Pilih pasaran bil anda:
Office 365 Business Premium menyampaikan alat dan perkhidmatan Office pada desktop anda dan di awan.
Office 365

Business Premium

Tingkatkan impak anda dan kembangkan capaian anda dengan Office dikuasai awan, iaitu alat yang mesti dimiliki bagi perniagaan hari ini.
{O365BizPremAnn|price}
pengguna/sebulan
komitmen tahunan
{O365BizPremMonth|price}
pengguna/sebulan
komitmen bulanan
Harga tidak termasuk cukai.
Office anda semasa anda memerlukannya

Office di awan membolehkan anda bekerja dari mana-mana sahaja dengan aplikasi yang sentiasa mengikuti anda, seperti Word, PowerPoint, Excel, Outlook, OneNote dan Publisher. Dokumen terbaru anda sentiasa berada di hadapan, jadi anda boleh bermula bekerja dengan segera. Storan dalam talian 1 TB dengan OneDrive for Business memastikan anda sentiasa mempunyai fail yang anda perlukan dan anda boleh berkongsinya dengan mudah.

Seorang wanita menggunakan tabletnya, dengan Office 365 Business Premium.
Dua orang lelaki di kedai runcit menggunakan Office 365 Business Premium pada tablet.
Siapkan kerja anda walau di mana jua sahaja

Anda perlu menggunakan alat Office anda tanpa mengira lokasi dan pada sebarang peranti, dan Office 365 memberi anda kefleksibelan tersebut. Capai e-mel dan mesyuarat anda serta perkhidmatan dalam talian yang lain. Cipta, edit dan kongsi fail Word, PowerPoint, Excel dan OneNote dalam talian dan ikuti perubahan semua orang dalam sesuatu fail, walaupun jika mereka membuat perubahan secara serentak.

Persediaan dan pengurusan yang mudah

Biarkan Office 365 menguruskan bahagian IT jadi anda boleh menggunakan masa anda untuk memajukan perniagaan anda. Pasang Office dengan segera dan sediakan pengguna dengan panduan langkah demi langkah. Uruskan semua perkhidmatan anda dengan mudah dalam pusat pentadbiran anda yang boleh dicapai dari mana-mana sahaja dan semak kesihatan perkhidmatan dengan segera menggunakan aplikasi Pentadbir. Bebaskan diri anda daripada kebimbangan IT. Jaminan masa berjalan sebanyak 99.9% dan rekaan berpandukan pemulihan bermaksud anda boleh bekerja tanpa gangguan atau penangguhan.

Seorang lelaki dalam perjalanan, menggunakan Office 365 Business Premium pada tabletnya.

Office 365 Business Premium disertakan:

