Menyahaktifkan pemasangan Office 365 Home

Setiap langganan Office 365 Home disertakan dengan 5 pemasangan Office untuk Mac atau komputer PC dan 5 tablet. Jika anda kehabisan pemasangan, anda boleh menyahaktifkan salah satu daripadanya agar anda boleh memasangkan Office pada komputer atau tablet lain.

 Nota    Hanya pemilik langganan boleh melihat atau menyahaktifkan pemasangan orang lain. Jika anda bukan pemilik, anda hanya boleh melihat dan menyahaktifkan pemasangan anda.

Sentiasa ingat bahawa tindakan menyahaktifkan pemasangan seseorang berbeza dengan mengalih keluar mereka daripada langganan anda. Jika anda ingin mengalih keluar seseorang daripada langganan anda sepenuhnya, anda boleh berbuat demikian.

Menyahaktifkan pemasangan Office

Pada halaman akaun anda, di bawah Maklumat Pemasangan, klik Nyahaktifkan Pemasangan di sebelah nama komputer yang anda ingin nyahaktifkan Office dalamnya.

Menyahaktifkan pemasangan

Selepas anda menyahaktifkan Office pada satu komputer, anda boleh memasangnya pada komputer lain.

Jika anda telah menyahaktifkan pemasangan daripada seseorang yang berkongsi langganan anda, beritahulah mereka.

Membuang pemasangan Office

Apabila anda menyahaktifkan pemasangan, Office akan dijalankan dalam mod baca sahaja pada komputer tersebut. Itu bermakna anda akan dapat melihat dan mencetak dokumen tetapi anda tidak akan dapat mengeditnya atau mencipta yang baru. Jika anda ingin mengalih keluar Office sepenuhnya, anda boleh berbuat demikian.

Membuang pemasangan Office dari PC

Membuang pemasangan dari Mac

 
 
Berkenaan dengan:
Access 2013, Excel 2013, Office Shared 2013, OneNote 2013, Outlook 2013, PowerPoint 2013, Publisher 2013, Word 2013, Excel for Mac 2011, PowerPoint for Mac 2011, Word for Mac 2011