Soalan Lazim Office 365 untuk perniagaan

  • Soalan teratas
    "Office 365" merujuk kepada pelan langganan yang disertakan capaian pada aplikasi Office dan perkhidmatan produktiviti lain yang didayakan melalui Internet (perkhidmatan awan), seperti persidangan web Lync dan e-mel untuk perniagaan yang berhos Exchange Online serta storan dalam talian tambahan dengan OneDrive dan minit dunia Skype untuk rumah.
    Kebanyakan pelan Office 365 juga termasuk versi desktop aplikasi terkini Office yang boleh dipasang pada berbilang komputer dan peranti. Pelan Office 365 yang hanya dalam talian sahaja merupakan pilihan terbaik untuk keperluan sesetengah perniagaan dan serasi dengan versi desktop versi terkini Office, Office 2010, Office 2007 (dengan sedikit kefungsian terhad), Office 2011 for Mac dan Office 2008 for Mac.
    Semua pelan Office 365 dibayar berdasarkan langganan sama ada bulanan atau tahunan.
    "Microsoft Office" merupakan nama yang kami masih gunakan untuk perisian produktiviti yang dikenali. Dari dahulu suit Office mempunyai aplikasi seperti Word, Excel, PowerPoint dan Outlook. Semua suit Office baru (sebagai contoh, Office Standard 2013) termasuk versi terkini aplikasi-aplikasi ini. Suit ini boleh dipasang pada hanya satu PC dan tidak mempunyai perkhidmatan berdasarkan awan yang termasuk dalam Office 365.
    Office 365 berfungsi sebaik-baiknya dengan versi terkini Office, Office 2010 dan Office 2011 for Mac. Office 365 berfungsi dengan sedikit kefungsian terhad dengan Office 2007. Jika anda mempunyai edisi lama Office, anda perlu menaik taraf kepada versi terkini Office supaya Office 365 dapat digunakan; atau anda boleh melanggan mana-mana pelan Office 365 yang mempunyai versi terkini Office. Dengan langganan anda, selain mendapat versi terkini Office, anda juga akan mendapat kemas kini automatik supaya Office anda sentiasa dikemas kini. Membandingkan pelan.
    Capaian Internet diperlukan untuk memasang dan mengaktifkan semua pelan Office 365 dan untuk mengurus akaun langganan anda. Sambungan Internet juga diperlukan untuk mencapai perkhidmatan produktiviti awan Office 365 termasuk e-mel, persidangan, pengurusan IT dan perkhidmatan lain.
    Banyak pelan Office 365 juga disertakan Office versi desktop, contohnya Office 365 Business Premium dan Office 365 Enterprise E3. Salah satu faedah aplikasi Office versi desktop ialah anda boleh bekerja di luar talian dan yakin bahawa apabila anda menyambung ke Internet, kesemua kerja anda akan disegerakkan secara automatik, jadi anda tidak perlu bimbang tentang masalah kerja anda tidak dikemas kini. Office versi desktop anda juga dikemas kini dan dinaik taraf secara automatik apabila anda disambungkan ke Internet, jadi anda sentiasa mempunyai peralatan terkini untuk membantu kerja anda. Bandingkan pelan Office 365.
    "Awan" merupakan cara mesra untuk menggambarkan perkhidmatan pengkomputeran berdasarkan web yang dihos luar daripada organisasi anda. Apabila anda menggunakan perkhidmatan berdasarkan awan, infrastruktur IT anda terletak luar dari kawasan anda (luar premis) dan diurus oleh pihak ketiga (dihos), dan bukan terletak pada pelayan di rumah atau perniagaan anda (pada premis) yang anda uruskan. Sebagai contoh, dengan Office 365, ruang maklumat, pengkomputeran dan perisian diuruskan secara terpencil pada pelayan yang dimiliki oleh Microsoft. Kebanyakan perkhidmatan yang anda gunakan hari ini merupakan sebahagian daripada awan—kesemuanya daripada e-mel berdasarkan web kepada perbankan mudah alih dan storan gambar dalam talian. Disebabkan infrastruktur ini berada dalam talian atau "dalam awan", anda boleh mencapainya secara maya di mana-mana sahaja, dari PC, tablet, telefon pintar atau peranti lain dengan sambungan Internet.
    Office 365 boleh diskalakan dan boleh menyokong perniagaan perseorangan hingga syarikat dengan puluhan ribu pengguna:
    • Pelan Office 365 Business paling sesuai untuk syarikat dengan satu hingga 300 pengguna.
    • Office 365 Enterprise sesuai bagi organisasi bersaiz daripada seorang pekerja kepada 50,000 pengguna.
    Anda boleh membandingkan semua opsyen di sini.
    Office menawarkan aplikasi berikut:
    • Office for iPad®: Lihat, cipta dan edit dokumen dengan aplikasi Word, Excel dan PowerPoint yang mesra sentuhan. Anda boleh bergantung pada Office for iPad untuk memastikan kandungan dan pemformatan anda tidak berubah agar dokumen akan kelihatan sama apabila anda menggunakan PC atau Mac anda. Dalam Word, tambah komen atau jejak perubahan apabila anda bekerja bersama-sama orang lain. Semak dan kemas kini hamparan Excel dan tambah formula atau carta dengan mudah. Buat perubahan pada persembahan PowerPoint dan tunjukkannya secara wayarles pada skrin besar.

