• Ketahui sebab Office 365 sesuai untuk perniagaan kecil dan perniagaan saiz sederhana.
    Office 365
    "Bagi sebarang organisasi kecil yang mempunyai sumber teknologi yang terhad ataupun syarikat besar yang ingin mengurangkan masa memantau bahagian IT, saya sememangnya mengesyorkan Microsoft Office 365."
    Trever Kalan, Penyelaras IT, Play and Learn

    Mobiliti

    Melengkapkan kerja dari mana-mana sahaja

    PC, Mac, tablet, telefon. Anda memerlukan keupayaan untuk bekerja merentasi pelbagai peranti, dari mana-mana sahaja, dan mempunyai pengalaman yang konsisten, kemas dan pantas untuk melakukannya. Ini dia Office 365. Tanpa mengira peranti yang anda gunakan, Office 365 memberikan anda capaian pada semua perkara yang anda perlukan, dokumen, e-mel, kalendar, kenalan dan laman pasukan sentiasa bersama anda. Seting anda juga sentiasa bersama anda, jadi fail anda sentiasa terkini dan sedia untuk digunakan, tanpa mengira peranti yang anda gunakan.

    "Syarikat hartanah di Belanda mengikuti hari bekerja Isnin hingga Jumaat dari pukul sembilan hingga pukul lima, kami menggunakan Microsoft Office 365 untuk bekerja dari rumah. Sekarang, kami membalas kepada pelanggan kami dengan segera yang berada di zon masa yang berlainan untuk menjamin jualan dan menambah baik perkhidmatan."

    Ferry Lasterie, Ketua Pegawai Operasi, Amsterdam Housing

    Imej Amsterdam.
    Amsterdam Housing
    Imej Chaundra Smith, iaitu Pemilik dan Pengasas Naturally Me.
    Chaundra Smith,
    Naturally Me

    Alat yang lazim

    Kelaziman adalah lebih mudah dan lebih pantas—untuk semua orang

    Alat baru sukar untuk digunakan. Dengan Office 365, pekerja anda boleh menggunakan aplikasi sama yang digunakan oleh mereka pada setiap hari dengan semua ciri baru yang diperlukan oleh mereka. Simpan terus di awan atau mula bekerja dengan orang lain terus dari aplikasi yang telah diketahui oleh mereka. Semua orang bekerja bersama. Tanpa masalah, tanpa kerunsingan.

    "Kami tidak perlu menjalankan sesi latihan kerana semua orang telah biasa dengan Office. Microsoft sememangnya jenama yang dipercayai ramai, saya tahu saya tidak perlu risau."

    Chaundra Smith, Pemilik dan Pengasas Naturally Me

    ROI

    Perbelanjaan IT yang lebih bijak

    Nilai itu penting. Office 365 mengurangkan kos permulaan anda jadi anda tidak perlu risau akan kos perkakasan dan naik taraf perisian. Anda memperoleh IT gred perusahaan dengan kos yang rendah.

    "Office 365 menjimatkan masa dan wang kami, kami boleh menggunakan wang dan masa itu untuk mengembangkan syarikat kami."

    Randy Clemons, Pengarah Pengurusan, Redwood Global

    Imej Randy Clemons, iaitu Pengarah Pengurusan Redwood Global.
    Randy Clemons,
    Redwood Global
    Imej Michelle Aitken, iaitu Pembantu Pentadbiran D7 Consulting.
    Michelle Aitken,
    D7 Consulting

    Aktiviti Kerjasama

    Bekerja bersama dengan lebih mudah dan lebih baik

    Lengkapkan lebih banyak kerja bersama. Office 365 menawarkan e-mel kelas perniagaan, kalendar kongsi, IM, persidangan dalam talian dan capaian pada dokumen yang terkini. Anda boleh bekerja bersama dalam masa nyata, tanpa menjejaskan keselamatan.

    "Semua orang boleh menggunakan dokumen yang sama pada masa yang sama. Kami dapat melihat dan membuat pengubahsuaian bersama, menyimpannya dan memajukannya secara serentak kepada klien kami."

    Michelle Aitken, Pembantu Pentadbiran D7 Consulting

    Awan

    Kemas kini autimatik dan masa berjalan jaminan 99.9%

    Anda tidak lagi perlu membazirkan masa untuk mengemas kini alat yang anda gunakan. Anda juga tidak perlu risau akan ketersediaan dan kefungsiannya. Office 365 menguruskannya untuk anda. Kami menambahkan ciri yang baru secara berterusan, jadi anda memperolehnya secara automatik. SLA dengan sokongan kewangan bermaksud masa berjalan jaminan 99.9 peratus, hal ini memudahkan lagi kerja anda dan anda, pengguna anda dan bahagian akan menjadi lebih produktif.