Alat Office yang lazim:
Suit Office termasuk
Anda sentiasa mempunyai versi terkini bagi:
Microsoft Word Microsoft Excel Microsoft PowerPoint Microsoft Outlook Microsoft OneNote Microsoft Publisher Microsoft Lync
  • Catat idea anda dengan cara yang terbaik untuk anda, sama ada menggunakan papan kekunci, pen atau skrin sentuh.
  • Formatkan maklumat dalam Excel secara mudah dengan alat yang mengecam corak anda dan melengkapkan data secara automatik.
  • Gabungkan kandungan daripada PDF dengan mudah untuk mencipta dokumen Word tersendiri yang kelihatan hebat.
  • Reka bahan pemasaran tersuai yang memenuhi keperluan jenama dan pelanggan anda.
Office pada lebih banyak peranti
Nikmati pengalaman Office yang konsisten dan biasa pada PC, Mac, tablet Windows, iPad®dan kebanyakan peranti mudah alih.
Office menyokong PC dan tablet Windows yang menjalankan Windows 7 atau lebih baru dan Mac dengan Mac OS X 10.6 atau lebih baru. Office for iPad boleh dipasangkan pada iPad yang menjalankan versi 7.0 atau lebih baru. Untuk mendapatkan maklumat tentang peranti mudah alih, sila lawati www.office.com/mobile.
Tambah perkhidmatan dalam talian berikut:
E-mel dan kalendar Gunakan e-mel kelas perniagaan melalui pengalaman Outlook beraneka dan lazim yang boleh dicapai dari desktop anda atau dari pelayar web menggunakan Outlook Web App. Dapatkan peti meil bersaiz 50 GB bagi setiap pengguna dan hantar lampiran yang bersaiz sehingga 25 MB.
Persidangan dalam talian Hos mesyuarat dalam talian dengan audio dan video menggunakan perkongsian skrin satu klik dan persidangan video HD.
Pemesejan segera dan kesambungan Skype Hubungi pengguna Lync lain melalui mesej segera, panggilan suara dan panggila video, dan beritahu orang lain ketersediaan anda dengan status dalam talian anda. Kongsi kehadiran, IM dan panggilan audio dengan pengguna Skype.
Yammer Enterprise Pastikan idea dan kerja bersegerak dengan perangkaian sosial perusahaan yang memudahkan aktiviti kerjasama dengan individu yang betul dan hal itu disertakan dengan sokongan, keselamatan, pentadbiran dan penyepaduan lanjutan.
Perkongsian fail ringkas OneDrive for Business menyediakan 1 TB storan kepada setiap pengguna, mereka boleh mencapai dokumen mereka di mana-mana sahaja. Kongsi fail dengan orang lain di dalam dan di luar organisasi, kawal individu yang boleh melihat dan mengedit setiap fail dan segerakkan fail secara mudah dengan PC dan peranti.
Laman pasukan Dayakan capaian mudah dan perkongsian dokumen dengan storan asas 10 GB serta 500 MB storan bagi setiap pengguna.
Semua pelan Office 365 untuk perniagaan termasuk:
Kebolehpercayaan Tenangkan minda anda dengan perkhidmatan yang tersedia dengan perjanjian aras perkhidmatan (SLA) yang mempunyai masa hidup jaminan 99.9% dan disokong secara kewangan.
Keselamatan Data anda milik anda. Kami melindunginya dan melindungi privasi anda.
Pentadbiran Edar dan uruskan Office 365 merentasi syarikat anda, tidak memerlukan kepakaran IT. Anda boleh menambah dan mengalih keluar pengguna dengan segera.
Sentiasa terkini Tidak perlu membayar untuk naik taraf versi; kemas kini disertakan dalam langganan anda. Ciri baru dikeluarkan kepada pelanggan Office 365 secara tetap.
Penyepaduan Active Directory Urus kelayakan dan keizinan pengguna. Daftar masuk tunggal dan penyegerakan dengan Active Directory.
Sokongan Sokongan Microsoft memberikan jawapan melalui telefon dan dalam talian, sumber cara dan sambungan dengan pelanggan Office 365 lain untuk persediaan dan pembaikan segera.

Office 365 Business Premium menyokong 300 pengguna maksimum. Jika anda mempunyai lebih daripada 300 pengguna atau anda berpendapat bilangan akan bertambah kemudian, sila semak opsyen pelan lain.

Anda boleh membuat bayaran dengan semua kad kredit utama dan amaun langganan anda akan ditunjukkan pada penyata kad kredit anda. Anda boleh memilih untuk menerima invois. Bergantung pada pilihan perkhidmatan anda, anda akan menerima bil secara bulanan atau tahunan. Anda akan menerima mesej e-mel apabila invois anda sedia untuk dibaca dan jika nombor pesanan pembelian (PO) dimasukkan apabila anda membeli langganan anda, nombor tersebut akan disertakan dalam invois anda.

Anda boleh memilih bayaran bulanan atau bayaran tahunan untuk Office 365 Business Premium.
  • Bayaran komitmen bulanan: Anda membayar secara bulanan dan anda boleh membuat pembatalan pada bila-bila masa.
  • Bayaran komitmen tahunan: Anda mendaftar untuk langganan tahunan tetapi anda boleh memilih untuk membayar secara bulanan atau membayar untuk seluruh tahun pada masa anda mendaftar. Anda akan menikmati diskaun jika menggunakan opsyen pembayaran ini.

Office 365 Business Premium menyokong Windows Vista dan Windows XP untuk kebanyakan kefungsian berasaskan web. Walau bagaimanapun, ia tidak menyokong aktiviti muat turun dan penggunaan perisian Office versi terkini. Anda tidak boleh menggantikan Office 2010 untuk versi terkini. Anda boleh menyambungkan perisian Office 2010 atau Office 2007 yang sedia ada pada perkhidmatan Office 365. Akan tetapi, jika anda menggunakan Windows Vista atau Windows XP, anda tidak boleh memasang perisian Office 365 Business Premium dan anda tidak boleh menggantikan perisian Office 365 Business Premium dengan muat turun Office 2010.

Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa. Langganan Office 365 Business Premium tersedia untuk bayaran bulanan atau tahunan. Untuk langganan komitmen bulanan, anda tidak akan dikenakan penalti jika anda membatalkan kontrak anda pada bila-bila masa. Langganan komitmen tahunan dengan bayaran bulanan akan dikenakan penalti jika pembatalan awal dibuat. Langganan komitmen tahunan yang membuat bayaran pendahuluan tidak akan menerima bayaran balik jika pembatalan dibuat sebelum tempoh tamat kontrak. Baca Persetujuan Langganan Dalam Talian Microsoft.

