Cubalah Office 365 secara percuma dan lihat cara Office 365 membantu organisasi anda. Organisasi bukan keuntungan yang layak boleh menerima Office 365 Enterprise E1 sebagai sumbangan atau mereka boleh menaik taraf kepada ciri lanjutan dalam Office 365 Enterprise E3 untuk Bukan Keuntungan pada harga diskaun yang menarik.

Pelanggan Office 365 yang baru: Mulakan dengan mendaftar percubaan E3 untuk sehingga 25 pengguna. Semasa tempoh percubaan percuma anda, kami akan mengesahkan organisasi anda sebagai organisasi bukan keuntungan yang layak. Selepas organisasi anda disahkan, anda boleh menerima E1 sebagai sumbangan atau anda boleh bertukar kepada E3 pada harga diskaun yang menarik serta boleh menambah lebih banyak pengguna. Organisasi anda tidak akan dikenakan caj secara automatik pada penghujung tempoh percubaan.

Pengguna semasa Office 365 (termasuk mereka yang menggunakan versi percubaan Office 365 yang lain atau tawaran perniagaan yang lain): Untuk mendaftar percubaan percuma, hubungi wakil Microsoft Support. Pengguna semasa tidak boleh menambahkan percubaan Office 365 Enterprise E3 untuk Bukan Keuntungan pada akaun mereka. Wakil Microsoft Support anda akan membantu anda menentukan kelayakan anda dan menyediakan maklumat yang anda perlukan untuk beralih kepada opsyen bukan keuntungan dan memulakan percubaan percuma tersebut. Organisasi anda tidak akan dikenakan caj secara automatik pada penghujung tempoh percubaan.

Untuk melayakkan diri bagi Office 365 for Nonprofits, organisasi anda harus memegang status kebajikan yang sah dalam negara and. Anda akan diminta untuk menandatangani kontrak dan mengesahkan bahawa organisasi anda merupakan organisasi bukan keuntungan yang layak. Microsoft berhak mengesahkan kelayakan pada bila-bila masa dan menggantung perkhidmatan bagi organisasi yang tidak layak.

Jadual di bawah membantu anda membandingkan pelan. Lihat bahagian Soalan Lazim untuk soalan tambahan tentang tawaran ini.

Lihat opsyen Office 365 lanjutan untuk organisasi bukan keuntungan

  • Pelan Small Business akan datang!
    Office 365 Small Business untuk Bukan Keuntungan Office 365 Small Business Premium untuk Bukan Keuntungan Office 365 Enterprise E1 untuk Bukan Keuntungan Office 365 Enterprise E3 untuk Bukan Keuntungan
    Akan datang!
    Akan datang!
    Derma
    {O365E3NPM2MTrial2Buy|price} pengguna/sebulan
    Tidak dikenakan caj secara automatik apabila percubaan tamat
    Pengguna maksimum:
    25 pengguna 25 pengguna Tanpa had Tanpa had
    Aplikasi Office:
    Langganan Office untuk sehingga pada 5 PC/tablet Windows/Mac bagi setiap pengguna.
    Versi desktop bagi:

    Word Excel PowerPoint Outlook OneNote Access Publisher Lync
    Versi desktop bagi:

