Pilih negara/rantau pengebilan anda:
Dapatkan e-mel percuma, tapak, IM dan sidang web dengan Office 365 Education.
Office 365 Education

Office 365 Education

Sediakan e-mel percuma, tapak, pengeditan dan storan dokumen dalam talian, IM dan sidang web. kepada kakitangan, fakulti dan pelajar di sekolah anda.
Untuk sekolah yang ingin modenkan infrastruktur komunikasi dan produktiviti mereka mengikut terma mereka sendiri.
Adakah anda pelajar kolej? Lihat langganan yang diberi diskaun kepada Office 365 University.

Apa yang disertakan

Sediakan pelajar, guru dan kakitangan dengan komuninasi bergred perusahaan dan perkhidmatan produktiviti yang mereka perlukan dengan kuasa dan kefleksibelan yang diperlukan institusi anda.

Alat kerjasama

Exchange Online + SharePoint Online + Lync Online
E-mel berkelas perniagaan, perkongsian dokumen dan mesyuarat web

Office Online

Office Online
Akses dokumen Office dengan pelayar terkini merentas peranti anda

Kefleksibelan dan kawalan IT

Kefleksibelan dan kawalan IT
Pengalaman pentadbir yang disatukan, kawalan IT yang boleh dikonfigurasikan dan alat aplikasi baru
  • Lihat keupayaan orang, maklumat hubungan dan kemas kini rangkaian sosial dalam kad kenalan Outlook anda.
    Lihat lagi
    • Lihat ketersediaan, maklumat hubungan dan kemas kini rangkaian sosial dalam kad kenalan Outlook anda, agar anda mempunyai perkara yang anda perlukan untuk berhubung, di satu tempat.Lihat ketersediaan, maklumat hubungan dan kemas kini rangkaian sosial dalam kad kenalan Outlook anda, agar anda mempunyai perkara yang anda perlukan untuk berhubung, di satu tempat.
    • Jimatkan masa dengan pratonton dokumen pada tapak pasukan anda dan hanya menyeret fail bagi menambahnya.

      Jimatkan masa dengan pratonton dokumen pada tapak pasukan anda dan hanya menyeret fail bagi menambahnya.

    • Berhubung dengan pantas mengikut cara anda melalui Lync. Mulakan sembang, semak agenda dan sertai mesyuarat dengan satu klik.

      Berhubung dengan cara yang anda inginkan, pantas bersama Lync. Mulakan sembang, semak agenda dan sertai mesyuarat dengan satu klik.

    Kekal disambungkan ke komuniti pembelajaran anda

    Permudahkan cara anda bekerjasama dengan alat komunikasi berkuasa.

    • Memastikan orang berhubungan. Berhubung dengan lebih mudah dengan kad kenalan disatukan yang membawa bersama kemas kinian SharePoint, Facebook dan LinkedIn dan membolehkan anda memulakan IM, panggilan atau perbualan video dengan hanya satu klik.
    • Storan Dokumen Dalam Talian. Menyediakan storan dalam talian diurus IT kepada semua orang di institusi anda dengan OneDrive for Business. Simpan dokumen dalam awan dan berkongsi dengan orang lain—meskipun mereka di luar organisasi anda.
    • Mengadakan mesyuarat berbilang pihak. Bekerjasama di mana-mana sahaja dengan persidangan yang termasuk perkongsian lanjutan, pengambilan nota dan anotasi.
    • Bantu lindungi data anda. Tenangkan fikiran dengan SLA masa hidup 99.9%, sandaran data berterusan, keupayaan pemulihan bencana yang kukuh, pusat data yang berulangan di seluruh dunia dan tiada pengimbasan e-mel atau fail untuk pengiklanan.

    Alami Office hampir di mana-mana sahaja

    Sediakan pelajar, fakulti dan kakitangan aplikasi Office yang mereka sudah kenal, dioptimumkan untuk peranti mereka, agar mereka boleh melaksanakan kerja dengan terbaik di mana sahaja mereka berada.