    "Beralih ke awan telah membentuk pangkalan data yang sentiasa tersegerak dan sentiasa tersedia untuk kami, tanpa mengira lokasi kami, walaupun jika kami tiada di pejabat."

    Dan Prud'homme, Broker Carolina Realty

    Imej Dan Prud’homme, iaitu Broker Carolina Realty.
    Dan Prud'homme,
    Carolina Realty
    Imej Alice Hagen, iaitu Prinsipal Calibre Real Estate.
    Alice Hagen,
    Calibre Real Estate

    IT yang ringkas

    Pentadbiran yang ringkas, keselamatan yang kukuh

    Office 365 menjamin data anda sentiasa terlindung. Kawalan juga menjadi lebih mudah. Panduan penggunaan langkah demi langkah disediakan untuk anda. Anda boleh menguruskan pengguna dan perkhidmatan anda dari portal pentadbir tunggal yang boleh dicapai dari mana-mana sahaja. Keselamatan terbina dalam Office 365 melindungi anda daripada perisian berniat jahat, spam, serangan penipuan dan ancaman lain. Jika perlu, anda boleh menghubungi pakar Office 365 untuk migrasi, kerja tersuai dan sokongan yang berterusan.

    "Office 365 memberi kami kesemua keperluan IT yang kami perlukan. Kami sangat gembira kerana tidak perlu mengurus atau menyelenggarakannya, kesemuanya diuruskan untuk kami."

    Alice Hagen, Prinsipal Calibre Real Estate

    Mencari pelan untuk perniagaan anda
    Kami telah membentuk pelan untuk memenuhi keperluan unik bagi semua saiz perniagaan, antaranya termasuk produktiviti disatukan, keperluan komunikasi, kawalan lanjutan dan kemampuan pematuhan.
    Perniagaan saya memerlukan aplikasi Office sahaja
    Untuk membantu anda menguruskan keperluan perniagaan anda yang berubah-ubah, kami menawarkan beberapa opsyen Office sahaja:
    Sumber
    Dapatkan jawapan bagi soalan anda dan ketahui butiran lanjut tentang perkara yang boleh dilakukan oleh Office 365 untuk perniagaan anda, ciri yang terangkum dalamnya dan cara fungsinya.
  • Ketahui sebab Office 365 sesuai untuk perusahaan seperti Aston Martin.
    Office 365
    "Perlaksanaan Office 365 di Aston Martin sangat dialu-alukan dan sebenarnya merupakan salah satu perubahan strategik yang kami lakukan pada tahun yang lalu."
    Simon Callow, Ketua IT, Aston Martin

    Peranti/mobiliti

    Bekerja di mana-mana sahaja pada sebarang peranti pilihan anda

    Pekerja anda perlu bekerja pada peranti mereka, walau di mana jua mereka berada, dan mereka memerlukan pengalaman yang kemas, pantas dan lancar apabila mereka bekerja. Office 365 menawarkan kebebasan dan kebolehpercayaan sedemikian. Office 365 berfungsi tanpa mengira anda menggunakan PC, Mac, tablet atau telefon anda. Maksudnya, dokumen, e-mel, kalendar, kenalan, IM, mesyuarat dalam talian dan laman pasukan anda sentiasa bersama anda. Jadi, fail yang anda usahakan di pejabat adalah sama dengan fail yang anda usahakan sekarang. Dengan Office 365, pekerja anda dijamin akan berjaya.

    "Office 365 benar-benar membenarkan anda pergi ke mana-mana sahaja dan memiliki pejabat yang mudah alih."

    Marvin Correa, Pengurus Kanan Kejuruteraan Perusahaan di Sephora

    Imej Marvin Correa, iaitu Pengurus Kanan Kejuruteraan Perusahaan di Sephora.
    Marvin Correa,
    Sephora
    Imej Erik Burbank, iaitu Naib Pengerusi Sejagat untuk Pemasaran di Helly Hansen.
    Erik Burbank,
    Helly Hansen

    Awan

    Kelaziman adalah lebih mudah dan lebih pantas—untuk semua orang

    Jimatkan masa dan kurangkan kerunsingan pengguna, pentadbir dan pekerja IT anda. Office yang dikuasai awan memastikan aplikasi Office anda sentiasa terkini. Maksudnya, pekerja anda sentiasa mempunyai alatan yang terbaik, jadi mereka boleh melengkapkan kerja dengan lebih mudah dan lebih berkesan. Penambahbaikan yang berterusan kesemuanya disampaikan kepada anda secara automatik dengan Office 365. Anda pengguna iPhone dan telefon Android? Tiada masalah. Office 365 berfungsi merentasi peranti mudah alih anda, termasuk Windows Phone, iPhone dan telefon Android. Office 365 tidak menjejaskan keselamatan dan privasi. Data anda dilindungi dengan keselamatan terbina dalam yang membantu melindungi anda daripada perisian berniat jahat, spam, serangan penipuan dan ancaman lain.