      Anda boleh melihat dokumen secara percuma dengan Office for iPad. Pengeditan dan penciptaan dokumen memerlukan langganan Office 365 yang sah: Office 365 Home, Office 365 Personal, Office 365 University, Office 365 Business, Office 365 Business Premium, Office 365 Enterprise, Office 365 Enterprise E3 dan E4 (Harga Kerajaan), Office 365 Government E3 dan E4, Office 365 Education E3 dan E4 for Students, Office 365 Education E3 dan E4 for Faculty, Office 365 ProPlus atau Office 365 University.

    • Office Mobile: Office Mobile diprapasang pada Windows Phone 8 dan tersedia untuk model iPhone® dan telefon Android yang terpilih. Office Mobile menawarkan keupayaan pemaparan kandungan Office dan pengeditan kandungan segera yang hebat. Anda boleh bergantung pada Office Mobile untuk mengekalkan kandungan dan pemformatan anda agar dokumen akan kelihatan sama apabila anda menggunakan semula PC atau Mac. Office Mobile untuk iPhone dan telefon Android boleh digunakan secara percuma untuk penggunaan bukan komersial, anda cuma perlu memuat turun aplikasi dari gedung pada telefon anda.

      Untuk mengedit atau mencipta dokumen atau untuk mencapai dokumen yang disimpan dalam SharePoint dan OneDrive for Business pada premis, anda mestilah mempunyai pelan Office 365 yang layak: Office 365 Business, Office 365 Business Premium, Office 365 Enterprise, Office 365 Enterprise E3 dan E4 (Harga Kerajaan), Office 365 Government E3 dan E4, Office 365 Education E3 dan E4 for Students, Office 365 Education E3 dan E4 for Faculty, Office 365 ProPlus dan Office 365 University.

