Menggunakan Office pada sebarang PC dengan Office atas Permintaan

Jika anda mempunyai Office 365 Home Premium dan ingin menggunakannya pada PC yang tidak memasangkannya, anda boleh berbuat demikian. Kami memanggilnya Office atas Permintaan. Selagi anda disambungkan ke Internet dari PC yang menjalankan Windows 7 atau lebih baru, anda boleh menggunakan Office atas Permintaan untuk mencipta dokumen atau meneruskan kerja pada dokumen yang anda telah simpan pada SkyDrive. Office atas Permintaan menstrim versi penuh Word, Excel, PowerPoint, Access dan Publisher agar anda boleh bekerja dalam talian.

Masih belum mempunyai Office 365 Home Premium? Dapatkannya di sini.

Jika anda menggunakan Office 365 Enterprise atau Small Business, lihat Menggunakan Office atas Permintaan untuk maklumat yang disediakan untuk versi Office anda.

Mencipta dokumen baru dalam talian

Untuk bermula, pergi ke Office Saya dan daftar masuk. Kemudian klik aplikasi yang anda ingin gunakan.

Office atas Permintaan

Bekerja pada dokumen anda dari sebarang PC

Perkara yang anda simpan pada SkyDrive turut disimpan pada Office Saya. Jadi, jika anda ingin menyelesaikan kerja pada sesuatu yang anda mulakan pada komputer lain, pergi ke Office Saya dan klik nama dokumen di bawah Dokumen terbaru. Jika anda telah mengatur kerja anda menggunakan folder, kerja-kerja tersebut akan ditunjukkan di bawah Folder terbaru.

Buka dokumen yang anda usahakan baru-baru ini menggunakan Office atas permintaan.

Selepas anda telah selesai, simpan kerja anda kembali ke SkyDrive. Apabila anda mengelog keluar dari komputer, tiada sesiapa yang akan dapat melihat aplikasi atau dokumen yang anda sedang usahakan.

 
 
Berkenaan dengan:
Office 2013