Pilih negara/rantau pengebilan anda:
Office Home & Student 2013

Office Home & Student 2013

Lengkapkan lebih banyak kerja rumah
Terbaik untuk keluarga yang inginkan Office pada satu PC

Apakah yang disertakan

Versi terkini aplikasi Office penting, untuk satu PC. Cipta, kerja, rancang dan berkongsi dengan lebih mudah di rumah dan sekolah.

Aplikasi Office

Word 2013 Excel 2013 PowerPoint 2013 OneNote 2013

Untuk satu PC

Untuk PC tunggal
Pasang Office pada satu PC pada satu masa. Penggunaan tidak komersil.

Office dalam awan

Office dalam awan
Akses fail dan seting diperibadikan anda di rumah atau dalam perjalanan.
  • Office diperibadikan anda

    Daftar masuk untuk Office pada PC anda atau dalam perjalanan—seting peribadi dan fail terbaru anda akan berada bersama ada.

    • Seting tersuai merayau bersama anda. Daftar masuk ke akaun anda dan sambung kerja anda.
    • Simpan fail dalam awan. Office menyimpan dokumen anda pada OneDrive agar nota, foto dan fail sentiasa boleh diakses.
    Hantar pautan untuk berkongsi pelan, kerja, foto dan banyak lagi
    Kongsi buku nota OneNote dan fail lain dengan mudah menggunakan OneDrive dan Office Online.

    Mudahkan cara anda berkongsi

    Kekal berhubungan dengan keluarga atau bekerja bersama di sekolah, adalah lebih mudah daripada sebelumnya dengan Office terkini

    • Kongsi dan merancang dalam talian dan luar talian. Bekerjasama dalam kerja sekolah dan rumah, kongsi nota dan pelan dalam buku nota OneNote.
    • Berkongsi dalam cara yang anda mahu, lebih cepat. Sekarang anda boleh mencari semua opsyen perkongsian anda di satu tempat dalam program Office, Fail > Kongsi.

    Tukarkan idea menjadi projek yang menarik

    Serlahkan sisi kreatif anda di rumah atau sekolah. Bermula dengan mudah dan sediakan serlahan dengan alatan pakar.

    • Bekerja dalam cara yang terbaik. Olah idea anda menggunakan papan kekunci, pen, atau skrin sentuh.
    • Bekerja dengan mudah dengan media berlainan. Seret gambar, video dan media dalam talian ke dalam dokumen anda.
    • Jimatkan masa dan buat mereka kagum. Gunakan templat daripada skrin mula Word atau Excel, atau satu daripada templat PowerPoint skrin lebar baharu.
    Gunakan kelebihan komen berjalur untuk bekerja lebih berkesan pada dokumen dengan orang lain

    Ciri-ciri:

    Aplikasi Office terkini
    Word 2013, Excel 2013, PowerPoint 2013 dan OneNote 2013
    • Lakukan lebih dengan dokumen Word: buka PDF dan editnya, masukkan video dalam talian dan tontonya tanpa meningalkan dokumen dan menggunakan Mod Baca untuk paparan bebas gangguan pada sebarang skrin.
    • Templat Excel melakukan kebanyakan persediaan dan reka bentuk untuk anda, agar anda boleh memfokus pada maklumat anda. Untuk lebih hebat, tukar maklumat anda menjadi carta atau jadual—dalam dua langkah.
    • Cipta persembahan yang hebat dengan penjajaran baru, pemadanan warna dan alat reka bentuk lain dalam PowerPoint dan kongsi di web dengan mudah.
    • Lukis, tulis tangan, taip, klik, atau sapu nota anda dalam OneNote. Nota media berbilang anda disimpan, boleh dicari dan disegerak pada aplikasi OneNote pada peranti anda. OneNote tersedia untuk PC sahaja.
    15 GB storan OneDrive Semua pengguna OneDrive menerima 15 GB storan dalam talian OneDrive secara percuma. Muat naik dokumen, foto, persembahan dan banyak lagi dan kemudian aksesnya dari komputer atau telefon. Storan tambahan boleh dibeli jika diperlukan. Dengan aplikasi desktop OneDrive yang dipasang pada komputer anda, dokumen anda juga tersedia di luar talian.
    Office anda jauh dari rumah anda Penyegerakan Office Online percuma dengan akaun OneDrive, dengan itu, anda boleh mengakses, melihat, mengedit dan berkongsi dokumen, foto dan fail anda yang lain dari sebarang peranti yang disambungkan kepada internet yang menjalankan penyemak imbas yang disokong.
    Tunjukkan Sembunyikan Apakah yang baharu dalam keluaran Office ini?

    Aplikasi Office yang biasa seperti Word, Excel dan PowerPoint menyertakan ciri baru yang membantu anda membuat, berkomunikasi dan bekerja dengan lebih berkesan dari mana-mana sahaja secara maya.

    Tambahan kepada mengemas kini suite Office tradisional, kami telah membangunkan versi Office langganan baharu untuk rumah dan sekolah, direka khas untuk cara anda gunakan Office hari ini. Setiap langganan ini menyertakan versi terkini aplikasi Office seperti Word, Excel dan PowerPoint, untuk PC atau Mac. Tambahan tawaran seperti minit dunia Skype dan storan dalam talian dengan OneDrive.

    Pelanggan juga akan menerima hak masa depan kepada versi naik taraf dan juga hak setiap penggunaan merentas berbilang PC atau Mac dan peranti mudah alih terpilih. Aplikasi Office yang anda boleh gunakan pada PC, Mac dan peranti lain berbeza-beza mengikut platform.

