Membatalkan Langganan Office 365 Home atau Office 365 Personal anda

Jika anda membatalkan langganan anda, anda akan dapat menggunakan Office dan mana-mana perkhidmatan yang disertakan sehingga hujung tempoh langganan anda. Contohnya, jika anda mempunyai langganan tahunan yang tamat tempoh pada 31hb Disember dan anda membatalkannya pada bulan Jun, anda boleh menggunakannya hingga 31hb Disember, tetapi ia tidak dapat diperbaharui.

Selepas langganan anda tamat tempoh, Office akan dijalankan dalam mod kefungsian berkurangan. Maksudnya, anda masih dapat membuka dan mencetak dokumen anda tetapi anda tidak dapat mengeditnya atau mencipta dokumen baru. Anda juga akan kehilangan capaian pada perkhidmatan yang termasuk dalam langganan anda seperti storan OneDrive tambahan dan minit dunia Skype.

Untuk membatalkan langganan anda, pergi ke halaman akaun anda. Dalam seksyen Maklumat Pembaharuan, klik Batalkan Langganan.

Membatalkan langganan Office anda

 Nota    Jika anda melihat Pembaharuan automatik: Hidup , anda boleh klik Matikan auto perbaharui dan bukannya Batalkan Langganan . Langganan anda tidak akan diperbaharui secara automatik apabila ia tamat tempoh.

Jika anda tidak melihat Batalkan langganan, anda tidak perlu melakukan pembatalan kerana langganan anda tidak akan diperbaharui secara automatik

Bilakah langganan saya akan diperbaharui?

Anda boleh menemui tarikh pembaharuan dalam seksyen Bayaran dan Bil, di bawah Maklumat Pembaharuan.

Tarikh tamat tempoh langganan anda berada dalam seksyen Bayaran dan Bil

Memulakan semula langganan anda

Kemudian, jika anda mengubah fikiran anda dan ingin memperbaharui langganan anda, sila pergi ke halaman akaun anda dan klik bar kuning.

Membatalkan langganan Office

 
 
Berkenaan dengan:
Access 2013, Excel 2013, Office Shared 2013, OneNote 2013, Outlook 2013, PowerPoint 2013, Publisher 2013, Word 2013, Excel for Mac 2011, PowerPoint for Mac 2011, Word for Mac 2011