    Word Excel PowerPoint Outlook OneNote Access Publisher Lync InfoPath
    E-mel terhos:
    Dapatkan e-mel kelas perniagaan,2 kalendar kongsi, 50 GB ruang storan per pengguna dan keupayaan untuk menggunakan nama domain anda sendiri.
    Termasuk Termasuk Termasuk Termasuk
    Persidangan web, kehadiran dan IM:
    Langsungkan mesyuarat melalui web dengan persidangan video HD, perkongsian skrin dan pemesejan segera. Kongsi kehadiran, IM dan panggilan audio dengan pengguna Skype.
    Termasuk Termasuk Termasuk Termasuk
    Perkongsian fail ringkas:
    OneDrive for Business memberikan setiap pengguna 25 GB storan peribadi yang boleh dicapai dari mana-mana dan bersegerak3 dengan PC mereka. Kongsi fail secara dalaman dan luaran dengan mudah dan kawal individu yang boleh melihat dan mengeditnya.
    Termasuk Termasuk Termasuk Termasuk
    Laman web awam:
    Promosikan perniagaan anda dengan laman web yang mudah disediakan, menggunakan nama domain syarikat anda. Tanpa bayaran pengehosan tambahan.
    Termasuk Termasuk Termasuk Termasuk
    Perlindungan spam dan perisian berniat jahat:
    Perlindungan antiperisian berniat jahat dan penapisan antispam.
    Termasuk Termasuk Termasuk Termasuk
    Sokongan komuniti dan telefon:
    Sokongan web tahap IT dan sokongan telefon 24/7 untuk isu kritikal.
    Termasuk Termasuk Termasuk Termasuk
    Masa hidup dijamin 99.9%:
    Tenangkan minda anda dengan perkhidmatan yang tersedia dengan perjanjian aras perkhidmatan (SLA) yang mempunyai masa hidup jaminan 99.9% dan disokong secara kewangan.
    Termasuk Termasuk Termasuk Termasuk
    Laman Intranet untuk pasukan anda:
    Laman SharePoint menyediakan ruang kerja dengan seting keselamatan yang boleh disesuaikan bagi pasukan individu dalam organisasi.
    Termasuk Termasuk Termasuk Termasuk
    Office Online:
    Cipta dan edit fail Word, Excel, PowerPoint dan OneNote melalui pelayar web.
    Termasuk Termasuk Termasuk Termasuk
    Peti mel laman:
    Simpan dan kongsi e-mel dan dokumen dalam folder khusus projek, membolehkan kerjasama pasukan yang lebih mudah.
    Termasuk Termasuk Termasuk
    Aplikasi mudah alih:
    Capai, edit dan lihat dokumen Word, Excel dan PowerPoint pada iPad, iPhone, telefon Android dan Windows Phone. Gunakan aplikasi OneNote, OWA, Lync Mobile dan SharePoint Newsfeed pada kebanyakan peranti.4
    Termasuk Termasuk
    Yammer Enterprise:
    Perangkaian sosial perusahaan dengan sokongan, keselamatan, pentadbiran dan penyepaduan lanjutan.
    Termasuk Termasuk
    Penyepaduan Active Directory:
    Urus kelayakan dan keizinan pengguna. Daftar masuk tunggal dan penyegerakan dengan Active Directory.
    Termasuk Termasuk
    E-mel lanjutan:
    Keupayaan pengarkiban dan pegangan legal, serta storan tanpa had.
    Termasuk
    Pusat ePenemuan:
    Alat untuk menyokong kepatuhan. Cari merentasi laman SharePoint dan peti mel Exchange.
    Termasuk
    Suara lanjutan:
    Sokongan mel suara terhos dengan keupayaan auto atendan.
    Termasuk
    Kecerdasan Perniagaan:
    Cipta dan urus papan pemuka interaktif dengan berbilang sumber data.
    Termasuk
    Tidak dikenakan caj secara automatik apabila percubaan tamat

    Pelan yang tidak termasuk Office versi desktop berfungsi dengan versi terbaru Office, Office 2010, Office 2007 (dengan kefungsian agak terhad), Office 2011 for Mac dan Office 2008 for Mac.

    Ketahui lanjut tentang program pendermaan perisian Microsoft.

    Opsyen Office 365 lain untuk organisasi bukan untung
    • Exchange Online Archiving untuk Bukan Keuntungan: Dapatkan penyelesaian pengarkiban kelas perusahaan berasaskan awan yang membantu anda menyelesaikan cabaran pengarkiban, pematuhan, peraturan dan ePenemuan untuk {EOANPM2MTrial2Buy|price} pengguna/sebulan (untuk Bukan Keuntungan). Ketahui selanjutnya tentang Exchange Online Archiving
    • Office 365 Enterprise ProPlus untuk Bukan Keuntungan: Dapatkan aplikasi, e-mel kelas perniagaan, perkongsian dokumen dan mesyuarat web Office terbaru—perkhidmatan produktiviti beraneka dengan kefleksibelan dan kawalan IT. Bilangan pengguna tanpa had. {O365EProPNPM2MTrial2Buy|price} pengguna/sebulan (untuk Bukan Keuntungan). Ketahui selanjutnya tentang Office 365 ProPlus
    • Storan SharePoint Online untuk {ShOlnStorageNPM2MTrial2Buy|price} per GB/sebulan: Jika organisasi anda memerlukan lebih storan dalam talian dengan SharePoint daripada yang termasuk dalam pelan Office 365 anda, anda boleh membeli storan tambahan pada harga serendah ini. Ketahui lanjut
1 Program dan/atau ciri klien Windows PC sahaja. Tidak boleh digunakan merentasi peranti.
2 Pengguna boleh menyambungkan versi Outlook berikut dengan e-mel terhos agar mereka boleh menggunakan aplikasi klien beraneka yang biasa digunakan oleh mereka: versi Outlook terbaru, Outlook 2010, Outlook 2007 (dengan kefungsian agak terhad), Outlook 2011 for Mac dan Outlook 2008 for Mac.
3 Klien penyegerakan OneDrive for Business tersedia dengan Office 2013 atau dengan langganan Office 365 yang termasuk aplikasi Office 2013. Jika anda tidak mempunyai Office 2013, satu muat turun percuma klien penyegerakan OneDrive for Business turut tersedia.
4 Aplikasi mudah alih ini tidak memerlukan langganan, tetapi mungkin mempunyai keperluan lain. Ketahui lanjut

iPad dan iPhone ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.