    Tunjukkan Sembunyikan Apakah perbezaan antara suit Office 2013 dan pelan Office 365?

    Microsoft Office masih merupakan nama yang kami gunakan untuk perisian produktiviti kami yang dikenali ramai.

    Office suite secara tradisional termasuk aplikasi seperti Word, Excel, PowerPoint dan Outlook. Dalam keluaran ini semua suite Office 2013, seperti Office Home & Student 2013, termasuk versi terkini aplikasi Office, untuk digunakan pada PC tunggal.

    Kami menggunakan nama ”Office 365” untuk produk yang termasuk ciri yang didayakan melalui internet, seperti storan dalam talian tambahan dengan OneDrive atau minit dunia Skype untuk kegunaan rumah. Pelan perniagaan Office 365 termasuk ciri seperti persidangan web Lync dan e-mel dihoskan untuk perniagaan. Semua produk Office 365, seperti Office 365 Home, Office 365 Personal, Office 365 University dan Office 365 Business Premium, dibayar untuk asas langganan. Terma langganan berbeza mengikut produk.

    Kebanyakan pelan Office 365 juga termasuk aplikasi Office 2013 ciri penuh, yang boleh pengguna pasang merentasi berbilang komputer dan peranti. Pelanggan aktif menerima hak masa hadapan terhadap naik taraf versi sebagai faedah langganan mereka. Kelayakan berbeza mengikut produk.

    Tunjukkan Sembunyikan Bagaimanakah saya boleh tahu sama ada komputer atau peranti saya boleh menjalankan Office baru?

    Anda perlukan Windows 7 atau kemudian untuk jalankan Office Home & Student 2013 pada PC. Pengguna Mac perlu melawat Office 365 Home, Office 365 Personal, Office 365 University, atau Office untuk Mac untuk mencari produk yang sesuai untuk OS mereka.

    Tunjukkan Sembunyikan Apakah itu OneDrive?

    OneDrive ialah perkhidmatan yang membolehkan anda memuat naik fail ke storan dalam awan dan kemudian mengaksesnya dari komputer atau telefon. Anda boleh menggunakan OneDrive untuk menyimpan dokumen, nota, foto, muzik, video atau jenis fail lain.

    OneDrive meringkaskan perkongsian. Anda boleh menghantar foto dan fail menerusi e-mel, menghantar pautan ringkas kepadanya dalam mesej teks atau menyiarkannya ke rangkaian sosial, tapak web anda atau blog anda—terus dari OneDrive.

    Terdapat juga aplikasi desktop untuk OneDrive yang anda boleh pasang yang mencipta folder pada PC atau Mac anda yang menyegerak dengan folder awan anda secara automatik, agar anda boleh mengakses fail anda di luar talian.

    Tunjukkan Sembunyikan Berapa banyak storan OneDrive yang saya dapat dengan Office?

    Semua pengguna OneDrive menerima 15 GB storan OneDrive secara percuma. Storan tambahan boleh dibeli jika diperlukan. Pelanggan dengan langganan Office 365 Home, Office 365 Personal atau Office 365 University yang aktif akan menerima storan OneDrive tambahan 1 TB, bagi setiap langganan.

    Storan tambahan 1 TB pada OneDrive ini digunakan pada akaun OneDrive yang dipautkan ke akaun Microsoft yang digunakan untuk mencipta akaun langganan Office 365.

    Tunjukkan Sembunyikan Adakah dokumen saya disimpan di OneDrive turut tersedia di luar talian?

    Dengan aplikasi desktop OneDrive dipasang pada komputer anda, dokumen anda tersedia di luar talian tanpa sebarang tindakan diperlukan daripada anda. Aplikasi desktop OneDrive mencipta folder pada komputer anda yang menyegerak secara automatik dokumen di antara storan OneDrive dalam awan dan komputer anda, agar anda boleh bekerja pada dokumen di luar talian dan pastikan ia sentiasa disegerak.

    Tunjukkan Sembunyikan Bolehkah orang dengan versi Office yang lain membuka dokumen yang saya cipta dengan Office Home & Student 2013?

    Ya, orang dengan versi Microsoft Office yang lain boleh membuka dokumen yang dicipta dengan keluaran terkini Office dengan mudah.

    Pengguna Office 2007, Office 2010, Office 365, atau Office 2013 boleh membuka dokumen yang dibuat menggunakan keluaran terkini aplikasi Office tanpa sebarang tindakan tambahan.

    Pelanggan menggunakan versi Office lebih awal mungkin perlu memuat turun dan memasang pek keserasian.

  • Anda juga mungkin menyukai

    Office 365 Personal

    Untuk 1 PC atau Mac, ditambah 1 tablet
    Word 2013 Excel 2013 PowerPoint 2013 OneNote 2013
    Outlook 2013 Publisher 2013 Access 2013
    {O365PersonalMonth|price}setiap bulan
    Ketahui selanjutnya
    Garis Mendatar

    Office 365 Home

    Untuk 5 PC atau Mac, ditambah 5 tablet
    Word 2013 Excel 2013 PowerPoint 2013 OneNote 2013
    Outlook 2013 Publisher 2013 Access 2013
    {HPMonth|price}setiap bulan
    Ketahui selanjutnya
    Garis Mendatar

    Office Home &
    Business 2013

    Untuk 1 PC, termasuk:
    Word 2013 Excel 2013 PowerPoint 2013 OneNote 2013 Outlook 2013
    {OHB2013|price}
    Ketahui selanjutnya