Ia adalah data anda

  • Anda memiliki data anda dan mempunyai kesemua hak, hak milik dan kepentingan dalam data yang anda simpan dengan Office 365.
  • Anda boleh memuat turun satu salinan bagi semua data anda pada bila-bila masa atas sebarang sebab, tanpa bantuan daripada Microsoft.
    • Data Exchange Online, termasuk e-mel, janji temu kalendar, kenalan dan tugas, boleh dimuat turun ke komputer setempat oleh mana-mana pengguna akhir pada bila-bila masa melalui Bestari Import dan Eksport.
    • Dokumen SharePoint Online boleh dimuat turun pada bila-bila masa dari ruang kerja ke komputer setempat anda.
    • Nama domain yang berlebihan seperti contoso.com boleh dialih keluar dengan mengikuti Arahan Alih Keluar Domain dalam Bantuan Office 365.
    • Untuk memuat turun metadata pengguna akhir (seperti alamat e-mel, nama pertama dan nama keluarga dan data lain), anda boleh menggunakan PowerShell cmdlets, termasuk Get-MsolUser Windows PowerShell cmdlet untuk Office 365. Jika anda menggunakan Exchange Online, anda juga boleh menggunakan perintah Get-MailUser dan Get-User Exchange PowerShell.
  • Sempena penamatan tempoh atau penamatan langganan atau hubungan Office 365 anda, Microsoft akan menyediakan kepada anda, secara lalai, capaian terhad tambahan selama 90 hari untuk mengeksport data anda.