mempunyai masa hidup jaminan 99.9% dan disokong secara kewangan.
Keselamatan Amalan keselamatan yang terkini dengan lima lapisan keselamatan dan pemantauan proaktif membantu memastikan keselamatan data pelanggan.
Privasi Data anda kepunyaan anda. Microsoft tidak mengimbas e-mel atau dokumen untuk tujuan pengiklanan.
Pentadbiran Portal pentadbir memberikan opsyen konfigurasi terperinci IT untuk perkhidmatan anda, sama ada dari portal dalam talian atau melalui pengurusan automatik dengan perintah PowerShell. Anda boleh menggunakan aplikasi Pentadbir untuk menguruskan perkhidmatan anda dengan segera.
Sentiasa terkini Tidak perlu membayar untuk menaik taraf versi; kemas kini termasuk dalam langganan anda. Ciri baru dikeluarkan kepada pelanggan Office 365 dalam pengalamn yang boleh dikonfigurasikan dengan IT.
Penyepaduan Active Directory Urus kelayakan dan keizinan pengguna. Pendaftaran masuk sekali dan penyegerakan dengan Active Directory.
Sokongan Sokongan telefon 24/7 bagi semua isu IT. Bagi isu yang kurang penting, anda boleh mencipta permintaan perkhidmatan terus dari portal pentadbir.
Perkhidmatan permulaan Office 365 FastTrack
Office 365 FastTrack dan tawaran penggunaan

FastTrack ialah pengalaman permulaan yang disertakan untuk pelanggan Office 365 yang layak. Pihak jurutera Microsoft membantu anda bermula menggunakan perkhidmatan Office 365 anda, membolehkan anda bermula menggunakan Office 365 dengan segera kemudian mengembangkan penggunaannya dengan mudah.

Tawaran penggunaan masa terhad: Selain FastTrack, untuk masa terhad (1 September, 2014 hingga 31 Mac, 2015), pelanggan berkelayakan yang menggunakan Office 365 akan menerima sokongan penggunaan tambahan atau menerima bayaran balik bagi perkhidmatan sokongan penggunaan yang diberikan oleh rakan kongsi IT mereka.

Ketahui selanjutnya tentang FastTrack dan tawaran penggunaan

Office 365 Enterprise E1 berfungsi dengan paling baik dengan Office yang baru, Office 2010 dan Office 2011 for Mac. Office 365 berfungsi dengan sedikit kefungsian terhad dengan Office 2007. Anda tidak memerlukan Office versi desktop untuk menggunakan Enterprise E1. Walau bagaimanapun, anda akan menerima pengalaman yang lebih beraneka dan dapat bekerja di luar talian jika anda menyambungkan Office versi desktop pada perkhidmatan Office 365.

Anda boleh membuat bayaran dengan semua kad kredit utama dan amaun langganan anda akan ditunjukkan pada penyata kad kredit anda. Anda juga mempunyai pilihan untuk menerima invois dan bergantung pada pilihan perkhidmatan anda, anda akan dihantar bil secara bulanan atau tahunan. Anda akan menerima mesej e-mel apabila invois anda sedia untuk dibaca. Jika nombor pesanan pembelian (PO) dimasukkan apabila anda membeli langganan anda, nombor tersebut akan termasuk dalam invois anda.

Bayaran komitmen tahunan tersedia untuk pelan Office 365 Enterprise. Dengan komitmen tahunan, anda mendaftar langganan satu tahun tetapi anda boleh memilih untuk membayar setiap bulan atau membayar untuk seluruh tahun pada masa anda membuat pendaftaran.

Ya, diskaun tersedia untuk pelanggan perjanjian perusahaan Office 365 (lazimnya 250+ lesen) yang ingin membeli melalui pelesenan pukal. Pakar Microsoft akan membantu anda menjelajahi opsyen pembelian untuk perusahaan besar dan membantu anda menentukan pelan yang paling sesuai untuk anda. Ketahui selanjutnya tentang pelesenan pukal. Cari pakar Microsoft.

Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa. Bagi langganan komitmen tahunan, seperti Enterprise E1, anda akan dikenakan penalti jika pembatalan dibuat sebelum kontrak anda tamat. Persetujuan Langganan Dalam Talian Microsoftyang lengkap.

Data anda milik anda. Jika anda memutuskan untuk membatalkan langganan Office 365 anda, anda boleh memuat turun data anda, seperti e-mel dan dokumen anda di laman pasukan, dan menyimpannya di lokasi lain. Anda seharusnya meyimpan data anda sebelum anda melakukan pembatalan. Selepas anda membatalkan langganan anda, data yang berkaitan dengan akaun Office 365 anda akan tersedia kepada pentadbir anda dalam akaun dengan fungsi yang terhad selama 90 hari.

Ya. Jika anda perlu menaik taraf, anda boleh memindahkan akaun anda kepada pelan lain. Contohnya, anda boleh menaik taraf daripada pelan Office 365 Business kepada pelan Office 365 Enterprise.