    • Office Online. Word, Excel, PowerPoint, Excel dan OneNote Online dipertingkatkan yang percuma membolehkan pekerja bekerja pada berbilang peranti, terus dari pelayar anda. Berbilang pengguna boleh bekerja pada fail yang sama bersama-sama, memudahkan pengurusan versi.
    • Dapatkan Office cepat. Dengan penyampaian Office distrim baru, anda tidak perlu menunggu untuk pemasangan Office atau berhenti bekerja untuk menerima kemas kinian Office. Serta, Office baru boleh dipasang sebelah menyebelah dengan versi sebelum ini bagi Office.
    • Seting perayauan. Dokumen terbaru, seting dan kamus tersuai anda yang terkini mengikuti akaun Microsoft anda, agar anda boleh menyambung semula dari tempat anda berhenti dari sebarang peranti.
    Akses dokumen Word anda dalam perjalanan dengan Word Online.
    Lihat lagi
    • Akses dan edit² dokumen Word anda dalam perjalanan dengan Word Online.

      Akses dan edit² dokumen Word anda dalam perjalanan dengan Word Online.

    • Sentiasa miliki versi terkini aplikasi Office yang anda bergantung untuk kekal produktif.

      Sentiasa miliki versi terkini aplikasi Office yang anda bergantung untuk kekal produktif.

    Uruskan semua perkhidmatan Office 365 anda dengan mudah dengan portal admin berasaskan web yang mudah digunakan.
    Lihat lagi
    • Uruskan semua perkhidmatan Office 365 anda dengan mudah dengan portal admin berasaskan web yang mudah digunakan.

      Uruskan semua perkhidmatan Office 365 anda dengan mudah dengan portal admin berasaskan web yang mudah digunakan.

    Jalankannya mengikut kehendak anda

    Office 365 menyediakan kefleksibelan yang anda perlukan untuk menjalankan institusi pendidikan anda mengikut cara yang terbaik untuk anda.

    • Pengalaman pentadbiran disatukan. Uruskan perkhidmatan Office 365 dengan mudah dari sebarang pelayar, sambil masih memiliki perintah PowerShell lanjutan tersedia untuk menjadikan tugas pengurusan automatik.
    • Bebaskan sumber bernilai. Kurangkan kos dan bebaskan masa yang dikaitkan dengan pengerahan, penyenggaraan dan pengurusan pelayan di premis yang menyediakan lebih masa untuk IT untuk memfokus pada beban kerja berkaitan pendidikan.
    • Gunakan kelebihan aplikasi baru. Dengan model aplikasi awan baru, anda boleh membina aplikasi awan berskala dan fleksibel yang menyepadukan dokumen pengguna. Aplikasi katalog korporat baru membantu anda mengurus aplikasi yang disediakan dalam institusi anda.

    Semua pelan Office 365 Education (Pelan A) termasuk:

    E-mel dan kalendar
    Gunakan e-mel berkelas perniagaan menerusi pengalaman kaya dan biasa Outlook yang anda boleh capai dari desktop1 anda atau dari pelayar web menggunakan Outlook Web App. Dapatkan peti mel 50 GB setiap pengguna dan hantarkan lampiran sehingga 25 MB. Gunakan nama domain anda sendiri.
    Sidang web Hoskan mesyuarat dalam talian dengan audio dan video menggunakan perkongsian skrin satu klik, sidang video HD dan papan putih maya. Cemerlang untuk pembelajaran jarak jauh.
    Pesanan segera Berhubungan dengan orang lain melalui pesanan segera dan maklumkan orang lain mengenai ketersediaan anda dengan status dalam talian anda.
    Storan dan perkongsian fail
    OneDrive for Business memberi pengguna 1 TB storan peribadi yang menyegerak dengan PC mereka untuk capaian luar talian. Berkongsi dokumen dengan mudah bersama-sama orang lain melalui Office atau SharePoint.
    Tapak pasukan Bekerjasama dalam projek, dalam kumpulan belajar atau dalam kelab dengan tapak pasukan yang membantu memastikan dokumen, nota, tugas dan perbualan berkaitan disusun bersama. Sehingga 300 tapak kecil.
    Office Online Cipta dan edit dokumen2 Word, OneNote, PowerPoint dan Excel dari mana-mana pelayar moden.
    Mobiliti
    Segerakkan e-mel, kalendar dan kenalan; capai tapak SharePoint; lihat dan edit dokumen Office dengan Office Online menggunakan pelayar pada peranti Windows Phone, iOS dan Android.
    Aplikasi untuk Office dan SharePoint Aplikasi pihak ketiga dan yang dibangunkan pelanggan yang baru berfungsi dengan Office dan SharePoint untuk membawa perkhidmatan web terus ke dalam dokumen dan tapak anda.
    Pentadbiran
    Portal pentadbir menyediakan opsyen konfigurasi terperinci IT untuk perkhidmatan anda, sama ada dari portal dalam talian atau menerusi pengurusan yang diautomatikkan dengan perintah PowerShell.
    Kebolehpercayaan Dapatkan ketenangan diri dengan mengetahui perkhidmatan anda tersedia dengan jaminan 99.9% beroperasi, perjanjian tahap perkhidmatan disokong kewangan (SLA).
    Keselamatan Amalan keselamatan canggih dengan lima lapisan keselamatan dan pemantauan proaktif membantu menyimpan data anda dengan selamat.
    Privasi Data anda milik anda. Microsoft tidak mengimbas e-mel atau dokumen untuk tujuan pengiklanan.
    Dikemas kini Tidak perlu membayar untuk naik taraf versi; kemas kini dimasukkan dalam langganan anda. Ciri baru digulung keluar kepada pelanggan Office 365 dalam pengalaman IT yang boleh dikonfigurasi.
    Sokongan Sokongan telefon 24 jam untuk semua isu IT. Untuk isu yang kurang mustahak, anda boleh membuat permintaan perkhidmatan terus menerusi portal pentadbir.

