Mencari data dengan menambahkan borang timbul

Mencari data anda tidak semestinya rumit. Pandangan timbul (dahulunya dipanggil borang timbul) dalam aplikasi Access membawah anda ke maklumat yang anda perlukan dengan satu klik.

Contohnya, jika anda sedang melihat tugas pekerja dan ingin mengetahui selanjutnya mengenai pekerja tertentu, anda boleh menentukan pandangan timbul untuk kawalan Diuntukkan Kepada. Access menukar nama pekerja kepada pautan:

Butang "pergi ke" yang membuka borang timbul untuk pekerja ini.

Klik nama untuk melihat dan mengedit butiran pekerja:

Pandangan separa bagi pandangan butiran pekerja.

Anda boleh melampirkan pandangan timbul bagi sebarang kawalan yang memaparkan data daripada jadual atau pertanyaan yang berkaitan. Ini termasuk kotak kombo, kawalan AutoLengkap dan kawalan Item Berkaitan. Untuk maklumat lanjut mengenai kawalan ini, lihat Menunjukkan item berkaitan dalam pandangan aplikasi.

 Nota    Untuk memastikan opsyen borang timbul tersedia, kawalan perlu terikat dengan sumber baris (jadual atau pertanyaan), bukan hanya sekadar mendapatkan nilainya daripada senarai nilai yang anda masukkan secara manual.

Untuk menambahkan pandangan timbul:

  1. Buka aplikasi dalam Access. Jika anda melihatnya dalam pelayar, klik Seting > Sesuaikan dalam Access.
  2. Klik jadual untuk pandangan yang anda ingin ubah dan klik nama pandangan.

    Memilih pandangan dalam Access.
  3. Klik Edit dan klik kawalan yang anda ingin tambahkan pandangan timbul padanya.
  4. Klik butang Data yang muncul di sebelah kawalan.

    Butang Data di sebelah kawalan AutoLengkap.
  5. Jika kawalan terikat dengan sumber baris (jadual atau pertanyaan), anda akan melihat juntai bawah Pandangan timbul berdekatan bahagian bawah sifat Data. Juntai bawah menunjukkan pandangan yang mempunyai sumber baris yang sama dengan kawalan. Pilih pandangan yang anda inginnya muncul apabila anda klik butang timbul.

    Memilih pandangan timbul untuk kawalan AutoLengkap.

 Petua    Jika pandangan yang sesuai tidak tersedia, tutup kotak seting Data dan cipta pandangan baru. Pilih jadual yang mengandungi maklumat yang anda ingin lihat kemudian klik butang tanda tambah di bahagian kanan Pemilih Pandangan.

  1. Simpan pandangan, kemudian klik Rumah > Lancarkan Aplikasi untuk melihat cara ia berfungsi.

Ketahui lanjut tentang mencari data dalam aplikasi Access.

 
 
Berkenaan dengan:
Access 2013