    • Outlook Mobile: Windows Phone 8 disertakan versi Outlook prapasang yang boleh digunakan untuk mencapai Outlook.com, Office 365 atau e-mel Exchange.
    • OneNote: Anda boleh menggunakan aplikasi mudah alih OneNote untuk mencapai nota anda semasa dalam perjalanan. Aplikasi ini tersedia pada Windows Phone 8, iPhone, iPad dan telefon Android.
    • OWA: Jika anda ada langganan Office 365 yang disertakan Exchange Online, anda boleh menggunakan aplikasi OWA untuk mengisih, mengimbas dan membalas e-mel, dan mengikuti jadual anda. Aplikasi ini tersedia pada iPhone dan iPad.
    • Lync Mobile: Jika organisasi anda menggunakan versi Lync terkini, anda boleh menggunakan aplikasi mudah alih Lync untuk kekal terhubung apabila anda menggunakan peranti mudah alih anda. Aplikasi ini tersedia pada Windows Phone 8, iPhone, iPad dan telefon Android.
    • SharePoint Newsfeed: Jika organisasi anda menggunakan versi SharePoint terkini, anda boleh menggunakan aplikasi SharePoint Newsfeed untuk mencapai suapan berita anda dari peranti mudah alih anda. Aplikasi ini tersedia pada Windows Phone 8, iPhone dan iPad.
    Office 365 ditawarkan dalam beberapa negara/rantau dan bahasa. Jika nama negara/rantau anda tidak tersenarai dalam senarai, hal ini bermakna kami belum melancarkan Office 365 versi pasaran negara/rantau anda. Kami akan terus melancarkan Office 365 dalam pasaran baru dan akan mengumumkannya apabila kami melancarkan Office 365 dalam mana-mana pasaran baru.
    Mari bermula
    Anda tidak perlu memasang apa-apa untuk menggunakan Office 365.
    Untuk membantu anda menyambungkan dengan mudah versi desktop versi terkini Office, Office 2010 atau Office 2007 kepada Office 365, Microsoft membekalkan pelanggan Office 365 perisian mudah pasang yang bernama "Persediaan Desktop Office" secara percuma.
    Persediaan Desktop Office menawarkan banyak faedah, termasuk:
    • Mengesan kemas kini yang penting secara automatik.
    • Memasang kemas kini dan komponen sebaik sahaja mendapat kebenaran atau secara senyap dari baris perintah.
    • Mengkonfigurasi secara automatik Outlook dan Microsoft Lync untuk kegunaan dengan Microsoft Office 365.
    • Persediaan Desktop Office akan dibuang pemasangannya daripada komputer klien setelah perisian itu dijalankan.
    Anda boleh menjumpai dan memasang Persediaan Desktop Office pada pusat pentadbiran Office 365 anda.

    Jika pelan anda merangkumi langganan untuk Office, anda juga boleh memasangnya terus daripada pusat pentadbiran Office 365.
    Anda boleh menambahkan nama domain yang anda miliki pada Office 365 untuk mencipta alamat e-mel yang berasaskan domain. Cari pendaftar domain atau pembekal hos DNS anda. Bandingkan pengurusan domain dalam langganan Office 365.
    Ya. Jika anda membeli lesen Office 365 untuk akaun yang anda cipta semasa percubaan percuma anda, maklumat dan konfigurasi untuk akaun pengguna ini akan kekal. Sebaik sahaja percubaan percuma anda tamat, anda tidak boleh lagi terus menggunakan Office 365 secara percuma. Anda mempunyai masa tambahan sebanyak 30 hari untuk membeli Office 365 sebelum maklumat akaun anda dipadam. Sebaik sahaja maklumat akaun percubaan anda dipadam, maklumat ini tidak boleh didapatkan semula.
    Harga dan sokongan
    Anda boleh membayar dengan semua kad kredit major dan jumlah langganan anda akan muncul pada penyata kad kredit anda. Untuk Office 365 Enterprise, Office 365 Business dan pelan kendiri, anda boleh memilih untuk menerima invois. Bergantung pada pilihan anda, anda akan menerima bil secara bulanan atau tahunan. Anda akan menerima e-mel apabila invois anda tersedia dan jika nombor pesanan belian (PO) dimasukkan apabila anda membeli langganan, nombor itu akan termasuk dalam invois anda.
    Untuk memberi pelanggan kefleksibelan yang tertinggi, kami menyediakan opsyen bayaran yang berbeza.
    Pelan Office 365 Business, Business Essentials dan Business Premium tersedia untuk bayaran komitmen bulanan atau tahunan.
    • Bayaran komitmen bulanan: Anda membayar secara bulanan dan anda boleh membuat pembatalan pada bila-bila masa.
    • Bayaran komitmen tahunan: Anda mendaftar untuk langganan tahunan tetapi anda boleh memilih untuk membayar secara bulanan atau membayar untuk seluruh tahun pada masa anda mendaftar. Anda akan menikmati diskaun jika menggunakan opsyen pembayaran ini.
    Pelan Office 365 Enterprise (termasuklah pelan Enterprise seperti Exchange Online) dan Office 365 ProPlus tersedia untuk bayaran komitmen tahunan.
    • Bayaran komitmen tahunan: Anda mendaftar untuk langganan tahunan tetapi anda boleh memilih untuk membayar secara bulanan atau membayar untuk seluruh tahun pada masa anda mendaftar.
    Ya, diskaun tersedia untuk pelanggan persetujuan perniagaan Office 365 (selalunya 250+ lesen) yang ingin membeli melalui pelesenan volum. Seorang pakar Microsoft boleh membantu anda mempelajari opsyen pembelian untuk perniagaan besar dan membantu anda menentukan pilihan yang terbaik buat anda. Ketahui lebih lanjut tentang pelesenan volum. Cari pakar Microsoft.