Data anda milik anda. Jika anda memutuskan untuk membatalkan langganan Office 365 anda, anda boleh memuat turun data anda, seperti e-mel dan dokumen anda pada laman pasukan, dan menyimpannya di lokasi lain. Anda seharusnya menyimpan data anda sebelum anda melakukan pembatalan. Selepas anda membatalkan langganan anda, data yang berkaitan dengan akaun Office 365 anda akan tersedia kepada pentadbir anda dalam akaun dengan fungsi yang terhad selama 90 hari.

Ya, jika anda perlu menaik taraf, anda boleh memindahkan akaun anda kepada pelan lain. Contohnya, anda boleh menaik taraf daripada pelan Office 365 Business kepada pelan Office 365 Enterprise.

Dalam kebanyakan kes, anda boleh menggunakan bestari Tukar pelan di Pusat pentadbiran anda untuk menaik taraf pelan anda. Jika langganan anda mempunyai lebih daripada 300 pengguna atau jika anda menggunakan kad prabayar untuk membeli pelan anda, maka bestari Tukar pelan tidak tersedia. Pelan yang tidak layak untuk bestari Tukar pelan boleh dinaik taraf secara manual. Ketahui selanjutnya tentang menaik taraf pelan Office 365.

NOTA: Apabila anda menaik taraf akaun anda, nama domain anda dipindahkan pada akaun baru anda, sama ada anda menggunakan nama domain anda pada akaun Office 365 atau anda menyediakan nama domain dengan Office 365.

Ya, anda boleh menggabungkan pelan Office 365. Walau bagaimanapun, terdapat had produk dan lesen. Contohnya, jika anda menggunakan pelan Office 365 Business Premium yang mempunyai had 300 pengguna, anda boleh menggabungkannya dengan pelan Office 365 Enterprise E3, tetapi hanya untuk sehingga 300 individu dalam organisasi anda. Untuk butiran, hubungi wakil Microsoft anda.

Anda boleh menambahkan nama domain yang anda miliki pada Office 365 untuk mencipta alamat e-mel yang berasaskan domain. Cari pendaftar domain atau pembekal hos DNS anda. Bandingkan pengurusan domain dalam langganan Office 365.

Pakar Microsoft merupakan syarikat IT dan pembangunan terlatih yang dapat membantu anda berpindah kepada Office 365 atau membentuk penyelesaian khusus untuk perniagaan anda. Anda boleh mendapatkan senarai untuk kesemua pakar Microsoft kami dalam Microsoft Pinpoint.

Capaian Internet diperlukan untuk memasang dan mengaktifkan semua pelan Office 365 dan untuk mengurus akaun langganan anda. Sambungan Internet juga diperlukan untuk mencapai perkhidmatan produktiviti awan Office 365 termasuk e-mel, persidangan, pengurusan IT dan perkhidmatan lain.

Banyak pelan Office 365 juga disertakan Office versi desktop, contohnya Office 365 Business Premium dan Office 365 Enterprise E3. Salah satu faedah aplikasi Office versi desktop ialah anda boleh bekerja di luar talian dan yakin bahawa apabila anda menyambung ke Internet, kesemua kerja anda akan disegerakkan secara automatik, jadi anda tidak perlu bimbang tentang masalah kerja anda tidak dikemas kini. Office versi desktop anda juga dikemas kini dan dinaik taraf secara automatik apabila anda disambungkan ke Internet, jadi anda sentiasa mempunyai peralatan terkini untuk membantu kerja anda. Bandingkan pelan Office 365.

"Awan" ialah cara yang mesra untuk memerihalkan perkhidmatan pengkomputeran berasaskan web yang dihoskan di luar organisasi anda. Apabila anda menggunakan perkhidmatan berasaskan awan, anda tidak akan menguruskan infrastruktur IT anda (di luar premis), infrastruktur IT anda akan diselenggarakan oleh pihak ketiga (berhos) dan tidak akan terletak pada pelayan di rumah atau perniagaan anda (pada premis) yang anda selenggarakan. Dengan Office 365, storan maklumat, pengkomputeran dan perisian terletak dan diuruskan secara jauh pada pelayan yang dimiliki oleh Microsoft. Banyak perkhidmatan yang anda gunakan harian adalah sebahagian daripada awan, hal ini termasuk semua perkara seperti e-mel berasaskan web, perbankan mudah alih dan storan gambar dalam talian. Oleh sebab infrastruktur ini terletak dalam talian atau “di awan,” anda boleh mencapainya dari mana-mana sahaja, dari desktop, PC, komputer riba, tablet, telefon pintar atau peranti lain dengan sambungan Internet.