    "Salah satu perkara yang saya sukai tentang Office 365 ialah kebolehan untuk mengumpulkan pasukan sejagat di satu bilik dan hasil tersebut adalah menakjubkan."

    Erik Burbank, Naib Pengerusi Sejagat untuk Pemasaran Helly Hansen

    Kawalan IT

    Pentadbiran ringkas tidak bermaksud kurang kawalan

    Dengan Office 365, anda boleh menjimatkan masa dan wang untuk menguruskan perkhidmatan dan membolehkan pekerja anda berfikir secara strategik. Anda mengawal perkhidmatan anda, menguruskan pengguna dan seting melalui portal pentadbir yang boleh dicapai dari mana-mana sahaja. Anda masih boleh memperincikan tugas pentadbiran dan menggunakan perintah PowerShell untuk mengautomatikkan tugas pengurusan.

    Ingin beralih ke awan secara berperingkat? Hanya sambungkan perkhidmatan pada premis anda dan pindah ke Office 365 mengikut jadual masa anda. Perkhidmatan baru seperti Yammer membantu anda bersedia dan berjalan dengan pantas tanpa perlu mengalihkan data. Office 365 menawarkan pelbagai opsyen sokongan juga. Anda sentiasa boleh menghubungi pakar untuk membantu anda dalam migrasi, kerja tersuai dan sokongan yang berterusan.

    "Office 365 memberi kami keupayaan untuk berkongsi maklumat, kefleksibelan yang kami perlukan untuk memenuhi keperluan keselamatan dan kerahsiaan kami serta membantu kami menjadi lebih cekap secara dalaman dan lebih efisien terhadap klien kami."

    Joyce Wing, CIO, Daerah Santa Clara

    Imej Daerah Santa Clara.
    Daerah Santa Clara
    Imej Rance Clouser, iaitu Naib Pengerusi bahagian Perkhidmatan & Komunikasi Sokongan IS Advocate Healthcare.
    Rance Clouser,
    Advocate Healthcare

    Pematuhan

    Pematuhan tanpa risiko

    Tiada sempadan antara pematuhan dan awan. Pada hakikatnya, Office 365 ialah perkhidmatan produktiviti berasaskan awan utama yang pertamanya mempunyai rangka kerja keselamatan yang berasaskan pada standard ISO 27001 dan disahkan oleh juruaudit bebas. Office 365 juga berjanji dalam kontrak untuk mengekalkan rangka kerja keselamatan ini dengan menawarkan Perjanjian Pemprosesan Data yang kukuh, klausa model EU dan Perjanjian Persukutuan Perniagaan HIPAA kepada semua pelanggan.

    "Kami mempunyai banyak kebimbangan keselamatan yang kami perlu mempertimbangkan terhadap peraturan HIPAA. Perlaksanaan Office 365 membolehkan kami menyokong perkembangan Advocate yang lebih daripada 5000 sekutu tanpa perlu menambah pekerja baru."

    Rance Clouser, Naib Pengerusi bahagian Perkhidmatan & Komunikasi Sokongan IS Advocate Healthcare

    Sosial perusahaan

    Menggunakan media sosial untuk meperluas komunikasi, memacu wawasan

    Salah satu cara berkomunikasi yang paling berkesan pada masa ini ialah media sosial. Ini sesuatu fakta. Jadi begitu juga untuk perniagaan. Perangkaian sosial memudahkan lagi rakan sekerja berkomunikasi antara satu sama lain. Cara ini juga cara yang hebat untuk mendorong keterlibatan dengan rakan kongsi dan pelanggan. Alat perangkaian sosial seperti Yammer membolehkan orang ramai berkomunikasi dengan cara yang lazim dan sejadi, menggalakkan komunikasi yang merangsang inovasi dan wawasan perniagaan yang lebih mendalam. Anda boleh yakin bahawa Office 365 melindungi keselamatan dan privasi maklumat anda.

    "Keupayaan untuk bekerjasama dengan pasukan yang lebih besar dan menjadikan wawasan sesuatu peluang yang nyata sememangnya menakjubkan."

    Andy Hedges, Pengarah Pengurusan Pusat Membeli-belah Westfield

    Imej Andy Hedges, iaitu Pengarah Pengurusan Pusat Membeli-belah Westfield.
    Andy Hedges,
    Westfield
    Imej Kecerdasan Perniagaan

    Kecerdasan Perniagaan

    Data besar, wawasan besar, keputusan yang lebih baik

    Amaun maklumat digital meningkat sebanyak 10 kali pada setiap 5 tahun. Perkara yang penting adalah anda boleh merujuk kepada maklumat tersebut dan membuat keputusan yang akan memajukan perniagaan anda. Dengan Office 365, anda memperoleh dua ciri utama: platform yang menyokong skala dan skop data anda platform yang juga memudahkan lagi pekerja anda memperoleh wawasan yang menujukan perniagaan ke arah kejayaan.