    Ya, jika anda perlu menaik taraf, anda boleh memindahkan akaun anda kepada pelan lain. Contohnya, anda boleh menaik taraf daripada pelan Office 365 Business kepada pelan Office 365 Enterprise.

    Dalam kebanyakan kes, anda boleh menggunakan bestari Tukar pelan di Pusat pentadbiran anda untuk menaik taraf pelan anda. Jika langganan anda mempunyai lebih daripada 300 pengguna atau jika anda menggunakan kad prabayar untuk membeli pelan anda, maka bestari Tukar pelan tidak tersedia. Pelan yang tidak layak untuk bestari Tukar pelan boleh dinaik taraf secara manual. Ketahui selanjutnya tentang menaik taraf pelan Office 365.

    NOTA: Apabila anda menaik taraf akaun anda, nama domain anda dipindahkan pada akaun baru anda, sama ada anda menggunakan nama domain anda pada akaun Office 365 atau anda menyediakan nama domain dengan Office 365.

    Ya, anda boleh menggabungkan pelan Office 365. Walau bagaimanapun, terdapat had produk dan lesen. Contohnya, jika anda menggunakan pelan Office 365 Business Premium yang mempunyai had 300 pengguna, anda boleh menggabungkannya dengan pelan Office 365 Enterprise E3, tetapi hanya untuk sehingga 300 individu dalam organisasi anda. Untuk butiran, hubungi wakil Microsoft anda.
    Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, bergantung pada produk dan jenis langganan anda, anda akan dikenakan penalti jika anda melakukan pembatalan sebelum penamatan kontrak anda.Untuk langganan komitmen bulanan, anda tidak akan dikenakan penalti jika anda membatalkan kontrak anda pada bila-bila masa. Langganan komitmen tahunan dengan bayaran bulanan akan dikenakan penalti jika pembatalan awal dibuat. Langganan komitmen tahunan yang membuat bayaran pendahuluan tidak akan menerima bayaran balik jika pembatalan dibuat sebelum tempoh tamat kontrak. Baca Persetujuan Langganan Dalam Talian Microsoft.
    Data anda milik anda. Jika anda memutuskan untuk membatalkan langganan Office 365 anda, anda boleh memuat turun data anda, seperti e-mel dan dokumen anda pada laman pasukan, dan menyimpannya di lokasi lain. Anda seharusnya menyimpan data anda sebelum anda melakukan pembatalan. Selepas anda membatalkan langganan anda, data yang berkaitan dengan akaun Office 365 anda akan tersedia kepada pentadbir anda dalam akaun dengan fungsi yang terhad selama 90 hari.
    Pergi sini untuk menukar kata laluan anda.
    Office 365 Business, Business Essentials dan Business Premium menyokong Windows Vista dan Windows XP untuk kebanyakan kefungsian berasaskan web. Walau bagaimanapun, ia tidak menyokong aktiviti muat turun dan penggunaan perisian versi Office terkini dan anda tidak boleh menggantikan Office 2010 untuk versi terkini. Anda boleh menyambungkan perisian Office 2010 atau Office 2007 yang sedia ada pada perkhidmatan Office 365. Akan tetapi, jika anda menggunakan Windows Vista atau Windows XP, anda tidak boleh memasang perisian Office 365 Business, Business Essentials dan Business Premium, dan anda tidak boleh menggantikan perisian Office 365 Business, Business Essentials atau Business Premium dengan muat turun Office 2010.
    Pakar Microsoft merupakan syarikat IT dan pembangunan terlatih yang dapat membantu anda berpindah kepada Office 365 atau membentuk penyelesaian khusus untuk perniagaan anda. Anda boleh mendapatkan senarai untuk kesemua pakar Microsoft kami dalam Microsoft Pinpoint.
    Office 365 Small Business telah ditukar nama kepada Office 365 Business Essentials. Office 365 Business Essentials merangkumi semua ciri pelan Office 365 Small Business, disertakan tambahan dan pembaikan. Contohnya, Active Directory telah ditambahkan pada Office 365 Business Essentials dan bilangan pengguna yang maksimum telah ditingkatkan daripada 25 kepada 300.
    Pelan Office 365 Small Business Premium dan Office 365 Midsize Business telah digantikan dengan pelan baru yang dipanggil “Office 365 Business Premium.” Office 365 Business Premium menggabungkan ciri dan perkhidmatan yang terbaik ke dalam satu pelan, dengan pengguna maksimum sebanyak 300 orang.
    Soalan Lazim Office 365 Nonprofit
    Maklumat, tawaran dan arahan pendaftaran
    Tawaran sejagat ini direka untuk membantu organisasi bukan untuk keuntungan dan NGO melakukan lebih banyak kerja amal. Selain itu, ia memberi pelanggan yang layak capaian pada Office 365, iaitu alat produktiviti dan kerjasama berasaskan awan yang terbaik daripada Microsoft. Organisasi bukan untuk keuntungan boleh mengetahui maklumat lanjut, menyemak kelayakan mereka dan memohon sumbangan dengan melawati www.microsoft.com/office365nonprofits.