    Beberapa pelan Office 365 Education (Pelan A) turut termasuk:

    Suit Office disertakan Sentiasa miliki versi terbaru
    Microsoft Word Microsoft Excel Microsoft PowerPoint Microsoft Outlook Microsoft OneNote Microsoft Publisher Microsoft Access
    • Rekodkan idea anda tidak kira cara bekerja terbaik anda—menggunakan papan kekunci, pen atau skrin sentuh.
    • Formatkan maklumat dengan mudah dalam Excel dengan alat yang mengenali corak anda dan data auto lengkap.
    • Sepadukan kandungan daripada PDF dengan mudah untuk mencipta dokumen Word hebat anda sendiri.
    • Reka bentuk bahan pemasaran yang dipersuaikan yang sesuai dengan jenama dan pelanggan anda.
    Office pada peranti mudah alih Capai, edit dan lihat dokumen pada tablet Windows, iPad, iPhone, telefon Android dan Windows Phone. Gunakan aplikasi OneNote, OWA, Lync Mobile dan SharePoint Newsfeed pada kebanyakan peranti.
    Office pada sebarang PC Strim versi penuh program Office pada sebarang PC yang disambungkan ke Internet yang menjalankan Windows 7 atau Windows 8 dengan Office atas Permintaan.
    Keupayaan e-mel lanjutan Gunakan keupayaan mengarkib dan penahanan perundangan, serta storan tanpa had, untuk keperluan pematuhan. Dan gunakan dasar pencegahan kehilangan data (data loss prevention - DLP) untuk penguatkuasaan pematuhan tambahan.
    Sokongan mel suara dihoskan Sokongan mel suara dihoskan dengan keupayaan auto-pengiring. Mel suara dirakamkan ke Exchange Online dan pengguna boleh mencapainya daripada Outlook, Outlook Web App, atau telefon mudah alih yang serasi.
    Yammer Enterprise Benarkan semua orang menyampaikan pendapat, memupuk dialog, merapatkan jurang komunikasi dan membentuk satu budaya umum dengan rangkaian sosial perusahaan yang memudahkan kita berkongsi idea dengan sokongan, keselamatan, pentadbiran dan penyepaduan lanjutan.
    Alat risikan perniagaan lanjutan Dapatkan pandangan yang anda perlukan pantas dengan papan pemuka interaktif dengan Perkhidmatan Excel Lengkap. Lakukan analisis data besar dan campuran visualisasi data dengan klien Excel baru dengan Power Pivot dan Power View.

    Butiran lanjut
    Untuk melihat semua ciri yang disertakan, lihat huraian perkhidmatan yang terperinci.

    Ya. Jika anda menggunakan (Office 365 Education A2) percubaan percuma atau anda membeli langganan Office 365 dengan bilangan akaun pengguna yang sama anda cipta pada penghujung percubaan percuma anda, maklumat dan konfigurasi untuk akaun pengguna ini akan kekal elok. Sebaik sahaja, percubaan percuma anda tamat, anda tidak boleh terus menggunakan Office 365 secara percuma. Anda akan mempunyai 30 hari tambahan untuk membeli Office 365 sebelum maklumat akaun anda dipadamkan. Sebaik sahaja maklumat akaun percubaan anda telah dipadamkan, ia tidak boleh diambil semula.

