• Cipta aplikasi tersuai dengan cepat tanpa perlu menjadi pemaju*

    Access kini lebih daripada hanya cara untuk mencipta pangkalan data desktop. Ini ialah alat yang mudah digunakan untuk mencipta aplikasi pangkalan data berasaskan pelayar dengan cepat yang membantu anda menjalankan perniagaan anda. Data anda disimpan secara automatik dalam pangkalan data SQL, agar ia lebih selamat dari sebelumnya dan anda boleh berkongsi aplikasi anda dengan muda bersama rakan sekerja.

    Templat aplikasi. Bermula dengan mencipta aplikasi tersuai atau dapatkan inspirasi daripada koleksi templat aplikasi baharu atau direka bentuk secara profesional.

    Templat jadual. Tahu apa yang anda ingin jejaki dengan aplikasi tersuai anda? Hanya mula menaip dalam kotak teks “Tambah jadual” dan kemudian pilih daripada jadual yang relevan untuk menentukan medan, hubungan dan peraturan antaranya dengan cepat. Anda akan menghasilkan aplikasi baharu yang berjalan dalam masa beberapa minit!

    *Access Services diperlukan, dijual secara berasingan sebagai sebahagian daripada tawaran terpilih Office 365, SharePoint Online dan SharePoint Server 2013.

    Cipta aplikasi tersuai dengan cepat tanpa perlu menjadi pemaju
  • Alami aplikasi yang mudah digunakan sambil ia berkembang bersama-sama perniagaan anda*

    "Pengalaman aplikasi". Tidak perlu lagi berasa bimbang tentang pengguna "hilang dalam data" dengan aplikasi yang secara automatik memastikan antara muka yang menarik dan mudah diguna serta selaras dengan pengalaman pengguna. Access mengendalikan kod yang mewujudkan penampilan dan rasa profesional.

    Kawalan item yang berkaitan. Pengguna boleh mengintai maklumat relevan tambahan dalam pangkalan data tanpa menukar skrin, supaya mereka boleh melihat konteks yang betul semasa menyemak atau memasukkan maklumat.

    Kawalan lengkap automatik. Memasukkan data kini adalah lebih mudah dan kurang cenderung ralat untuk pengguna aplikasi dengan menu lungsur turun dan cadangan yang dibuat selepas mula menaipkan data. Pencarian adalah dibenarkan untuk mewujudkan hubungan antara rekod dalam jadual yang berbeza.

    *Access Services diperlukan, dijual secara berasingan sebagai sebahagian daripada tawaran terpilih Office 365, SharePoint Online dan SharePoint Server 2013.

    Alami aplikasi yang mudah digunakan sambil ia berkembang bersama-sama perniagaan anda
  • Kongsi data anda dan kawal akses kepadanya dengan lebih mudah*

    Aplikasi untuk penggunaan SharePoint. Melalui Access Services dan SharePoint Online atau On-Prem SharePoint Server 2013, aplikasi Access kini boleh diuruskan dan dipantau dengan mudah melalui tapak SharePoint syarikat dalam penyemk imbas. Ini membolehkan kebolehaksesan berbilang pengguna dan kawalan kebenaran yang dijangka daripada SharePoint bersama-sama kebolehlihatan pada penggunaan aplikasi.

    Data yang disimpan dalam SQL. Bahagian pengendalian telah dipindahkan ke SQL Server dan Microsoft Azure SQL Database untuk membolehkan kebolehpercayaan tambahan, keselamatan yang teguh, kebolehskalaan dan kebolehurusan jangka panjang. Aplikasi Access kini memanfaatkan sintaks SQL standard dan bahagian pengendalian misi sebenar, sama ada digunakan di premis atau dalam awan.

    *Access Services diperlukan, dijual secara berasingan sebagai sebahagian daripada tawaran terpilih Office 365, SharePoint Online dan SharePoint Server 2013.

    Kongsi data anda dan kawal akses kepadanya dengan lebih mudah.

Pastikan

kerja anda terserlah

Bersambung

dengan blog
Tunjukkan gaya dan keprofesionalan anda dengan templat Office. Layari mengikut produk atau kategori untuk mencari yang anda perlukan.
Pelajari daripada komuniti Access yang berpengalaman mengenai pertanyaan dan laporan web, menggunakan data Access dalam Excel dan banyak lagi.

Dapatkan bantuan

dengan soalan Access anda