    Office 365 Nonprofit tersedia di lebih daripada 90 negara. Untuk melihat senarai negara yang tersedia setakat ini, sila lawati http://www.microsoft.com/office365nonprofits#countries.
    Yammer disertakan dalam tawaran Nonprofit E1 dan E3 tetapi tiada pada tawaran Nonprofit Business Essentials dan Business Premium. Semua ciri dan perkhidmatan perisian yang disertakan dalam tawaran Enterprise dan Business juga disertakan dalam tawaran Nonprofit, dengan pengecualian hak capaian duaan.
    Ikuti langkah berikut:
    1. Tuju ke Halaman Office 365 Nonprofit.
    2. Klik pada pautan Bermula dengan sumbangan melalui percubaan PERCUMA.
    3. Klik pada butang hijau Office 365 Nonprofit E3 yang menunjukkan Percubaan PERCUMA.
    4. Sediakan akaun anda dan sahkan bahawa anda merupakan ahli gabungan organisasi bukan untuk keuntungan anda.
    5. Pendaftaran percubaan akan mengumpulkan maklumat yang diperlukan untuk menjalankan pengesahihan bagi organisasi anda sebagai organisasi bukan untuk keuntungan yang layak. Lihat seksyen Kelayakan dan pengesahihan pada Soalan Lazim Office 365 Nonprofit.
    6. Semasa percubaan, tuju ke tab Pengurusan Lesen pada portal pentadbir untuk menguntukkan sehingga 25 orang pengguna.
    7. Anda akan menerima e-mel yang mengesahkan atau menolak kelayakan anda sebagai organisasi bukan untuk keuntungan yang sah. Jika anda menghampiri penghujung percubaan 30 hari anda dan masih belum menerima notis pengesahan kelayakan anda daripada Office 365, sila hubungi sokongan pelanggan.
    8. Jika kelayakan disahkan, tawaran Office 365 Nonprofit akan tersedia dalam portal pentadbir Office 365.
    9. Tuju ke tab Pengurusan Lesen dalam portal pentadbir untuk menguntukkan semula pengguna percubaan anda kepada mana-mana tawaran Office 365 Nonprofit, termasuklah sumbangan tawaran E1 dan Business Essentials. Anda juga boleh menguntukkan pengguna tambahan pada tawaran Nonprofit.
    Anda tidak akan dikenakan caj secara automatik bagi tawaran percubaan selepas percubaan percuma tamat tempoh. Jika anda tidak mengambil tindakan selepas percubaan anda tamat tempoh, anda cuma tidak dapat mencapai Office 365, dan anda mempunyai tempoh tambahan 30 hari untuk mengambil tindakan sebelum maklumat akaun anda dipadam. Pelanggan yang masih belum menerima keputusan pengesahihan selepas percubaan percuma tamat tempoh boleh menghubungi sokongan pelanggan untuk melanjutkan tempoh percubaan. Setelah organisasi anda disahkan sebagai organisasi bukan untuk keuntungan yang layak, anda boleh memilih untuk menguntukkan semula pengguna anda pada mana-mana tawaran Office 365 Nonprofit, termasuklah sumbangan tawaran E1 dan Business Essentials.
    Sesetengah pelan Office 365 tidak disertakan dalam program Office 365 Nonprofit. Setelah sesebuah organisasi mempunyai penyewa bukan untuk keuntungan, mereka tidak boleh memperoleh pelan tersebut. Namun, jika merujuk kepada pelan kendiri, ciri atau muatan kerja tersebut biasanya disertakan dalam salah satu tawaran program Office 365 Nonprofit seperti sumbangan tawaran Office 365 Nonprofit E1 atau tawaran Office 365 Nonprofit E3 yang diberi diskaun. Kami mungkin mengembangkan tawaran Office 365 Nonprofit pada masa depan tetapi kami tidak merancang untuk berbuat demikian sekarang.
    Tidak. Pelanggan yang telah layak menerima tawaran Office 365 Nonprofit hanya boleh membeli tawaran Office 365 Nonprofit pada masa akan datang.
    Pelanggan Nonprofit seharusnya menggunakan saluran sokongan yang standard untuk Office 365. Butiran pada opsyen sokongan Office 365 tersedia di sini.
    Kelayakan dan pengesahihan
    Organisasi yang layak: Organisasi bukan untuk keuntungan mestilah diiktiraf sebagai organisasi amal di negara mereka agar layak menerima Program Microsoft Nonprofit. Organisasi yang layak juga mesti beroperasi berdasarkan pada asas bukan untuk keuntungan dan dengan misi untuk memanfaatkan komuniti setempat, yang boleh termasuk tetapi tidak terhad kepada:
    • Memberi bantuan kepada golongan miskin.
    • Mengembangkan pendidikan.
    • Meningkatkan kebajikan sosial.
    • Memelihara budaya.
    • Memelihara atau memuliharakan persekitaran.
    • Memperjuangkan hak manusia.
    • Memupuk masyarakat sivil.