Dalam kebanyakan kes, anda boleh menggunakan bestari Tukar pelan dalam pusat Pentadbiran anda untuk menaik taraf pelan anda. Jika langganan anda mempunyai lebih daripada 300 orang pengguna atau jika anda menggunakan kad prabayar untuk membeli pelan anda, maka bestari Tukar pelan tidak akan tersedia. Pelan yang tidak layak untuk bestari Tukar pelan boleh dinaik taraf secara manual. Ketahui selanjutnya tentang menaik taraf pelan Office 365.

NOTA: Apabila anda menaik taraf akaun anda, nama domain anda dipindahkan kepada akaun baru anda, sama ada anda membawa nama domain anda ke akaun Office 365 atau anda menyediakan nama domain dengan Office 365.

Ya, anda boleh menggabungkan pelan Office 365. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa had produk dan lesen. Contohnya, jika anda mempunyai pelan Office 365 Business Premium dengan had 300 orang pengguna, anda boleh menggabungkannya dengan pelan Office 365 Enterprise E3, tetapi hanya untuk sehingga 300 individu dalam organisasi anda. Untuk butiran, hubungi wakil Microsoft anda.

Pakar Microsoft merupakan syarikat IT dan pembangunan terlatih yang dapat membantu anda berpindah kepada Office 365 atau membentuk penyelesaian khusus untuk perniagaan anda. Anda boleh mendapatkan senarai untuk kesemua pakar Microsoft kami dalam Microsoft Pinpoint.

Anda boleh menambahkan nama domain yang anda miliki pada Office 365 untuk mencipta alamat e-mel yang berasaskan domain. Cari pendaftar domain atau pembekal hos DNS anda. Bandingkan pengurusan domain dalam langganan Office 365.

Produk berkaitan

Office 365 ProPlus

Dapatkan alat terbaru untuk produktiviti, kerjasama, pematuhan dan BI yang berjalan dengan pantas, dengan naik taraf yang lancar.

Ketahui selanjutnya

Office 365 Business Premium

Untuk perniagaan yang memerlukan Office versi desktop yang terbaru selain perkhidmatan awan.

Ketahui selanjutnya

Office 365 Enterprise E3

Untuk perniagaan yang memerlukan kemampuan BI, e-mel dan suara yang lebih lanjut

Ketahui selanjutnya

1 Pelan yang tidak termasuk Office versi desktop berfungsi dengan versi terkini Outlook, Outlook 2010, Outlook 2007 (dengan sedikit kefungsian terhad), Outlook 2011 for Mac dan Outlook 2008 for Mac.

2 Aplikasi mudah alih ini tidak memerlukan langganan, tetapi mungkin mempunyai keperluan lain. Ketahui selanjutnya.

Tutup
  • Seting anda sentiasa mengikuti anda, jadi anda boleh terus bekerja apabila anda mendaftar masuk ke akaun anda.

    Seting anda sentiasa mengikuti anda, jadi anda boleh terus bekerja apabila anda mendaftar masuk ke akaun anda.

  • Anda sentiasa mempunyai versi aplikasi Office terkini yang anda boleh harapkan, pada desktop anda dan merentasi peranti anda.

    Anda sentiasa mempunyai versi aplikasi Office terkini yang anda boleh harapkan, pada desktop anda dan merentasi peranti anda.

  • Jimatkan masa ulang-alik. Usahakan dokumen bersama dalam masa nyata dan lihat perubahan semua orang.

    Jimatkan masa ulang-alik. Usahakan dokumen bersama dalam masa nyata dan lihat perubahan semua orang.

Tutup
  • Dari portal pentadbir yang ringkas, anda boleh menyediakan perkhidmatan anda dengan segera, daripada memuat turun perisian kepada mencipta laman web anda dan menguruskannya dengan mudah.

    Dari portal pentadbir yang ringkas, anda boleh menyediakan perkhidmatan anda dengan segera, daripada memuat turun perisian kepada mencipta laman web anda dan menguruskannya dengan mudah.

  • Tambah pengguna dengan segera. Jimatkan masa pentadbiran dan beri pengguna baru capaian pada perkhidmatan Office 365 anda dengan segera.

    Tambah pengguna dengan segera. Jimatkan masa pentadbiran dan beri pengguna baru capaian pada perkhidmatan Office 365 anda dengan segera.

  • Anda boleh menambah nama domain anda di Office 365 untuk menyesuaikan alamat e-mel dan alamat laman web anda dan membantu membentuk kehadiran dalam talian anda.

    Anda boleh menambah nama domain anda di Office 365 untuk menyesuaikan alamat e-mel dan alamat laman web anda dan membantu membentuk kehadiran dalam talian anda.

Tutup
  • Sambung dengan segera menurut cara anda dengan Lync. Mulakan sembang, semak semula agenda dan sertai mesyuarat dengan satu klik.

    Sambung dengan segera menurut cara anda dengan Lync. Mulakan sembang, semak semula agenda dan sertai mesyuarat dengan satu klik.

  • Dengan Lync Web App berasaskan pelayar, sesiapa sahaja boleh menyertai mesyuarat dalam talian, walaupun jika mereka tidak memasangkan Lync pada PC mereka.

    Dengan Lync Web App berasaskan pelayar, sesiapa sahaja boleh menyertai mesyuarat dalam talian, walaupun jika mereka tidak memasangkan Lync pada PC mereka.