    Mencari pelan untuk perniagaan anda
    Kami telah membentuk pelan untuk memenuhi keperluan unik bagi semua saiz perniagaan, antaranya termasuk produktiviti disatukan, keperluan komunikasi, kawalan lanjutan dan kemampuan pematuhan.
    Perniagaan saya memerlukan aplikasi Office sahaja
    Untuk membantu anda menguruskan keperluan perniagaan anda yang berubah-ubah, kami menawarkan beberapa opsyen Office sahaja:
    Sumber
    Dapatkan jawapan bagi soalan anda dan ketahui butiran lanjut tentang perkara yang boleh dilakukan oleh Office 365 untuk perniagaan anda, ciri yang terangkum dalamnya dan cara fungsinya.
Tutup

Lihat sebab Office 365 berfungsi

Dapatkan mobiliti dan perkhidmatan yang boleh dipercayai, dengan IT yang mudah.

Nota: Video tersedia dalam bahasa Inggeris dengan sari kata. Klik pada butang "CC" untuk menghidupkan sari kata.

Tutup

Lihat mobiliti Office 365 di tempat kerja

Respons yang pantas, walaupun semasa dalam perjalanan, dengan sebarang peranti.

Nota: Video tersedia dalam bahasa Inggeris dengan sari kata. Klik pada butang "CC" untuk menghidupkan sari kata.

Tutup

Lihat betapa mudahnya Office 365

Beri pengguna anda alat yang diketahui mereka jadi tidak perlu memberi latihan.

Nota: Video tersedia dalam bahasa Inggeris dengan sari kata. Klik pada butang "CC" untuk menghidupkan sari kata.

Tutup

Lihat cara Office 365 menjimatkan kos IT

Jimatkan kos IT dan masa, dan kembangkan perniagaan anda.

Nota: Video tersedia dalam bahasa Inggeris dengan sari kata. Klik pada butang "CC" untuk menghidupkan sari kata.

Tutup

Lihat kerjasama Office 365

Bekerja bersama-sama pada dokumen, dalam mesyuarat dalam talian dan banyak lagi.

Nota: Video tersedia dalam bahasa Inggeris dengan sari kata. Klik pada butang "CC" untuk menghidupkan sari kata.

Tutup

Lihat kuasa awan Office 365

Fail anda akan sentiasa tersedia dan terkini.

Nota: Video tersedia dalam bahasa Inggeris dengan sari kata. Klik pada butang "CC" untuk menghidupkan sari kata.

Tutup

Lihat cara Office 365 meringkaskan IT

Dapatkan semua keperluan IT yang anda perlukan dengan pengurusan yang mudah.

Nota: Video tersedia dalam bahasa Inggeris dengan sari kata. Klik pada butang "CC" untuk menghidupkan sari kata.

Tutup

Lihat keberkesanan Office 365

Ringkaskan IT, tingkatkan ketangkasan dan pandu inovasi.

Nota: Video tersedia dalam bahasa Inggeris dengan sari kata. Klik pada butang "CC" untuk menghidupkan sari kata.

Tutup

Lihat cara Office 365 membantu mobiliti

Bekerja di mana-mana sahaja. Gunakan Office pada tablet dan telefon.

Nota: Video tersedia dalam bahasa Inggeris dengan sari kata. Klik pada butang "CC" untuk menghidupkan sari kata.

Tutup

Lihat cara Office 365 meringkaskan IT

Luangkan masa pakar IT anda untuk mengusahakan strategi perniagaan.

Nota: Video tersedia dalam bahasa Inggeris dengan sari kata. Klik pada butang "CC" untuk menghidupkan sari kata.

Tutup

Lihat betapa mudahnya pentadbiran Office 365

Dapatkan set alat bersepadu yang boleh diuruskan dengan mudah.

Nota: Video tersedia dalam bahasa Inggeris dengan sari kata. Klik pada butang "CC" untuk menghidupkan sari kata.

Tutup

Lihat Office 365 dan pematuhan

Ringkaskan pematuhan, seperti menepati peraturan HIPAA.

Nota: Video tersedia dalam bahasa Inggeris dengan sari kata. Klik pada butang "CC" untuk menghidupkan sari kata.

Tutup

Lihat Office 365 dengan Yammer

Beri pengguna anda cara yang pantas untuk berkongsi wawasan.

Nota: Video tersedia dalam bahasa Inggeris dengan sari kata. Klik pada butang "CC" untuk menghidupkan sari kata.