    Untuk butiran terperinci tentang kriteria kelayakan dan pautan ke kritiria kelayakan untuk negara yang khusus, lawati Halaman Kelayakan Kewarganegaraan Korporat.

    Untuk disahkan sebagai organisasi bukan untuk keuntungan yang layak, anda mesti mendaftar untuk tawaran percubaan Nonprofit E3 atau tawaran percubaan Nonprofit Business Premium dan memberikan maklumat asas organisasi untuk memulakan proses pengesahihan. Pendaftaran versi percubaan tidak akan menyebabkan anda menanggung tawaran berbayar. Organisasi yang layak mestilah mempunyai status amal yang diiktiraf sebagaimana ditentukan di negara mereka agar layak. Organisasi yang layak mestilah beroperasi berdasarkan pada asas bukan untuk keuntungan dan dengan misi untuk memanfaatkan komuniti setempat. Jika sesebuah organisasi tidak layak untuk menerima Office 365 sebagai sumbangan, ia mungkin layak menerima perkhidmatan lain, bergantung pada status perundangan dan misinya. Untuk penjelasan terperinci tentang kriteria kelayakan, lawati Halaman Kelayakan Kewarganegaraan Korporat.
    Microsoft berusaha bersama rakan kongsi sumbangan perisiannya, iaitu TechSoup Global, untuk menentukan sama ada sesebuah organisasi bukan untuk keuntungan memenuhi keperluan kelayakannya. Dalam banyak kes, masa respons adalah serta-merta sebaik sahaja organisasi tersebut memohon untuk sumbangan. Dalam kes lain yang memerlukan pengesahan status organisasi tersebut, masa selama tiga hingga tujuh hari diperlukan, dengan syarat organisasi tersebut membalas sebarang permintaan maklumat, tetapi masa selama 20 hari mungkin diperlukan. Dokumentasi yang wajib mungkin termasuk sijil atau pendaftaran yang diberikan oleh badan pentadbiran organisasi bukan untuk keuntungan tersebut. Contohnya, di A.S., kami memerlukan salinan surat penentuan IRS 501(c)(3).