    Pakar Microsoft ialah syarikat IT dan pembangunan terlatih yang boleh membantu anda beralih ke Office 365 atau membentuk penyelesaian tersuai untuk perniagaan anda. Anda boleh mencari senarai semua pakar Microsoft anda dalam Microsoft Pinpoint.

    Dua daripada pelan Office 365 for education plans (A3 and A4) termasuk Office versi desktop terkini, yang menyampaikan pengalaman terbaik untuk semua pengguna anda dan menjadikannya mudah untuk IT menguruskan pengerahan dan peningkatan. Untuk pelan Office 365 yang tidak disediakan dengan Office versi dekstop yan gterkini, Office 365 menyokong Office 2010, Office 2007 (dengan sedikit kefungsian yang terhad), dan Office 2011 for Mac, agar anda boleh memanfaatkan perkhidmatan awan Office 365 yang kaya seperti e-mel bertaraf perniagaan, persidangan video HD dan perkongsian fail.

    Capaian Internet diperlukan untuk memasang dan mengaktifkan semua pelan Office 365 dan untuk menguruskan akaun langganan anda. Kesambungan Internet juga diperlukan untuk mencapai perkhidmatan produktiviti awan 365, termasuk e-mel, persidangan, pengurusan IT dan perkhidmatan lain.

    Banyak pelan Office 365 juga memasukkan versi desktop bagi Office, contohnya, Office 365 Small Business Premium dan Office 365 Enterprise E3. Salah satu manfaat mempunyai versi desktop bagi aplikasi Office ialah anda boleh bekerja luar talian dan mempunyai keyakinan bahawa pada waktu lain anda menyambung kepada Internet semua kerja anda akan secara automatik, disegerak, supaya anda tidak perlu risau mengenai dokumen anda dikemas kini. Versi desktop anda bagi Office juga secara automatik, dipastikan terkini dan dinaik taraf apabila anda menyambung kepada Internet, supaya, anda sentiasa mempunyai alat terkini untuk membantu anda bekerja. Bandingkan pelan Office 365.

    Dapatkan Office 365 ProPlus untuk pelajar tanpa harga tambahan apabila anda membeli Office untuk fakulti dan kakitangan

    Apabila anda melesenkan Office 365 ProPlus atau Office Professional Plus di seluruh institusi untuk semua fakulti/kakitangan anda, pelajar anda dapat menggunakan Office 365 ProPlus tanpa kos tambahan. Bermula pada 1 Dis. 2013.

    Sekolah boleh mendaftar melalui Pendaftaran sedia ada untuk Penyelesaian Pendidikan, Penyelesaian Langganan-Pendidikan Nilai Terbuka atau kontrak sekolah.

    Tidak. Pelajar tidak perlu menggunakan pelan Office 365 A2. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan keupayaan produktiviti sepenuhnya, diyorkan institusi menggunakan Office 365 A2 dan juga Office 365 ProPlus untuk pelajar mereka.

    Institusi anda boleh memesan dan mengedarkan Office 365 ProPlus kepada pelajar mulai 1 Disember, 2013, dengan syarat ia menepati semua syarat yang diperlukan bagi Pendaftaran Penyelesaian Pendidikan, Langganan Nilai Terbuka untuk Penyelesaian Pendidikan atau manfaat kontrak sekolah. Pada ulang tahun atau tarikh pembaharuan kontrak anda, sila hubungi penjual Pelesenan Pukal anda untuk mengetengahkan soalan tambahan yang berkaitan dengan perisian yang disediakan untuk pelajar.

    Tiada kredit untuk invois yang sudah dibayar. Untuk sokongan tambahan, sila hubungi pakar Pelesenan Volum.

    Apabila pelajar sudah selesai pengajian, langganan Office 365 melalui institusi tamat. Mereka boleh mendaftar dalam tawaran pelanggan atau komersial lain.

  • Ketahui selanjutnya

1 Pelan yang tidak termasuk versi desktop bagi Office boleh dijalankan dengan Outlook versi terkini, Outlook 2010, Outlook 2007 (dengan sedikit kefungsian terhad), Outlook 2011 for Mac dan Outlook 2008 for Mac.
2 Pengeditan disertakan dalam pelan yang dipilih sahaja.
3 Program dan/atau ciri-ciri klien Windows PC sahaja. Tidak boleh digunakan merentas peranti.

iPad dan iPhone ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.