Kesinambungan perkhidmatan

Selamat, terjamin dan ketersediaan tinggi.

Kesinambungan perkhidmatan
  • Pemahaman kami terhadap cara menyampaikan perkhidmatan dengan ketersediaan tinggi terhasil daripada pengalaman yang bertahun-tahun dalam membina penyelesaian kelas perusahaan dan menjalankan perkhidmatan dalam talian. Kami menggabungkan reka bentuk memusatkan pemulihan yang kukuh, pembelajaran yang berterusan dan komunikasi yang konsisten untuk menyampaikan perkhidmatan berkualiti tinggi dan pengalaman pelanggan yang hebat.

    Kami turut mempunyai jaminan masa hidup 99.9% yang disokong secara kewangan, hal ini menenangkan minda anda.

    Masa hidup sedunia baru-baru ini:

    2012 2013
    99.98% 99.97% 99.94% 99.97% 99.96% 99.98%
    Q3 Q4 Q1 Q2 Q3 Q4

    Lawati blog untuk mendapatkan butiran: Perkhidmatan awan yang anda boleh percayai: Ketersediaan Office 365

    Prinsip reka bentuk ketersediaan tinggi:

    • Lewahan fizikal di pelayan, pusat data dan aras perkhidmatan
    • Lewahan data dengan kemampuan pencegahan kegagalan yang kukuh
    • Lewahan kefungsian dengan kefungsian di luar talian
    • Keseimbangan muatan aktif
    • Pencegahan kegagalan automatik dengan sandaran manusia
    • Ujian pemulihan merentasi domain kegagalan
    • Perkhidmatan komponen edaran seperti Exchange Online, SharePoint Online dan Lync Online mengehadkan skop dan impak sebarang kegagalan dalam suatu komponen
    • Data direktori yang direplikakan merentasi perkhidmatan komponen melindungi perkhidmatan antara satu sama lain pada sebarang perisitiwa kegagalan
    • Pengendalian dan penggunaan yang diringkaskan
    • Pemantauan dalaman yang dibina untuk memandu pemulihan automatik
    • Pemantauan keluar masuk menimbulkan isyarat tentang kejadian
    • Diagnostik lanjutan menyediakan pengelogan, pengauditan dan penyurihan terperinci
    • Perkakasan yang dipiawaikan akan mengurangkan kerumitan pemencilan isu
    • Model penggunaan yang automatik sepenuhnya memudahkan lagi penggunaan
    • Mekanisme pengurusan terbina dalam yang standard
    • Tindakan pemulihan automatik dengan sokongan panggilan 24/7
    • Pasukan dengan berbeza kemahiran menyediakan respons dan penyelesaian yang segera
    • Pembaikan yang berterusan dengan pembelajaran daripada pasukan panggilan
    • Jika kejadian berlaku, tanpa mengira magnitud impak, kami akan melakukan ulasan pasca kejadian yang menyeluruh pada setiap kali
    • Ulasan pasca kejadian kami terdiri daripada analisis perkara yang berlaku, respons kami dan rancangan kami untuk mengelakkannya pada masa hadapan
    • Jika organisasi anda dipengaruhi oleh kejadian perkhidmatan, kami akan berkongsi ulasan pasca kejadian dengan anda
    • Ketelusan memerlukan komunikasi yang konsisten, khususnya apabila anda menggunakan perkhidmatan
    • Kami mempunyai beberapa saluran komunikasi seperti e-mel, suapan RSS dan Papan Pemuka Kesihatan Perkhidmatan yang sangat penting dan sangat relevan
    Komunikasi yang konsisten

    Papan Pemuka Kesihatan Perkhidmatan Office 365 ialah tetingkap menuju ke kesihatan perkhidmatan bagi organisasi anda yang khusus. Sebagai pelanggan Office 365, anda akan memperoleh pandangan yang terperinci pada ketersediaan perkhidmatan yang relevan dengan organisasi anda. Papan pemuka perkhidmatan kami memberikan anda wawasan yang lengkap pada perkhidmatan anda dengan menunjukkan status semasa serta membenarkan anda melihat masa anda perlu memperbaharui lesen anda.

  • Pusat Amanah Office 365