Pelan Office 365 Small Business Premium dan Office 365 Midsize Business telah digantikan dengan pelan baru yang dipanggil “Office 365 Business Premium.” Office 365 Business Premium menggabungkan ciri dan perkhidmatan yang terbaik ke dalam satu pelan, dengan pengguna maksimum sebanyak 300 orang.

Produk berkaitan
Seorang lelaki bekerja menggunakan komputer riba, dengan Exchange Online.

Exchange Online

E-mel dan kalendar kelas perniagaan berhos yang boleh dicapai merentasi peranti anda.

Ketahui selanjutnya

Office 365 Business Essentials

Office 365 Business Essentials

Untuk perniagaan yang menginginkan perkhidmatan awan tanpa langganan Office versi desktop.

Ketahui selanjutnya

Seorang lelaki dan wanita pada meja persidangan, menggunakan Office 365 Enterprise pada komputer riba mereka.

Office Enterprise E3

Dapatkan suit Office terkini dan perkhidmatan perusahaan lanjutan yang boleh digunakan walau di mana jua anda berada dan mengikut gerak hati anda.

Ketahui selanjutnya

1Publisher: Program dan/atau ciri klien Windows PC sahaja ; tidak boleh digunakan merentasi peranti. OneNote for Mac tersedia sebagai muat turun berasingan dari Mac App Store. Aplikasi Lync yang disertakan dengan Office 365 Business Essentials, Office 365 Business Premium dan Office 365 Enterprise E1 tidak termasuk kemampuan PSTN yang tersedia dalam versi yang disertakan dengan Office 365 ProPlus dan Office 365 Enterprise E3.

iPad dan iPhone ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.
Tutup
  • Seting anda sentiasa mengikuti anda, jadi anda boleh terus bekerja apabila anda mendaftar masuk ke akaun anda.

    Seting anda sentiasa mengikuti anda, jadi anda boleh terus bekerja apabila anda mendaftar masuk ke akaun anda.

  • Anda sentiasa mempunyai versi aplikasi Office terkini yang anda boleh harapkan, pada desktop anda dan merentasi peranti anda.

    Anda sentiasa mempunyai versi aplikasi Office terkini yang anda boleh harapkan, pada desktop anda dan merentasi peranti anda.

  • Jimatkan masa ulang-alik. Usahakan dokumen bersama dalam masa nyata dan lihat perubahan semua orang.

    Jimatkan masa ulang-alik. Usahakan dokumen bersama dalam masa nyata dan lihat perubahan semua orang.

Tutup
  • Dari portal pentadbir yang ringkas, anda boleh menyediakan perkhidmatan anda dengan segera, daripada memuat turun perisian kepada mencipta laman web anda dan menguruskannya dengan mudah.

    Dari portal pentadbir yang ringkas, anda boleh menyediakan perkhidmatan anda dengan segera, daripada memuat turun perisian kepada mencipta laman web anda dan menguruskannya dengan mudah.

  • Tambah pengguna dengan segera. Jimatkan masa pentadbiran dan beri pengguna baru capaian pada perkhidmatan Office 365 anda dengan segera.

    Tambah pengguna dengan segera. Jimatkan masa pentadbiran dan beri pengguna baru capaian pada perkhidmatan Office 365 anda dengan segera.

  • Anda boleh menambah nama domain anda di Office 365 untuk menyesuaikan alamat e-mel dan alamat laman web anda dan membantu membentuk kehadiran dalam talian anda.

    Anda boleh menambah nama domain anda di Office 365 untuk menyesuaikan alamat e-mel dan alamat laman web anda dan membantu membentuk kehadiran dalam talian anda.

Tutup
  • Sambung dengan segera menurut cara anda dengan Lync. Mulakan sembang, semak semula agenda dan sertai mesyuarat dengan satu klik.

    Sambung dengan segera menurut cara anda dengan Lync. Mulakan sembang, semak semula agenda dan sertai mesyuarat dengan satu klik.

  • Dengan Lync Web App berasaskan pelayar, sesiapa sahaja boleh menyertai mesyuarat dalam talian, walaupun jika mereka tidak memasangkan Lync pada PC mereka.

    Dengan Lync Web App berasaskan pelayar, sesiapa sahaja boleh menyertai mesyuarat dalam talian, walaupun jika mereka tidak memasangkan Lync pada PC mereka.