    Jika anda menghampiri penghujung tempoh percubaan 30 hari dan masih belum menerima notis pengesahan kelayakan anda daripada pihak Office 365, sila hubungi sokongan pelanggan.
    Status kelayakan bukan untuk keuntungan bagi sesebuah organisasi perlu dinilai semula pada setiap dua tahun. Kami akan menentukan cara proses ini dikuat kuasa dan digunakan pada bulan akan datang.
    Office 365 Nonprofit khas ditujukan kepada pekerja organisasi bukan untuk keuntungan yang layak. Ahli atau benefisiari organisasi tersebut TIDAK layak menerima pelesenan Office 365 Nonprofit. Nonprofits boleh memberikan lesen kepada sukarelawan yang mempunyai tanggungjawab fidusiari atau pengurusan yang nyata terhadap organisasi tersebut, seperti ahli Lembaga Pengarah. Sukarelawan organisasi bukan untuk keuntungan yang layak boleh menerima lesen Office 365 HANYA jika mereka memenuhi KETIGA-TIGA ujian berikut:
    • Sukarelawan tersebut bertanggungjawab atas aktiviti dan keputusan tertentu dalam organisasi bukan untuk keuntungan tersebut yang ditakrifkan oleh perihalan jawatan sukarelawan yang bertulis.
    • Peranan sukarelawan tersebut dalam organisasi ialah peranan sepanjang tahun atau peranan mengikut musim atau sambilan yang berulang setiap tahun.
    • Sukarelawan tersebut tidak akan menggunakan Office 365 untuk penggunaan peribadi yang akan menjana pendapatan kepada individu tersebut yang merupakan sukarelawan.
    Pelanggan sedia ada
    Pelanggan komersial yang ingin bertukar kepada tawaran bukan untuk keuntungan seharusnya menghubungi pihak sokongan pelanggan untuk memahami pilihan yang tersedia kepada mereka dan memastikan pertukaran yang lancar. Pengguna yang mempunyai lesen komersial yang telah diluluskan untuk menerima tawaran bukan untuk keuntungan masih akan memiliki lesen komersial mereka. Walau bagaimanapun, selepas mereka diluluskan kelayakan bukan untuk keuntungan, mereka hanya boleh membeli tawaran bukan untuk keuntungan pada masa akan datang. Pelanggan yang sedia ada boleh menemui maklumat hubungan pihak sokongan mereka di sini.
    Pelanggan yang mendaftar bawah program Office 365 Nonprofit Pilot tidak perlu mengambil sebarang tindakan, dengan tanggapan bahawa mereka telah mengaktifkan langganan mereka sebelum tarikh pelancaran iaitu 10 September. Jika seseorang pelanggan telah diluluskan tawaran Office 365 Nonprofit semasa program Pilot tetapi masih belum mengaktifkan langganan tersebut, pelanggan itu perlu mendaftar untuk percubaan Office 365 Nonprofit E3 yang baru pada Office.com untuk memulakan semula proses pengesahihan. Vendor kami yang menguruskan pengesahihan telah diberikan senarai pelanggan yang tergolong dalam kategori ini jadi proses pengesahihan mereka boleh dipercepatkan.
    Pengguna dengan lesen komersial yang telah diluluskan untuk tawaran bukan untuk keuntungan masih akan memiliki lesen komersial mereka. Walau bagaimanapun, selepas mereka diluluskan untuk kelayakan bukan untuk keuntungan, mereka hanya boleh membeli tawaran bukan untuk keuntungan pada masa akan datang.
    Pelanggan dalam kategori ini seharusnya dapat melihat tawaran Office 365 Nonprofit E1 dalam portal pentadbir Office 365 mereka, dengan keupayaan untuk memindahkan pengguna kepada tawaran tersebut dari tab Pengurusan Lesen. Organisasi agama yang selama ini membayar untuk langganan Office 365 Nonprofit E3 mungkin layak menerima kredit bagi bahagian langganan yang tidak digunakan, tertakluk kepada dasar kredit Microsoft.
  • Ketahui lanjut

iPad dan iPhone ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.